6 Nyawa Terselamat

Kongsikan kepada yang lain
Share



Kuala Lumpur: Enam sekeluarga berdepan detik mencemaskan dan nyaris lemas apabila bot dinaiki mereka nyaris karam dipukul ombak sebelum diselamatkan anggota Remaja Pembela Ummah (RPU) dari Team Maritim Global Ikhwan Holdings Sendirian Berhad (GIHSB), Air Bintan, Bandar Penawar, Johor di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, sampan dinaiki datuk saudara, dua anak saudara perempuan dan tiga kanak-kanak itu difahamkan dari Kampung Serindit, Pengerang, Johor.

Lelaki terbabit difahamkan membawa anak saudara dan cucu saudaranya yang datang dari Batu Pahat untuk bersiar menaiki bot sebelum pulang namun hampir karam akibat ombak kuat.

Pengurus Rumah Rakit Ikhwan, Ikhwan Resort Air Bintan, Muhammad Asyraf Mahdom berkata, dia dan rakan yang lain menyedari kejadian itu apabila melihat mereka yang berada di dalam bot berhampiran rumah rakitnya melambai dan menjerit meminta pertolongan.

Menurutnya, dia bersama anggota RPU terus bergegas ke lokasi terbabit dan mereka sedang berpaut serta terkapai- kapai dalam muara sungai menghala ke laut akibat sampan dinaiki terbalik.

“Kejadian berpunca apabila sampan berkenaan mahu membelok sehingga menyebabkan ia dimasuki air dan seterusnya terbalik.

“Tiga anggota RPU turut terjun ke dalam muara sungai bersama jaket keselamatan menyelamatkan mereka yang hampir lemas sebelum semuanya diselamatkan dan dibawa ke jeti berhampiran,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Asyraf berkata, mereka ketika itu agak trauma dan lelaki terbabit turut menangis dan berterima kasih kepada jika pihaknya tiada ketika itu sudah pasti mereka lemas.

AM: Semuanya dengan kehendak Allah. Allah izinkan ianya berlaku. Memang hasrat YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali melahirkan para remaja yang mahir dalam pelbagai bidang. Antara bidang yang beliau agak fokuskan ialah maritim dengan kata-katanya,

“Kita nak selamatkan orang kalau berlaku bencana seperti banjir atau lemas, jangan berlaku ketika nak selamatkan orang kita pula lemas, kita pula perlu diselamatkan akibat tiada ilmu dan pengalaman.”

Akhirnya lahirlah Unit Maritim Ikhwan dalam RPU yang merupakan pelapis perjuangan di dalam GISBH. Sebenarnya dalam berita tu silap tulis, patutnya GISBH bukan GIHSB. Takkan la pemberita Harian Metro tak kenal GISBH… Utusan Malaysia pun dah siarkan rencana berkaitan restoran GISBH. Tun M pun dah makan di Ikhwan Delight Sungai Pencala.

Apapun, teruskan berkhidmat wahai semua RPU. Biarlah sesiapa nak mengata, GISBH bermewah-mewah dengan bot dsb, hakikatnya GISBH lebih tahu matlamat dan tujuan sesuatu itu di wujudkan dalam GISBH. Menyelamatkan 6 nyawa itu jauh lebih besar nak dibandingkan kata dan sindiran orang ramai.

Vila GISBH Penang

10.21am, Mac 15, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *