PERASMIAN IKHWAN MART ALOR GAJAH

Kongsikan kepada yang lain
Share

PERASMIAN IKHWAN MART ALOR GAJAH

Salam ceria.

Pada pagi Jumaat yang mulia, 26hb Feb 2021 bersamaan 14 Rejab 1442 H, anjang berpeluang menghadiri Majlis Perasmian Ikhwan Mart Alor Gajah. Ikhwan Mart ini merupakan premis perniagaan runcit GISBH yang ke 3 di Negeri Melaka. 2 buah lagi terletak masing-masing di Krubong Perdana dan di Lubuk China.

Ikhwan Mart terbaharu ini beralamat di:

AG 4570 JALAN BESAR 78000 ALOR GAJAH, MELAKA.

Untuk apa-apa maklumat boleh hubungi En Angah 0176370036. Ia beroperasi dari jam 7am hingga 10pm.

Ia terletak di jalan besar yang sibuk, lebih-lebih lagi di musim gaji kerana ia sebaris dengan CIMB juga berdekatan dengan May Bank Alor Gajah. May Bank berada di seberang jalan walaupun tidak tepat bersetentangan tetapi pandangan mata orang ramai yang beratur panjang untuk berurusan akan dengan mudah menangkap tulisan sign board Ikhwan Mart yang besar. Lepas ambil gaji tu, teruslah pergi berbelanja di Ikhwan Mart, alang-alang dah pegang tunai, kereta pun dah parking.

GISBH menyewa dua pintu kedai dengan kos RM4800 sebulan dan melakukan renovate dengan tenaga para RPU iaitu staf GISBH sendiri. Ia memakan masa agak lama sehingga masyarakat ternanti-nanti. Al maklum, GISBH tidak membuat pinjaman dengan mana-mana bank walaupun premisnya di depan pintu bank, semuanya hasil percaturan syarikat bermula dengan pembanguan insaniah dengan mengajak para staf mendekatkan diri dengan Allah dan Rasul-Nya. Allahlah sebenar-benar pemberi modal dalam bisnes ini.

Firman Allah:

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا 

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ 

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menunjukkannya jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari sumber yang dia tidak duga. At-Tolaq: 2-3

Kos renovate lebih kurang RM150K. Dah siap renovate meliputi pasang tile, baiki tandas, bina table top, pasang rak dan gondola, pasang air cond dan cermin pintu, set cashier, cat luar dalam, pasang gambar-gambar hiasan dan lain-lain akhirnya proses memasukkan barang-barang. Ia juga memerlukan pengorbanan semua. Bukan mudah ingin bangunkan sebuah projek Fardhu Kifayah yang berwibawa di tengah-tengah sebuah pekan yang di kelilingi peniaga Cina. Setakat ini, di kawasan tengah itu, tiada satu pun kedai runcit peniaga Melayu Islam kita.

Ramai yang perasan, GISBH makin aktif berniaga di musim covid ni bahkan berani buka premis di kawasan non muslim. Tentu ada sebab pimpinan GISBH lakukan begitu.

Alhamdulillah di IM Alor Gajah ini  banyak produk-produk daripada pengusaha dan pembekal muslim sebagai usaha GISBH membantu pengusaha Muslim agar #BMF tak terus dingin. Ada sedikit masalah di premis baru ini iaitu parkingnya agak terhad tetapi ada parking berbayar tidak jauh dari situ.

Pemotongan reben perasmian dilakukan oleh Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali disertai bersama Tuan Nik Hazani, Mantan Pengarah GISBH Melaka, Tuan Fadhil Yasin, Pengarah GISBH Melaka sekarang juga tetamu kehormat Dr Amir Ali, CEO Melaka Halal Hub.

Antara tetamu yang hadir ialah Tuan Hj Othman, seorang pengusaha yang mempunyai 7 buah kilang, Tuan Hj Mutalib, kedua-duanya dari team Melaka Halal Hub. Tuan Hj Darus, pengusaha sabak arang dari Kuala Linggi Melaka dan sahabatnya

Kolonel Khairuddin. Antara yang hadir juga abang kepada Dato’ Hj Ujad Abu Bakar, CEO Jad Travel dan Dr Endry, pemilik tanah Pusat Latihan RPU di Labu Lanjut.

Perasmian diteruskan dengan Tuan Nasir menandatangani plak perasmian dan sesi lawatan ke seluruh premis Ikhwan Mart tersebut. Tuan Nasir melawat ke semua sudut hingga ke tandas premis sambil memberi panduan dan teguran untuk penambahbaikan.

Setelah itu para pimpinan GISBH berbual mesra dan berdialog panjang dengan para tetamu berdekatan kaunter sambil menikmati ais krim Ikhwan. Banyak topik untuk kebaikan umat Islam yang dibincangkan penuh mesra. Moga-moga talian ukhuwah ini berterusan hingga membawa kepada kerjasama yang baik antara GISBH dengan seluruh lapisan masyarakat.

Alhamdulillah, pelanggan telah mula berdatangan di hari pertama perasmian, moga ianya berterusan dan Allah bantu GISBH dan pengusaha Muslim terus mengeluarkan produk yang berkualiti, tepat dengan kehendak syariat Islam dan cukup untuk memenuhi permintaan masyarakat.

Aamiin…

Rumah Tetamu GISBH Muar

12.56pm, Mac 1, 2021

Sila klik video, subscribe, share dan like.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *