YB TUN DR MAHATHIR IKTIRAF KEMATANGAN GISBH DI USIA 21 TAHUN

Kongsikan kepada yang lain
Share

YB TUN DR MAHATHIR IKTIRAF KEMATANGAN GISBH DI USIA 21 TAHUN

GISBH telah diasaskan oleh Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad pada tahun 2000 untuk membangunkan sistem hidup Islam bermula dengan pembangunan insaniah seterusnya mendirikan pelbagai usaha Fardhu Kifayah untuk memenuhi keperluan hidup manusia melalui medium perniagaan.

Selama lebih 2 dekad, GISBH melalui zaman kanak-kanak dan remajanya yang penuh dengan ujian dan cabaran seterusnya memasuki era kematangannya tahun ini di usia 21 tahun. Kedatangan para tetamu dari berbagai latar belakang yang semakin ramai di pusat-pusat perniagaan GISBH mengiringi kedewasaannya.

Seawal 3hb Januari 2021, Ikhwan Delight Sungai Penchala, salah sebuah rangkaian restoran GISBH telah menerima kunjungan negarawan ulung tanah air, mantan Perdana Menteri Malaysia, YB Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri.


Terkini pada 10hb April pula, YB Tun Dr Mahathir telah melawat Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang. Beliau bukan sahaja melawat seluruh bandar Ikhwan dari premis ke premis, malah menaiki kereta kuda, menandatangani plak perasmian bas dua tingkat GISBH, juga meluangkan masa selama lebih 4 jam bersama para pimpinan GISBH.

Mari kita ikuti pandangan beliau mengenai GISBH setelah sesi lawatan yang memperlihatkan kematangan GISBH ketika memasuki usia 21 tahun ini…

Sebenarnya saya tak sangka kemajuan yang boleh dicapai oleh orang Melayu tetapi apabila saya datang ke sini barulah saya sedar bahwa sebenarnya boleh didirikan oleh orang Melayu dan mereka juga akan berniaga dalam bandar. Kalau konsep ini dikembangkan, maka bandar kita barulah jadi bandar negara Malaysia iaitu berbilang kaum”.

Menurut YB Tun Dr Mahathir lagi, “Waktu ini kita dapati bandar kebanyakan yang duduk di bandar dan berniaga di bandar ialah orang bukan Melayu. Tetapi bila saya tengok apa yang dilakukan di sini sebenarnya adalah sebuah bandar yang mempunyai perniagaan-perniagaan yang bermacam-macam”.

“Kadang-kadang kita dapati orang Melayu kalau dia nampak orang jual tomyam, dia pun jual tomyam. Orang jual nasi lemak, dia pun jual nasi lemak. Jadi kita akan rugi. Ini saya haraplah konsep ini boleh dikembangkan di seluruh Malaysia”, kata YB Tun Dr Mahathir mengakhiri komen beliau.

Acara penutup lawatan diakhiri dengan kepulangan YB Tun Dr Mahathir dengan menaiki bas baharu dua tingkat yang dirasmikannya bersama para pemimpin GISBH ke jejantas Sg Buloh. Tun meneruskan perjalanan ke Putrajaya manakala pimpinan GISBH terus ke Melaka untuk merasmikan 2 buah bot di GISBH MARITIME Kuala Linggi.

Jangan lupa subscribe, share, like dan komen ya!
Anjang dah sampai Mekah ni. Ramadhan di sini. Doakan dapat buat umrah.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *