Rampasan kuasa di Myanmar tak dapat dielak: Panglima tentera

Kongsikan kepada yang lain
Share

YANGON – Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung mengatakan gerakan menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi tidak boleh dielakkan.

Beliau berkata, pengambilalihan kuasa setelah tunjuk perasaan terhadap dakwaan penipuan proses pilihan raya November tahun lalu gagal diselesaikan, lapor Reuters.

Katanya, percaturan sedemikian ialah satu-satunya penyelesaian terbaik, selepas Myanmar dibelenggu krisis kepimpinan dan politik, sejak beberapa tahun lalu.

“Oleh itu, langkah (guling kerajaan) ini memang tidak dapat dielakkan untuk Myanmar dan sebab itu kami pilih jalan ini,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama pada Selasa.

Tentera Myanmar, yang dikenali sebagai Tatmadaw, menahan Suu Kyi dan beberapa pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), dalam satu serbuan awal pagi Isnin sekali gus menggulingkan pemimpin terpilih yang merupakan penerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1991.

Susulan perkembangan mutakhir itu, Aung Hlaing diperuntuk kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman, sekali gus menyaksikan Myanmar kembali berada di bawah tampuk pemerintahan Tentera Junta, selepas 10 tahun merasai corak pentadbiran demokrasi.

Sementara itu, NLD dalam satu kenyataan menggesa supaya Suu Kyi, Presiden Win Myint dan beberapa ahli NLD yang ditahan sebelum ini, segera dibebaskan.

Tentera Myanmar turut didesak supaya memperakui keputusan pilihan raya umum Myanmar yang dijalankan tahun lalu.

Pegawai NLD berkata, sehingga kini pihaknya tidak dapat menghubungi Suu Kyi, meskipun pemimpin itu dilaporkan berada di kediamannya, dekat Naypyidaw.

Dalam pada itu, populariti Suu Kyi di Myanmar masih tinggi.

Sebagai bukti, NLD yang dipimpin beliau telah memenangi lebih 322 kerusi yang diperlukan untuk membentuk majoriti di Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2020 dan melebihi 390 kerusi yang pernah dikuasai parti itu pada tahun 2015.

Bagaimanapun, tentera mengumumkan rancangan rampasan kuasa di Myanmar selepas mendakwa bahawa pihaknya menemui lebih 10 juta kes penipuan undi.

AM: Ia memudahkan campur tangan AS di rantau ini. Ada alasan kukuh AS untuk campur tangan di rantau yang sangat menjadi rebutan ini. Dajjal dan tenteranya sangat ada perancangan untuk kuasai seluruh dunia khasnya di timur.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *