Memindahkan Pilinukoy dari Ikhwan Shipyard Kuala Linggi, Melaka ke Ikhwan Gaharu, Damar Laut, Perak

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam
Video kali ini kita nak bawa penonton melihat proses perpindahan bot Pilinukoy dari Ikhwan Shipyard di Kuala Linggi ke Ikhwan Gaharu, Damar Laut, Manjung, Perak.

Mari tonton proses perpindahan Bot Laju Pilinukoy ini.

Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan para ALP GISBH ingin pastikan para remaja GISBH khasnya RPU menjadi aset agama bangsa dan negara.

Maka diusahakan agar sakhsiah dan peribadinya ditingkatkan bermula dari meningkatkan ilmu dan kefahaman, menghalusi ibadah, akhlak dan pergaulan juga pembinaan kemahiran diri agar boleh berkhidmat kepada masyarakat.

Setiap remaja diusahakan untuk menguasai 10 jenis kemahiran agar mampu menggalas pelbagai tugas dalam perjuangan. Antara kemahiran yang diberi latihan ialah mengetuai ibadah, jadi imam, memasak, menguasai nasyid dan alat muzik, bertani, menternak binatang, bertukang, membaiki kenderaan, mentadbir perniagaan, menguruskan kewangan dll.

Antara bidang baru yang diusahakan agar para RPU mengasainya ialah Maritim.
Tuan Nasir sendiri usaha mendapatkan beberapa buah bot dan terkini sebuah bot laju yang diberi nama Pilinukoy.

Pilinukoy ini bersaiz 45kaki panjang x 9 kaki lebar. Mempunyai 3 engin sangkut setiap satunya sebesar 300 kuasa kuda. Ia sebuah bot laju yang besar dan cantik.

Ia dibeli di Tanjung Gemok Rompin dan dibawa ke Shipyard Ikhwan di Kuala Linggi semasa perasmian bot Tellibaba dan tapak Shipyard itu sendiri pada 10 April 2021. Ketika itu ia dibawa menggunakan sebuah triler dan diturunkan ke laut menggunakan dua buah kren kerana di Shipyard itu belum ada ram untuk menurunkan bot ke air. Sejak tarikh itu bot Pilinukoy berada di Kuala Linggi.

Akhir bulan Julai baru-baru ini, bot laju ini dipindahkan ke Kluster Gaharu Ikhwan di Damar Laut, Lumut, Perak. Bukan mudah memindahkan bot panjang begini tetapi RPU mesti belajar.

Antara perkara yang dipelajari dari operasi ini ialah:

  1. Ia boleh dibawa dengan trailer yang ditarik oleh kenderaan 4WD.
  2. Kenderaan 4WD itu kena 400cc ke atas.
  3. Pemandunya perlu berpengalaman dan mempunyai lesen membawa triler. RPU kena ambil lesen, pengalaman InsyaAllah boleh dilatih.
  4. Eloknya bergerak jam 2 pagi kerana jalanraya kurang kenderaan ketika itu.
  5. Kenderaan tidak boleh dibawa laju dan kena set mode pemanduan ke 4WD.
  6. Sebagai langkah keselamatan sebuah kenderaan kena mengekori triler ini dan memaklumkan kepada pemandu 4WD jika ada apa-apa masalah melalui walki talki seperti jika kedudukan bot senget atau ada tali pengikat terbuka dll.

Alhamdulillah bot selamat sampai ke Manjung dan berjaya diturunkan di ramp Perak Yacht Club untuk dibawa ke Ikhwan Gaharu. Rindu nak ke Ikhwan Gaharu. Sini di Mekah ni dapat guna minyak wangi gaharu je, tak dapat nikmati suasana alam ciptaan Tuhan di:
RPU GAHARU IKHWAN,
LOT 3O73, KG SELANGOR, JALAN DAMAR LAUT, 32200 LUMUT PERAK.
Inilah alamat rasminya.

Semuanya dengan izin Allah jua. Moga Allah jadikan RPU aset agama, bangsa dan negara. Menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia mempunyai pemuda-pemuda yang boleh lakukan pelbagai kerja untuk agama Allah. Aamiin.

Vila GISBH Mekah
4.12pm, Ogos 6, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *