SHOW RPU DEPAN TETAMU DI SURAU TERAPUNG IKHWAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam. Malam 20hb Feb 2021 telah diadakan sebuah majlis di dalam surau terapung Ikhwan di Ikhwan Resort Air Bintan, Bandar Penawar, Johor sebagai meraikan tetamu yang datang ke sini iaitu Tuan Hj Darus atau Daud dan rakannya serta isteri masing-masing. Mereka adalah tetamu Pengerusi Eksekutif GISBH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan Pengarah GISBH Johor Tuan Nik Hazani Nik Muhammad.

Setelah melihat sendiri keindahan suasana rumah rakit Ikhwan dan sekitarnya di siang hari, para tetamu dihiburkan dengan alunan nasyid secara ‘live’ di malamnya pula. Lebih istimewa lagi, sebagai orang yang berkawan dengan Tuan Nasir sejak 40 tahun dahulu, Ketua RPUL, Tuan Adib dan Ketua RPUM, Puan Ummu Mubarokah sendiri bernasyid. Selain itu ada nasyid dalam Bahasa Cina, Inggeris dan Turki hingga Hj Daus sendiri berseloroh; “Tak payah ke Turki dah dapat dengar nasyid Turki.”

Hj Daus kelihatan teruja apabila mendengar nasyid-nasyid yang dialunkan kerana beliau terkenangkan pengalaman lamanya bersama Ustaz Ashaari, gurunya dan sahabatnya suatu ketika dahulu. Hj Daus adalah pengusaha Kayu Arang di Kuala Linggi Melaka.

Di sini anjang kongsikan link-link sebahagian daripada nasyid yang dipersembahkan. Selamat menonton.

Sunah Orang Berjuang

sila Klik! Nasyid Sunah Orang Berjuang
sila klik untuk tonton Nasyid Huru Hara

Nasyid Huru Hara

Nasyid Terima Kasih Tuhan dalam Bahasa Cina

sila Klik untuk tonton Nasyid dalam Bahasa Turki dan Inggeris oleh Tuan Adib dan Puan Kakak.

Rumah Rakit Ikhwan
11.55pm, Feb 21, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *