GERAK BALIK KE MEKAH

Kongsikan kepada yang lain
Share

  1. Hari ini kami gerak balik ke Mekah. Lepas solat Subuh di bilik Dato’ CEO, kami berkemas dan terus naik kenderaan. Tak dan nak pekena ‘Al Baidh Al Masluq’ sebab sarapan mula jam 7am. Subuh dalam 3.34. Kira-kira 4.40 am kami mula gerak. Masih gelap lagi.
  2. Meninggalkan ibu Negara Saudi Arabia, Kota Riyadh menuju ke kampung Rasulullah iaitu Mekah Al-Mukarramah dengan penuh harapan agar dapat kembali lagi suatu masa nanti dalam keadaan GISBH telah punyai restoran dan Ikhwan Mart di sini.
  3. Kota Riyadh ni telah anjang kunjungi 5 kali. Kali pertama ketika xpdc dengan GMC ke Dubai, dari Mekah, singgah Riyadh pada 29.10.2017. Diketuai oleh Tuan Nasir sendiri.
  4. Kali kedua ketika tunaikan haji, tepatnya 29.7.2019 ambil flight turun di Riyadh. Ketika itu bertemu Hj Qudus dan Tuan Nik Hazani di Riyadh. Pastu ambil flight domestik ke Jeddah. Pada 25.8.2019 sampai Riyadh juga tapi transit tak keluar Air Port.(anjang tak kira la yang ni)
  5. Kali ketiga yang pergi ramai-ramai diketuai oleh Tuan Nasiruddin bersama Dato’ CEO, Tuan COO dan Tuan CCO pada 25.5.2021. Ketika itu sempat membuat kunjungan ke kediaman TYT Duta dan lawatan ke kilang Deemah.
  6. Kali keempat datang dari Madinah Al-Munawwarah pada 31.5.2021 untuk buat pertemuan lagi dengan team Deemah dan seterusnya menjalinkan MoU dengan Syarikat Deemah di Kediaman TYT Duta pada 2.6.2021. Pada 3.6.2021 pula Mr Khaled Al Akeel, CEO Deemah menjamu kami di Vilanya.
  7. Kali kelima inilah iaitu bertolak dari Mekah hari Sabtu 19.6.2021 dan pulang semula ke Mekah hari ini 21.6.2021. Program utamanya ialah pendetailan pembelian produk biskut Deemah dengan Abd Aziz Kenya. Dia ni berketurunan Kenya dan Yaman. Fasih berbahasa Arab tapi tak boleh menulis dalam Bahasa Arab. Fasih berbahasa Inggeris.
  8. Selesai urusan kami kembali ke Mekah memandangkan Meeting Ikhwan hampir bermula. Jam 2.41 PM selamat sampai ke Vila GISBH Mekah iaitu dalam 10 jam perjalanan termasuk sarapan pagi, sembahyang, isi minyak dan ke tandas.
  9. Terima kasih Allah atas perjalanan yang berkat ini. Walaupun Pilot agak mengantuk tapi berjaya juga mengharungi perjalanan dalam terik matahari di Saudi.

Vila GISBH Mekah
4.46 PM, Jun 21, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *