PERTEMUAN GISBH DENGAN DAGANG HALAL GROUP

Kongsikan kepada yang lain
Share

PERTEMUAN GISBH DENGAN DAGANG HALAL GROUP

Salam ceria.
Semalam Anjang berpeluang ikuti satu meeting GISBH di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Jom ikuti ceritanya.

Lokasi: Club Lounge, tingkat 30, Seri Pasifik Hotel, Kuala Lumpur.
Tarikh: 24hb Mac 2021
Masa: 11.30am-1.30pm

GISB Holdings diwakili oleh:

  1. Pengerusi Eksekutif Tuan Nasiruddin Mohd Ali.
  2. Ketua Pegawai Operasi, Tuan Hasnan Abdul Hamid
  3. Wakil RPU Tuan Syurahbil Amran
  4. Tuan Suhaimee Mohammad
  5. En Azizi Ahmad
  6. Harun Taat

Wakil dari Dagang Halal Group:

  1. Chairman, Co-founder, Ybhg Dato Muhadzir bin Mohd Isa.
  2. Managing Director, Mr Francis Chong
  3. Mr Lok Kam Fatt
  4. Mr Er Han Keong
  5. Mr Go Sun Hee.

Latarbelakang pertemuan:

GISBH mula berkenalan dengan Dagang Halal Group bila mencari-cari premis untuk di sewa di Mersing. Atas panduan Ybhg Tuan Pengerusi Eksekutif untuk keluar dari Kampung Hubong dan mencari penempatan lain, kerana tuan tanah di situ, menghina-hina perjuangan Islam, maka staf GISBH di sana memulakan operasi mencari lalu berjumpa satu baris bangunan kedai 3 tingkat di jalan utama Endau Mersing, berhampiran dengan tanah Mechanical Ikhwan yang telah GISBH sewa.

Awalnya wakil GISBH hanya berhubung melalui hand phone sahaja untuk urusan sewa bangunan di sebuah taman di Endau dengan Uncle Lok tetapi bila dalam perbualan itu, wakil GISBH, bercerita mengenai projek-projek GISBH dan aktiviti mendidik remaja melalui bermacam-macam projek seperti pertanian dan penternakan, Uncle Lok tiba-tiba sangat seronok dan terus ajak kita ke Kluang untuk berjumpa dan berbual-bual. Uncle Lok terus ceritakn hal keluarganya, dia ada seorang anak perempuan yang masuk Islam kerana berkahwin dengan lelaki Melayu. Anaknya baru setahun lebih masuk Islam.

Pertemuan kali pertama di Kluang bersama anak perempuannya kelihatan orangnya bertudung, berseluar, pakai tshirt lengan panjang dan karf hand. Terkejut dengan penampilan anak Uncle Lok yang masuk Islam ini sebab melihatkan dia pakai karf hand.. Rasanya dia memang serius belajar mendalami pengamalan Islam. Walhal ramai je wanita Melayu Islam, bukan sahaja tidak memakai karf tangan untuk mengelakkan aurat terbuka malah dengan dengan sengaja menyingsing lengan agar terlihat gelang-gelang emas yang dipakainya.

Dalam pertemuan tersebut, wakil GISBH bercerita mengenai syarikat GISBH dan menayangkan video korporat GISBH tiba-tiba Uncle Lok menceritakan syarikatnya ada share dalam satu syarikat iaitu Dagang Halal Group yang chairmannya orang Melayu dan dia berjanji untuk memperkenalkan GISBH Chairman, Co-founder syarikat iaitu Ybhg Dato Muhadzir bin Mohd Isa dan Managing Director, Mr Francis Chong.

Dari urusan untuk menyewa bangunan, akhirnya berlakulah pertemuan dengan DHG ini di Kluang Johor. Pertemuan dihadiri oleh wakil Pengerusi Eksekutif, Ybhg Tuan Hasnan Abdul Hamid dan Tuan Suhaimee Mohamed dan En Azizi. Datuk Muhadzir pula tidak dapat hadir. Maka pertemuan hanya dengan Mr Francis Chong, Mr Lok Kam Fatt, Mr Er Han Keong dan Mr Go Sun Hee. Dari pertemuan inilah membuatkan Mr Francis dan kawan-kawannya bersungguh-sungguh untuk mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur bersama chairman mereka.

Maka dengan izin Allah, berlakulah pertemuan di tingkat 30, Seri Pasifik Hotel yang dahulunya dikenali sebagai Pan Pasifik Hotel. Allah nak jadikan pertemuan bertambah mesra tanpa gap bila YBhg Datuk Muhadzir sendiri memang mengenali jemaah sejak zaman Al Arqam malah beberapa kali membawa Almarhum Ustaz Ashaari ke Merbuk ketika itu. Mr Francis pula memang kenal orang Arqam yang menjual akhbar direct selling bertemu setiap orang sambil menghulur akhbar dan majalah.

Setelah berkenalan ringkas, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan kali ini ialah:

  1. Pihak DHG menawarkan teknologi yang telah mereka bangunkan bagi pengesahan halal.
  2. Mereka juga menawarkan untuk menjual produk Ikhwan di luar negara.
  3. Mereka mengharapkan diteruskan usahasama dengan mereka seperti satu sistem yang nanti akan diterima pakai oleh semua orang.
  4. Setakat ini mereka telah membantu 8000 syarikat dalam dan luar negara untuk mendapatkan pengiktirafan halal Jakim.
  5. Antara maklumat yang dikongsikan, restoran bukan Islam sangat berusaha utk dapatkan sijil halal. Dengan adanya sijil halal, mereka dapat menarik 90 % pelanggan Islam. Tetapi peniaga Islam tidak bersungguh-sungguh mendapatkannya kerana merasakan tidak perlu.
  6. Pengiktirafan Halal Jakim bukan sekadar halal malah mendapat ISO 14000. Maka keselamatan dan kebersihan makanan adalah terjamin. Mr Francis sendiri tak sanggup nak makan tauhu kering dari kilang yang penuh dihingapi lalat.
  7. Cadangannya agar GISBH mendapatkan tanah seluas 50 ekar dan di situ di kumpulkan semua kilang-kilang Ikhwan Brand menjadi ‘Halal Hub GISBH’.

Antara permasalahnya ialah:

  1. Birokrasi pihak berkuasa Agama dengan mereka. Perasaan bahawa syarikat ini masih di control oleh orang Cina bukan Islam.
  2. Belum ramai peniaga Melayu yang mahu usaha dapatkan sijil halal. Sedangkan syarikat yang bukan Islam sangat berusaha. Bila berlaku begitu, produk keluaran Melayu Muslim tidak dapat dipasarkan ke luar negara.

Banyak lagi yang diperbincangkan termasuk mengenai Kartel Daging Haram, rasuah di kalangan penjawat awam, sifat dengki di dalam masyarakat Melayu, bersatunya bangsa Cina dalam menjaga kepentingan bangsa walau berlainan parti politik, rosaknya negara akibat kerakusan ahli-ahli politik, potensi GISBH dalam menguasai pasaran produk halal dll.

Apabila ditayangkan video profile GISBH kelihatan semua mereka memberikan tumpuan serius malah merakam menggunakan telefon bimbit. Usai tayangan mereka memberikan tepukan kerana bangga dengan pencapaian GISBH. Mereka terkejut dengan produk-produk GISBH yang mereka terima dari hamper hadiah dan mengatakan banyak produk yang boleh pergi jauh. Sebelum berpisah mereka semua berjanji akan membuat lawatan ke PPI BCH untuk melihat sendiri aktiviti di bandar Ikhwan.

Maha Besar Allah, Allah boleh lakukan, dari peristiwa penghinaan beberapa individu Muslim terhadap usaha-usaha GISBH di Kg Hubong membawa kepada penemuan dan pertemuan GISBH di Tingkat 30, Club Lounge, Hotel Seri Pasifik KL dengan peniaga-peniaga Cina Non Muslim yang tidak prejudis malah sayangkan umat Islam. Moga inilah petanda orang Cina akan masuk Islam beramai-ramai seperti yang Tuan PE sebutkan setelah selesai pertemuan semalam. Aamiin.

Vila GISBH Pusat
9.38am, Mac 25, 2021


By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *