Jumpa orang Muo niaga ‘Private Jet’ di Dubai

Kongsikan kepada yang lain
Share

Jumpa orang Muo niaga ‘Private Jet’ di Dubai

Salam ceria.

Di Dubai ni macam-macam orang anjang jumpa. Orang Tajikistan, orang Syria, orang Mesir, orang India, orang Imarat, orang Iraq dll. Sebab dasar GISBH ialah Silaturrahim; Ziarah, Dakwah, Tijarah. Sebab itu boleh bertemu Imam Bangladesh. Sebab nak bersilaturahim. Orang datang ke perkhemahan kita. Kita layan semuanya. Ada juga anjang jumpa orang Malaysia, ayahnya orang Tunisia, ibunya orang Sarawak berketurunan Afghanistan. Tapi semuanya tak sama bila jumpa orang Muo di sini. Tuan Nasiruddin ajak jumpa seseorang di Restoran Nur Malaysia, Dubai. Dia orang Muar. Orang Bando Muo. Anjang orang Kampung Tengah Bakri. 

Terlibat dengan bisnes. Bukan jual mi siput, mi Bandung Muo, Asam Pedas atau rojak petis tapi jual beli ‘Private Jet’. Bio beno?! Orang lama Muo tentu kenal Datuk Mohamed Razikin Zainal Abidean. Kalau anjang belajar di High School Muar, Datuk belajar di St. Andrew. Cuma generasi berbeza. Anjang 51, Datuk 62.

Sangat mahir dengan perniagaan berkaitan jet peribadi samada pembelian atau sewa menyewa. Bukan ‘kaleng-kaleng’ punya. Rasa pelik juga macam mana Datuk boleh kuasai bisnes ni. Kagum dan bangga pun ada bila orang Muo boleh berada di tahap begini. Sebagai COO kepada OUP Group Of Companies, Datuk boleh ceritakan tentang jet peribadi mana yang sesuai untuk keperluan GISBH. Perjalanan jauh atau dekat, kapasiti penumpang, barang yang boleh dibawa. Penyelenggaraan, penyewaan ruang parking yang sesuai, kos-kos melibatkan pembelian, maintenence, parking dll. Begitu juga air port, penerbangan ke area berisiko dll.

Pendek kata, banyak perkara yang Datuk boleh jelaskan pada Tuan Nasiruddin dan team GISBH berkaitan pembelian dan penyewaan Private jet ini. Beliau juga menghormati Tuan Nasiruddin yang juga mempunyai maklumat berkaitan pesawat peribadi. Bila Tuan Nasiruddin menceritakan ada pemilik private jet menawarkan GISBH meletakkan RM1juta di syarikat mereka dan boleh menggunakan jet peribadi dan lain-lain kemudahan, respon Datuk, “Inilah yang saya buat.”

Di tambah lagi dengan maklumat datuk berkaitan pemilikan hartanah di UAE. Menurut beliau, tok-tok Syeikh Dubai yang kaya raya sekarang perlukan cash. Mereka menjual hartanah dan membeli emas. Sebab itu mereka jual hotel-hotel dengan harga yang murah. 

Datuk anjurkan GISBH membeli hotel 5 bintang di Fujairah kerana hartanah ini akan naik harga selepas 3 tahun jika covid selesai.

Kalau dalam pembelian kereta ada ‘Test Driving’, bagaimana dengan pembelian ‘Private Jet’? Ya, team GISBH perlu naik pesawat peribadi ini untuk dapatkan pengalaman. Bukan masuk pesawat di Air Show sahaja tapi benar-benar terbang untuk mendapatkan pengalaman sebenar sebelum bergerak menggunakan kenderaan udara ini.

Datuk nampaknya seronok dengan hidangan ikan masak asam pedas di Restoran Nur Malaysia dan biasa datang ke sini. Selepas pertemuan dan menjamu selera, kami bergambar beramai-ramai di hadapan kaunter restoran dan bersurai.

Tuan Nasiruddin menjemput Datuk ke vila GISBH untuk jamuan pada malam ini. InsyaAllah pertemuan dan perbincangan dengan datuk akan diteruskan dari masa ke semasa ikut keperluan.

Tengok, kerana mencari ‘Private Jet’ GISBH berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang yang mempunyai bermacam-macam latar belakang dan pengalaman. Malam esok pula GH ada show di Pavilion Thailand. Joget-joget di stage pun, GISBH dapat jalin hubungan dengan orang Thailand beragama Budha. Yang penting semuanya dalam suasana mempamerkan syiar Islam pada pakaian dan lirik yang mendidik. Semuanya kerana GISBH ingin terapkan Silaturrahim; Ziarah, Dakwah, Tijarah. Praktik begini telah lama bermula sejak zaman Rasulullah malah sepanjang zaman.

Vila GISBH UAE

8.43am, Dis 17, 2021

sila klik

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *