Show GH di Pavilion Indonesia, EXPO Dubai 2020

Kongsikan kepada yang lain
Share

Show GH di Pavilion Indonesia, EXPO Dubai 2020

  1. Indonesia adalah negara jiran serumpun yang sangat dekat di hati kita. Banyak persamaan di antara rakyat kedua negara Indonesia dan Malaysia.
  2. Menjadi tradisi setiap Perdana Menteri baru Malaysia akan membuat lawatan rasmi ke Republik Indonesia sebelum melawat ke lain negara.
  3. Di EXPO Dubai 2020, Team Kebudayaan GISBH iaitu Generasi Harapan ingin membantu Kementerian Luar Malaysia dengan mengadakan hubungan dan kerjasama dengan Pavilion Indonesia di sini.
  4. Pada 27hb Nov 2021, atas nama kerjasama Kebudayaan, GH diberi izin untuk mengadakan persembahan kepada orang ramai di pentas betul-betul di pintu masuk Pavilion Indonesia.
  5. Beberapa buah nasyid telah dibawa secara live di antaranya ‘Cintailah Indonesia’.
  6. Hampir 45 minit pengunjung dihiburkan dengan nasyid-nasyid yang mendidik jiwa yang memberi satu kelainan kepada semua orang.
  7. Moga akan ada banyak lagi Pavilion yang sedia bekerjasama dengan Generasi Harapan untuk sama-sama berkasih sayang sesama manusia.
  8. Kasih sayang adalah kunci perpaduan sejagat dan ia perlu diperjuangkan.
  9. Moga GISBH akan terus berperanan menyatukan hati-hati manusia walau apa agama, bangsa dan negara mereka.
  10. Niat Baik GISBH hanya akan tercapai dengan izin Allah berkat doa semua dan usaha bersungguh-sungguh lahir dan roh.

Vila GISBH Sarjah
12.13 pm, Nov 29, 2021

Sila klik untuk tonton video. Jangan lupa subscribe, komen, like dan share

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *