Minyak Attar, Perniagaan Million Dollar

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tuan Nasir, Syeikh Khalid dan Dato’ Lokman berbincang mengenai minyak wangi keluaran syarikat Syeikh Khalid.

Salam ceria.

Operasi ziarah, dakwah dan tijarah di Saudi sentiasa berjalan sejak Tuan Nasir sampai ke sini 1 Ramadan 1442. Sepanjang 3 bulan ini pelbagai program yang di susun seperti menunaikan ibadah umrah, melawat aktiviti GISBH Mekah dan Madinah, ziarah kenalan, ziarah makam, lawatan ke kilang dan perusahaan terpilih, MoU dengan syarikat tertentu, jamuan makan di rumah kenalan dll.

7hb Julai 2021, Tuan Nasir bersama para ALP melawat pejabat kenalan baru kami Syeikh Khalid, saudagar Attar di Jeddah. Sebelum gerak ke Jeddah kami singgah bersarapan di sebuah restoran berdekatan dengan vila.

Tujuan bersarapan di sini adalah untuk meninjau restoran yang benar-benar diusahakan oleh orang tempatan, warga Saudi sendiri. Selama ini jika makan di luar, kami bersarapan di restoran Amer dengan masakan Pakistan atau restoran masakan Yaman. Inilah kali pertama anjang masuk restoran orang Saudi. Nama restorannya تكوة Coffee Shop. Mula niaga jam 6am, tutup jam 2am. Dia ambil satu pintu di ground floor dan 10 pintu tingkat 1 untuk dapat view ke jalanraya.

Lepas bersarapan kami menuju ke Jeddah. Kami sampai ke tengah bandar Jeddah lebih awal dari Syeikh Khalid. Apabila beliau sampai, kami diiringi ke tingkat 21 di mana pejabat perniagaan Minyak Attar miliknya beroperasi. Baki cerita sambung di video la ya….😀🤣😎

Restoran تكوة Coffee Shop

12.01am, Jul 10, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *