PERUTUSAN YDH TUAN NASIRUDDIN MOHD ALI SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1442H/2021M

Kongsikan kepada yang lain
Share

PERUTUSAN AIDIL ADHA 1442H / 2021M

PENGERUSI EKSEKUTIF

GISB HOLDINGS SDN BHD

Di pagi 10 Zulhijjah 1442 Hijrah ini saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat bersama-sama tuan-puan semua secara maya dari bumi Mekah Al Mukarramah untuk sama-sama kita membesarkan Allah di pagi Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji ini.

Di tahun-tahun sebelum ini, di musim haji begini, berjuta umat Islam berwukuf di Arafah dan meneruskan manasik haji ke Mudzalifah, Mina juga bertawaf di Kaabah dan Saie antara Sofa dan Marwah. 

Di tanah air pula biasanya kita bertakbir beramai-ramai, menunaikan solat Aidil Adha di masjid, mendengar khutbah raya dan melaksanakan ibadah korban. Suasana hari raya bertambah meriah dengan kunjung mengunjung sambil bermaaf-maafan.

Kini suasana berubah sama sekali. Inilah tahun kedua kita menyambut Aidil Adha dalam keadaan satu dunia dilanda Covid-19, sudah tentu ada hikmah besar dari Allah perkara sebesar ini terjadi.

Banyak maklumat yang kita perolehi menyatakan bahawa Covid-19 ini adalah ciptaan manusia dengan tujuan jahat yang dirahsiakan. Sebenarnya tidak menjadi rahsia lagi sememangnya Yahudi sangat berdendam dengan umat Islam dan berniat menguasai mereka.

Sebagai umat Islam kita sangat percaya bahawa Allah sedang memenangkan agamaNya setelah jatuh dihina lebih 100 tahun. Inilah masanya Islam dimenangkan walaupun nampak seperti musuh menguasai satu dunia.

Islam menang hasil persiapan lahir dan usaha takwa para pejuang menarik bantuan Allah.Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela agama Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu.

Membela agama Allah ialah dengan melaksanakan seluruh perintahNya lahir dan batin dan meninggalkan semua laranganNya. Ini yang kita sebut sebagai reset atau penyusunan semula. Jika mereka cuba reset dunia ini, kita yakin Allah ada cara menanganinya.

Allah telah menarik banyak nikmat daripada kita kerana tidak bersyukur. Bila taharah tidak dijaga di masjid, AJK masjid diperebutkan, duit kutipan tidak diguna membantu ahli kariah, Allah tarik nikmat beribadah di masjid.

Bila nikmat boleh bekerja dan rezeki yang banyak tidak disyukuri, makan minum sampai membazir, bergaul bebas di tempat kerja, boros dan bakhil, Allah tarik nikmat lalu dibuang kerja, bahan asas untuk makan minum di rumah pun tiada. Merempat dan kelaparanlah kita.

Bila tidak bersyukur diberi kuasa lebih 60 tahun, nasib bangsa tak dibela. Pasar raya Islam tidak dibangunkan. Bekalan ayam dan daging dikuasai kafir. Ikan di laut, sayur di darat pun milik bukan Islam. Allah tarik nikmat kuasa. Asyik bergaduh dan bertukar kerajaan. Melayu Islam berpecah belah tidak bersatu.

Semua ini perlu disusun semula atau direset dengan mengambil keberkatan bulan pengorbanan Aidil Adha 1442H. Pemimpin kena berkorban, korbankan kepentingan diri, berlaku adil kepada rakyat. Rakyat kena berkorban bertaubat dan membaiki diri kerana Allah janjikan pemimpin yang baik untuk rakyat yang baik.

Orang kaya berkorban untuk jadi pemurah lebih-lebih lagi disaat ramai yang memerlukan bantuan. Orang yang miskin berkorban untuk jadi orang yang sabar dan redha. Jangan tamak bila mendapat bantuan. Jangan hasad kepada si kaya.

Pemuda reset jadi generasi yang bertanggung jawab, tidak terlibat dengan dosa dan maksiat. Pemudi reset jadi warga yang pemalu tetapi berperanan.

Semua ini akan berlaku jika semua pihak bersungguh-sungguh mengusahakan sifat takwa yang diulang-ulang setiap kali khutbah Jumaat.

Allah hanya membela orang-orang beriman dan bertakwa.Firman Allah:

Allah pembela orang-orang yang bertakwa.

At-Jathiah: 19

Mari kita usahakan takwa dengan bersungguh-sungguh bertaubat, memcukupkan syarat-syarat takwa, tidak membuat dosa atau mengulangi dosa-dosa lama kita.

Kepada semua barisan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat, para pimpinan syarikat dan semua warga kerja GISB Holdings di seluruh dunia, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Aidil Adha, maaf zahir dan batin.

Marilah kita berdoa moga-moga Allah SWT selamatkan kita, keluarga kita, masyarakat kita, para pemimpin dan negara kita dari kesusahan dunia dan lebih-lebih lagi azab Akhirat. Semoga kita semua dibantu Allah dan dipandu serta dipimpin untuk melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat pengguna di negara kita dan di seluruh dunia.

Saya juga mengambil kesempatan ini, mewakili seluruh AHLI LEMBAGA PENASIHAT, barisan pimpinan dan seluruh warga kerja GISBH serta keluarga masing-masing mengucapkan Salam Aidil Adha, maaf zahir dan batin kepada semua pimpinan negara, para pemimpin masyarakat, para kenalan GISBH, para rakan niaga dan para pelanggan GISBH di seluruh Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. 

Semoga dengan keberkatan bulan Zulhijjah ini, kita mengambil roh pengorbanan Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad juga pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim agar kita sanggup berkorban segala-galanya agar Islam dijadikan cara hidup di seluruh dunia menggantikan sistem lain yang menjauhkan kita dari Allah dan RasulNya. 

Sekian.

YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali

Pejabat Pengerusi Eksekutif

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *