TAUGEH IKHWAN MEKAH

Kongsikan kepada yang lain
Share

TAUGEH IKHWAN MEKAH

Dulu di Mekah GISBH dah buat taugeh tapi terberhenti. Tak tau sebab apa. Bila dah ada kafe ni, projek ini diaktifkan semula. Pak Asnan yang handle. 

Pak Asnan orang Pontianak, Kalimantan, Indonesia. Lama dh bertugas di Haramain bersama GISBH. Sekarang tugas utama Pak Asnan ialah bawa lori air Ikhwan iaitu ambil di sumber air bersih dengan harga 9 Riyal lori 6 tan dan penuhkan tangki-tangki air di Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah. Setiap hari dalam 4 kali ambil. Kami mandi, bersuci dan mencuci pakaian dengan air ini tetapi untuk memasak kami beli air lain. Air tapis.

Tuan Nasir tambah tugas Pak Asnan untuk mencambahkan taugeh. Guna kacang hijau. Pak Asnan masukkan dalam tapis dan susun dalam tong hitam. Letak di asrama penginapan kerana agak gelap dan sejuk.

Tuan Anuar beri panduan untuk letak di tempat yang betul-betul gelap supaya tak keluar daunnya. So far, walaupun agak kurus kerana tak letak apa-apa ubat tapi still rangup. Ok la tu Pak Asnan, yang penting suci tak jirus guna urine. Eee eekk…

Apa-apa kelemahan akan dibaiki. Macam ni dah boleh masuk dalam tauhu sumbat, popia, nasi kerabu atau masak lemak dengan tauhu juga goreng bodo dengan hati dan pedal ayam. InsyaAllah menyelerakan. Apapun ia adalah dari air tangan orang yang sangat berkhidmat Pak Asnan, juga sangat menjaga ibadah sembahyangnya. Moga banyak keberkatannya.

Yang saya tahu di Kota Bharu keperluan harian taugeh untuk nasi kerabu sebanyak 3 ton. Pertanian GISBH Gong Kulim, KB, Kelantan hanya mampu bekalkan hampir 1 ton sahaja. Baki 2 ton lebih lagi siapa usahakan?! Jangan daripada mereka yang tak kenal halal haram…

Surau Vila WBDIH 

9.10am, Sep 14, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *