Dapur Prihatin Bersama GISBH Mekah

Kongsikan kepada yang lain
Share

JUMAAT BERKAT@ DAPUR PRIHATIN BERSAMA

GISBH MEKAH

Seperti di tempat-tempat lain seluruh dunia, rakyat peringkat pertengahan dan bawahan paling terjejas sejak covid-19 merebak. Begitu juga di Mekah, bandar suci Umat Islam satu dunia.

Ada jutaan pekerja peringkat bawahan yang bekerja di seluruh Saudi dan sebahagian mereka berada di Mekah. Mereka adalah pekerja pembersihan Masjidil Haram, pembersihan jalan (sapu sampah)dan lori sampah di bawah Majlis Bandaraya, pekerja di restoran, kedai pakaian, pekerja kontrak pembinaan, bekas-bekas pekerja hotel dan macam-macam lagi kerjaya yang selama ini membantu mereka memperolehi pendapatan yang agak lumayan.

Sekarang ramai di antara mereka telah pulang ke negara masing-masing kerana tidak mampu tinggal di sini tanpa sumber pendapatan tetapi perlu membayar kos visa dan kehidupan yang tinggi. 

Semalam Dapur Prihatin Bersama, GISBH Mekah telah mengagih-agihkan pax Nasi Mandy ayam dan kambing dan air mineral kepada orang-orang Rohingya dan Burma yang bekerja sebagai penyapu sampah & lori sampah, pemandu teksi Mekah di kalangan warga India, Pakistan dan Mesir juga mereka yang susah yang dipanggil orang Bukit di kalangan orang Pattani, Pakistan dan Afghanistan.

Sebanyak 393 pax nasi tersebut telah diedarkan di kawasan Nakkasa, Misfalah dan Bukit Ajyad. 

Moga Allah ringankan segala beban yang ditanggung dan Allah kembalikan kemeriahan Masjidil Haram seperti sebelum ini dengan rahmatNya.

Menu: Nasi Mandy Kambing & Ayam & air mineral

Jumlah: 393 pax

Nilai: 20 Riyal/pax (7860 Riyal)

Penerima: Masyarakat antarabangsa sekitar Nakkasa, Misfalah dan Bukit Ajyad

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *