NOSTALGIA KETUJUH (Berakirnya Empayar Jepun)

Kongsikan kepada yang lain
Share

NOSTALGIA KETUJUH

(Berakirnya Empayar Jepun)

Penaklukan Jepun keatas Tenggara Asia pada tahun 1941 - 1945 adalah diera perang dunia ke 2 yang berlaku serentak dengan negara2 diEropah. Seramai 61 juta nyawa terkorban dalam perang dunia ke 2 ini. Russia sahaja hampir 25 juta, China 11 juta dan Jerman 7 juta.
Perang dunia ke 2 ini meibatkan:

Russia/ Joseph Stalin.
UK. / Winston churchil.
US. / Franklin S.Roosvelt dan Harry S.Truman.
German/ Aldof Hitler.
Italy. / Benito Mussaolini.
China. / Chang Kai-Shek.
Jepun. / Maharaja Hirohito

Jepun sudah terkenal memerintah jajahan takluknya Tanah Melayu, Borneo, Indonesia dan Filifina dengan penuh kekejaman termasauk menanam orang hidup2. Enam buah kapal induk Jepun membawa kapal terbang pengebom telah memusnah kan sama sekali Pengkalan tentera Amerika di Perl habour, Hawaii. Semua kapal perang Amerika ditenggelam kan. Kapal USS Arizona tenggelam dengan 1,100 anak kapalnya terbunuh.  188 buah kapal terbang musanah dan 155 lagi rosak diserang dalam keadaan mendarat dilapangan terebang. 2,403 orang tentera Amerika terbunuh. Mujurlah 40 buah kapal perang Jepun dibawah pimpinan Leftenan jeneral Yamamoto yang sedang belayar menuju Ausatralia dalam kumpulan yang kelihatan seperti sebuah pulau sempat dikesan dan dimusnahkan oleh tentera Australia.

Untuk mengalahkan Jepun maka Amerika telah mencipta dua butir bom atom pertama dengan kepakaran seorang saintis bangsa Jerman. Pada 8.15mint 17saat pagi 6 Ogos, 1945, ketika Amerika dibawah pimpinan President Truman yang menggantikan President Roosevelt yang meninggal dunia pada bulan April 1945. Sebuah bom atom yang diberi nama 'Little Boy' digugurkan oleh Mejor Farabi dari kapal terbang B29 'Enolagay' yang dipandu oleh Cpt. Tibet. Ini adalah bom atom pertama yang pernah diledakkan. Bom tersebut meledak diketinggi- an 600 miter di ruang angkasa kota raya Hiroshima yang padat penduduknya. Gegaran nya amat dahsyat, meruntuh kan bangunan2 disekitar satu km di keliling kawasan ledakan bom tersebut. Pancaran cahayanya membutakan mata orang yang telihatnya. Radio aktifnya merebak  kekawasan 18 km keliling. Kepanasanny membakar dan meragut kira2 237,000 nyawa serta merta dan mencederakan lebih ramai yang terhidu radio aktif atau terbakar dan menanggung derita beberapa lama, cacat atau hilang akal sebelum menemui maut.

Pada 9 Ogos, 1945, bom atom kedua yang diberi nama 'Fat Man' telah di gugurkan dibandar Nagasaki. Meragut 40 ribu ke 75 ribu nyawa serta merta.

Bayangkanlah suasana bila berlakunya qiamat kelak. Bukan sekadar satu dua bandar meledak tetapi sekujur muka bumi serta plenet2 dan bintang2 akan meledak dan berhamburan. Pada ketika itu hanya sekeping hati yang ampuh beriman kepada Allah sajalah yang akan merasa tenang. Allah hu Akbar!!!

Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos, 1945 bila maharaja Hirohito mengistiharkan nya melalui radio dan menandatangani dokuman menyerah kalah pada 2 September, 1945.

Seawalnya tentera Jepun enggan menyerah kalah tetapi sifat orang Jepun sangat menghormati dan mentaati raja mereka yang dianggap sebagai wakil tuhan itu. Mereka yang dijatuhkan hukuman bunuh, memilih untuk mati membunuh diri sendiri dengan 'hara-kiri' iaitu merobek perut sendiri degan pisau bayonet, yakni merobek dari atas kebawah dan dari kanan kekiri hingga putus2 dan terburai segala isi perut (orgen2).

Leftenan Jeneral Yamashita yang bergelar 'harimau Malaya' yang telah dinaikkan pangkat kepada Jeneral penuh oleh kerajaan Jepun dan di lantik menjadi ketua pemerintah Jepun di Filifina,  mati ditali gantung pada 23 Feb 1946 dekat bandar Manila.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *