Bantuan Pek DPB GISBH di Mekah dan Malaysia

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pada hari Jumaat 6hb Ogos 2021, RPU Mekah sediakan lebih 200 pek nasi Kabsah Kambing untuk diedarkan di sekitar Mekah dan Masjidil Haram.

Nasi Kabsah Kambing itu RPU sendiri yang sediakan. Setelah bungkus makanan dan air mineral kami bergerak ke lokasi yang dirancang. Anjang ikut serta mengedar dengan Ust Zaid dan Ust Muaz. Kami naik kereta Camry putih.

Sila klik untuk tengok video

Tempat pertama kami tuju ialah kawasan kediaman masyarakat Burma. Kelihatan anak-anak mereka gembira menerima bantuan sampai susah nak beratur apalagi mengucap terima kasih. Moga-moga ada pihak yang sanggup mendidik mereka agar menjadi generasi yang kaya akhlak, disiplin dan budi pekerti walaupun miskin harta. Anjang sedih melihat keadaan mereka sebenarnya kerana ada seorang anak yang ceria mukanya tapi sentiasa menunjuk isyarat lucah dengan jarinya. Mungkin dia tak tahu itu adalah isyarat lucah tapi sangat menyedihkan bila yang dewasa tidak berperanan.

Lepas tu kami pergi edarkan pek kepada jemaah umrah sekitar Masjidil Haram. Tak jauh dari Menara Jam sebenarnya. Bukan mudah nak masuk kawasan tu kerana banyak sekatan jalan. Kami maklumkan untuk pergi ke sebuah hotel dengan menyebut nama hotelnya. Polis meminta dibuka cermin tingkap dan bertanya ada bawa apa? Kami jelaskan makanan untuk diedarkan fi sabilillah, maka mereka lepaskan. Alhamdulillah.

Dalam video ini juga anjang sertakan audio seorang penerima bantuan dan isterinya dari Kafe Ikhwan Jitra, Kedah yang telah tak makan selama 2 hari, hanya minum air mineral sahaja. Beliau sangat berterima kasih kepada Kafe Ikhwan memandangkan permohonan bantuannya sebagai OKU masih belum ada respon.

Ini mesej dari Pak Cik yang malang ini,
Assalamualaikom,selamat pg,maaf menganggu,pakcik nk tanya dengar kata ada bagi barang mknan betoi ka,klau ada pakcik nak mohon barang2 mknan,pakcik dok tlk wanjah blkg pjbt zakat,
0147171244

Sesiapa yang ingin membantu Pak Cik ini boleh direct menghubungi no beliau. Sesiapa yang ingin membantu DPB (Dapur Prihatin Bersama) anjuran GiSBH boleh hubungi mana-mana cawangan kafe GISBH.

Mungkin Pejabat Zakat di situ tutup kerana covid 19 hingga Pak Cik yang tinggal di belakang pejabat zakat pun terlepas pandang. Moga Allah bantu semua kita di saat wabak Covid-19 ini. Bantu teguhkan iman dan takwa. Bantu kuatkan ukhuwah dan kasih sayang agar bela membela di kalangan kita.

Vila GISBH Mekah
3.40pm, Ogos 11, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *