ZIARAH MAQAM MBAH MAHMOOD

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ziarah Maqam Mbah Mahmood

Salam ceria.

Cuti sekolah Batu Hampar 1987-88 buatkan anjang tak betah duduk di rumah kat Kg Tengah Bakri Muar. Khasnya malam tahlil. Malam Isnin dan Jumaat. Anjang akan kayuh basikal ke Markaz di Jalan Temenggung Ahmad. Rasanya tak kurang dari 5km juga.

Di situ anjang bertemu sosok tubuh seorang yang telah berumur, agak tinggi tapi bongkok, berkain pelikat dengan seluar sufi. Berbaju Melayu. Berserban nipis dan bertongkat. Ketika belajar di Melaka pun anjang pernah bertemu dengannya. Aruah Mak pun kenal kerana beliau pernah tinggal di Jeram Tepi atau Simpang Jeram. Kalau tak silap anjang, lorong ke rumah beliau betul-betul berhadapan selekoh kedai Salam, dinamakan  Lorong Muhammadiah.

Beliau adalah Mbah Mahmood, anak saudara Embah Agung. Ahli ibadah yang nampak keabidannya. Bila anjang tidur dengannya di Markaz Muar yang terkenal sebagai ‘Rumah Hantu’ kerana awalnya banyak sangat gangguan di situ, anjang pernah ditegur olehnya. 

Ceritanya begini. Bila bertahlil di Markaz, anjang tidur di situ sebab nak balik dah larut malam. Ketika tu Sham jaga Markaz, Tabib Hisham. Dia sebaya anjang tapi kahwin awal. Bertugas di Markaz. Anjang tidur dengan Mbah Mahmood. Sebelah Mbah. Mbah macam tak tidur malam sebab mulutnya sentiasa berzikir. Anjang ngantuk, sekejap je terus tertidur nyenyak. 

Dalam jam 4 pagi, anjang terjaga sebab sebuah jam loceng berdering kuat di atas kepala anjang. Melihat jam yang masih terlalu awal, anjang terus tekan loceng tu. Bagi senyap. Cinta tidur lagi. Sayang nak tinggalkan tempat tidur di pagi yang masih sejuk.

Tiba-tiba terdengar suara garau dengan pekat Jawa Mbah; 

“Tak nak bangun tidur tak pe tapi jangan tutup jam Mbah!”

Masih terngiang-ngiang lagi suara Mbah di telinga anjang sampai kini.

Setelah 33 tahun berlalu, anjang berpeluang mengikuti rombongan Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan menziarahi makamnya di Hutan Melintang, Perak.

Kami sampai ke Surau Kg Lama Arqam pada jam 3pm, 29hb Jan 2021. Ia terletak di Parit 17, Sg Sumun, Hutan Melintang, Perak. Nama rasminya dulu-dulu,

Surau Perkampungan Al Arqam Syeikh Sirajuddin Al Balqini. Ia dibuat daripada kayu yang dibeli dari 2 buah rumah lama orang kampung. Ketika itu harganya cuma RM2 ribu sahaja. Surau itu dibuat 2 tingkat. Menurut Dr Mohd Noh Jalil, Mbah Mahmood meninggal di tingkat atas surau ini.

Surau Arqam Kg Parit 17, Sg Sumun, Hutan Melintang

Malam itu beliau sama-sama duduk berlunjur kaki bersebelahan Mbah. Sampai ke pagi, beliau dapati Mbah telah tiada. Tak dapat dipastikan jam berapa Mbah kembali kepada TuhanNya tetapi sampai ke Subuh sebenarnya, jenazah Mbah masih kekal hangat. Pesan Mbah yang beliau ingat ialah, buatkan nisan kubur Mbah nanti dari batu sungai.

Surau tingkat atas tempat Mbah Mahmood meningggal dunia.

Jenazah Mbah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Parit 17, Kariah Masjid Ubudiah, Parit 19 / Batu 14, Kampung Sungai Pulau, Jalan Bagan Datoh, Hutan Melintang, Perak kira-kira 1km dari surau tempat Mbah meninggal dunia. Kawasan perkuburannya terjaga bersih. Kepuk kubur Mbah berwarna hijau muda. Warna yang sangat menenangkan. Hanya ada sepohon pokok bunga renek di atas makam dengan taburan batu putih kecil memenuhi seluruh permukaan kubur. Batu nisannya seperti wasiat Mbah, dari 2 biji batu sungai saiz sederhana dengan tulisan maklumat mengenai Mbah. Ia simple tapi indah menyejukkan mata.

Selepas makan tengahari dan melawat kawasan tanah milik jemaah dengan diiringi Dr Mohd Noh dan Tahir, kami terus menziarahi Maqam Mbah Mahmood.

Di Makam, Tuan Nasir mengajak kami menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa panjang dan diaminkan kami semua. Setelah menjiruskan air ke makam Mbah yang mulia, kami beransur meninggalkan kawasan perkuburan. 

Jumpa lagi Mbah. Kalau ada rezeki. Tercatat di batu nisan nama Mbah Mahmood bin Alwi. Lahir pada tahun 1906. Kembali ke rahmatullah 4 Safar 1410 bersamaan 5.9.1989. Rupanya setelah berjumpa Almarhum Ustaz Ashaari menyampaikan berita yang disimpannya, di sini Mbah banyak bersuluk hingga menemui kekasihnya.

InsyaAllah akan ada Kluster RPU tinggal berjiran dengan Mbah nanti bila mereka mula beroperasi di surau lama tempat Mbah pernah tinggal. Kali terakhir ia dihuni di era para Tabib suluk di situ. Kami nak teruskan perjalanan untuk melihat jeti nelayan di Hutan Melintang. Ada 51 buah jeti, semuanya telah jadi milik Cina termasuk jeti Melayu terakhir. Kami nak bela nasib nelayan Melayu di sini di bawah pimpinan Tuan Nasir. Sebuah jeti Ikhwan kena dibangunkan di sini.

Vila GISBH Manjung.

11.36am, Jan 31, 2021

Sila klik untuk tonton video

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *