Laporan dedah data peribadi rakyat Malaysia dijual RM43,000, ini semua kerja gila

Kongsikan kepada yang lain
Share

Laporan dedah data peribadi rakyat Malaysia dijual RM43,000, habis semua dia tahu. Data rakyat Malaysia yang lahir dari tahun 1940 sehingga 2004 milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa telah dijual dalam talian dengan harga sebanyak US$10,000 atau sekitar RM43,885, lapor Amanz.

Difahamkan bahawa pangkalan data ini mulanya dijual melalui pasaran gelap sebelum disenaraikan di forum pangkalan data yang lebih mudah diakses. Menurut Forum Lowyat, perkara yang sama berlaku pada 2021 di mana data dijual di laman terbuka sebelum Amerika Syarikat menjalankan operasi global menghapuskan laman web ini.

Penjual juga mendakwa bahawa myIDENTITY API – platform perkongsian data yang direka untuk agensi kerajaan mendapatkan butiran peribadi – adalah sumber baharu penjual, sama seperti penyenaraian tahun lepas. Difahamkan bahawa sebanyak 104 agensi menggunakan platform tersebut.

Penjual data ini difahamkan mempunyai senarai penuh maklumat peribadi seseorang seperti nama, nombor IC, alamat, tarikh lahir, jantina, bangsa, agama, nombor mudah alih dan gambar. Untuk membuktikan ketulenan data yang diperoleh, penjual menyiarkan maklumat milik Hamzah Zainudin dalam penyenaraian mereka yang agak berani, sekurang-kurangnya.

Setakat laporan ini ditulis, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JPN.

AM: Bak kata Samy Vellu, “Ini semua kerja gila.”

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *