Tuan Nasir Turun Padang

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tuan Nasir Turun Padang

Salam ceria.

Anjang nak kongsi video Tuan Nasir turun padang mempersiapkan Wadi sebelum menyambut Aidil Adha baru-baru ini. Sambil-sambil tu kita bincangkan sifat-sifat yang patut ada pada seorang pemimpin untuk kita muhasabahkan diri kita kerana Rasulullah pernah bersabda, setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang apa yang dia pimpin atau tentang pimpinannya. Sebelum kita ditanya di akhirat, mari kita koreksi diri kita, dah subur ke sifat kepimpinan?

sila klik video. Jangan lupa subscribe, like dan komen.

Alangkah indahnya sebuah negara jika pemimpin-pemimpinnya laksana ayah di dalam bertanggungjawab kepada rakyatnya. Kalau bukan negara pun, dalam syarikat atau jemaah pun jadilah. Selesaikan makan minum, pakaian, tempat tinggal pengikutnya. Lebih-lebih lagi di musim Covid-19 ni. Di saat semua orang susah. 

Lebih utama dari itu bertanggung jawab tentang nasib pengikutnya di akhirat dengan memastikan pendidikan iman dan takwa diikuti oleh pengikutnya. Kalau nak berhibur pun, dipastikan hiburan itu patuh syariat. Membantu membina iman dan takwa.

Dia seperti ibu iaitu bersifat kasih sayang bukan bererti membelai-belai anaknya tetapi mendengar masalah, memberi jalan penyelesaian, bertanya khabar, mengambil tahu, prihatin hingga terasa kasih dan sayangnya. 

Dia juga ibarat guru memberi ilmu dan tunjuk ajarnya. Dengan penuh kasih sayang, bijaksana dan dia dahulu menghayatinya Wibawanya tinggi, ertinya dia sangat menjaga syariat seperti menjadi contoh dalam ibadah dan disiplin. Akhlaknya mulia seperti pemurah, pemaaf, tidak mengata orang dan lain-lain.

Adakalanya dia berwatak pemimpin. Memberi arahan-arahan kepada pengikutnya dan menghukum dengan adil. Dengan tegas dan penuh hikmah. Tidak ada diskriminasi dilakukannya.

Di waktu tertentu sebagai kawan setia. Mengutamakan kawan-kawannya dari dirinya. Memberi maaf ke atas kesalahannya. Meminta maaf kalau dia pula yang bersalah. 

Apabila berlaku sifat-sifat ini pada para pemimpin, alangkah mudah mendidik pengikutnya di dalam organisasinya, jemaahnya atau syarikatnya. Mereka akan taat dan setia kepada pemimpin. Pemimpin dihormati dan dimuliakan dengan tidak berpura-pura. Pengikut bekerja dengan penuh gembira dan ceria. Untuk agama, bangsa dan negara. Mereka sanggup mati kerananya. Kedaulatan agama, bangsa dan negara terpelihara

Lahirlah masyarakat yang berkasih sayang sesama mereka. Bertolong bantu, bekerjasama. Hidup aman, damai dan harmoni di dalam negara. Dengan pimpinan Allah Taala yang Maha Esa lagi Berkuasa.

Kita harap adalah pemimpin begini untuk membawa Malaysia keluar dari ujian covid-19 ini. Lebih-lebih lagi di bulan Merdeka ini. Tak kira la dari golongan mana. Yang penting ada ciri-ciri yang kita ceritakan tadi kerana dengan itu sahaja Allah akan memimpinnya untuk memimpin kita.

Vila GISBH Mekah

12.22 am, Ogos 8, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *