SUMBANGAN GISBH KEPADA PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, MUAR.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tarikh : 27hb Julai 2021

Masa : 12.30 tengahari

Tempat : Pejabat Persatuan Veteran  Angkatan Tentera Malaysia, Muar.

Alhamdulillah pada hari ini, En Azizi Ahmad, En Azhir Ismail dan beberapa orang lagi mewakili YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali Pengerusi Eksekutif GISBH dan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH telah menghantar barang-barang keperluan asas sumbangan GISBH kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Muar (PVATM).

Barang-barang keperluan asas bernilai RM9,300 tersebut ialah 500 kampit beras (5kg) dan 100 kotak tepung Ikhwan (10kg/kotak, 1 kotak 10 paket) di hantar ke pejabat PVATM di Jalan Sulaiman, Muar.

Ketibaan wakil-wakil GISBH ini disambut sendiri oleh Kapten Dato’ Hj Harun bin Hj Jaafar, penasihat PVATM cawangan Muar.

Setiba sahaja di pejabat PVATM Muar, para petugas GISBH terus memunggah barang-barang sumbangan ke dalam bilik yang disediakan dengan bantuan ahli PVATM.

Menurut wakil PVATM, barang-barang asas ini akan disumbangkan kepada ahli-ahli PVATM yang tiada pendapatan tetap dan terjejas akibat Covid-19 pada 8hb Ogos ini.

Sebelum bersurai, wakil-wakil GISBH dijemput untuk menjamu selera di pejabat PVATM dan telah diadakan penyampaian cenderahati.

Moga-moga dengan sumbangan yang diberikan ini akan menambah eratkan lagi hubungan GISBH bersama PVATM seperti yang dihasratkan oleh YDH Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *