INGIN BERSAMA MEMBERI SAHAM?

Kongsikan kepada yang lain
Share

MENAGIH KEBERKATAN MUHARRAM

Muharram hanya tinggal beberapa hari lagi. Jemaah Umrah telah mula berdatangan ke Mekah. Khususnya rakyat Malaysia yang tinggal di KSA. Setiap yang ke Mekah teringin menjamu selera di NM Mekah. Satu-satunya restoran Malaysia di sini sekarang.

Pimpinan GISBH bertungkus lumus membuat persiapan terakhir untuk pastikan Restoran NM Mekah bersedia memberi perkhidmatan terbaik kepada semua tetamu. 2 pintu restoran ini tidak mampu menampung pelanggan yang datang serentak beramai-ramai di kalangan rakyat Malaysia, Indonesia, Filipina juga warga tempatan.

Alhamdulillah 2 pintu restoran di bersebelahan NM Mekah telah disewa semalam dengan bayaran pertama 20K Riyal untuk memastikan keselesaan pengunjung. Di tingkat atas akan dikhaskan untuk mereka yang datang bersama keluarga. Manakala tingkat bawah atau ground floor akan dibuat Aielah Mart iaitu kedai barangan Malaysia khasnya produk Ikhwan. Ia memudahkan para pelanggan kafe membeli belah setelah menjamu selera di restoran.

Kesungguhan pimpinan GISBH menyediakan khidmat restoran makanan Malaysia di Mekah ini telah menarik minat seorang pembaca FB Anjang menyumbang RM500 untuk keperluan renovate ruangan baru ini. Manakala Kak Lia dari Sg Kerang, Trong pula menyumbang RM500 untuk dibacakan Yasin dan Tahlil untuk Aruah suaminya. Terima kasih pada semua yang ingin bersama GISBH Mekah walau jauh di Malaysia. Moga Allah gantikan sumbangan tersebut dengan ganjaran terbaik dariNya.

Islam perlu diperjuangkan ke seluruh dunia bukan hanya di Malaysia. GISBH hanya sebagai perintis jalan untuk membuka projek memberi khidmat kepada umat Islam. Di sini GISBH ingin memberi peluang kepada semua yang ingin memberi saham bersama-sama membangunkan Islam sebelum Allah memanggil kita bertemuNya untuk dikira semua amalan kita, baik dan buruknya. Moga kita selamat di dunia, selamat dan bahagia juga di Akhirat nanti.

Restoran NM Mekah
11.26am, Sep 3, 2021

“MOHON SEBARKAN”

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *