Fahamilah Usaha Dakwah GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Fahamilah Usaha Dakwah GISBH

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Sampaikan dariku walau satu ayat.” Riwayat: Imam Al-Bukhari

Kalau kita fahamlah maksud sampaikan dariku walau satu ayat, kita akan junjung Sabda Nabi ini. Kita akan cuba sampaikan dakwah dengan apa cara sekalipun. Satu ayat di sini bukan hanya bermaksud ayat Al-Quran dan hadis, malah kata-kata, sikap, tingkah laku, akhlak yang bersumberkan ajaran dan didikan baginda itulah yang ingin kita sampaikan.

Hari ini ramai orang yang bersikap sinis terhadap usaha-usaha mendekatkan umat kepada Allah dan Rasul tetapi aktiviti yang jelas menggalakkan maksiat tidak ada kesungguhan menghalangnya.

Manusia ni mudah lupa. Bila sakit teruk, rasa dah nak mati menanggungnya, baru ingat Tuhan. Baru tak celupar mulut tu. Sihat sikit, kembali semula perangai ego kita tu. Kita mudah lupa. Dah la tu, tak bersyukur. Allah beri macam-macam nikmat. Bila sakit sikit, menjerit macam katak bawah tempurung (https://www.anjangmuor.com/2021/11/23/musim-katak-melompat/

Pergi ke expo ni bukan sebab nak kaya, kita nak dakwah. Nak pergi ke semua 192 buah negara serentak memang tak mungkin. Ia perlukan masa, tenaga, kos yang sangat banyak. Tapi bila 192 buah negara berkumpul di satu tempat atas nama EXPO 2020 Dubai, Tuan Nasiruddin Mohd Ali mengajak kami berkampung di Dubai untuk berdakwah. 

Kita kena pergi melawat ke negara-negara umat Islam dan lain-lain negara agar keluar dari kepompong atau tempurung. Kalau hanya duduk di tanah sekangkang kera, kera pun tak 

respect kat kita. Tak boleh buat apa, tak boleh zahirkan syiar Islam, kita sibuk mengata sana, mengata sini. Bab kepentingan diri, sangat kita bersuara. Keluar negara nak, keluar duit dari poket susah.

Untuk apa hanya kumpul duit banyak-banyak, berkepuk-kepuk di rumah. Dulu ramai je orang Cina yang kaya-raya, akhirnya duit pun dikuburkan bersama ketika mati. Simpan duit banyak-banyak buat apa? Nak bawa ke kubur ke?

Mindset atau mentality seseorang bukan mudah berubah. Diceritakan, ada 2 orang bertugas di dapur hendak memasak ‘Masak Lemak Cili Api’. Seorang kata, kena masukkan serai. Seorang lagi kata, tak perlu masukkan serai. Yang kata masukkan serai berkeras kata resepi mak dia macam tu. Begitu juga seorang lagi kata resepi ibunya tanpa serai. Dengan sebab serai bergaduh sakan. Padahal, ada serai atau tiada tak jadi masalah. Yang jadi masalah ialah kejumudan atau mindset yang tak mau berubah. Katak bawah tempurung.

Pergi ke expo, buat pasaraya dll bukan kerana nak kaya. Kena faham. Semuanya adalah alat untuk menyampaikan Islam. Alat dakwah. Alat melaksanakan hadis, “Sampaikan dariku walau satu ayat.” Marilah sama-sama kita fahami dan laksanakan.

Pengasas GISBH pernah berkata:

“Orang kerohanian menawan manusia dengan ilmu, akhlak dan hatinya.

Orang politik menawan orang dengan kuasa dan tenteranya.”

Vila GISBH UAE

7.51am, Dis 15, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *