Perasa Ikhwan alternatif kepada MSG

Kongsikan kepada yang lain
Share

Perasa Ikhwan alternatif kepada MSG

Salam ceria.
Apa khabar semua? Moga sihat lahir dan roh. Agar di bulan Maulidurrasul ini menambah ingatan dan rindu kita kepada baginda.

Anjang berpeluang musafir ke Thailand, pergi ke Had Yai, Pattani, Narahiwat atas urusan kerja. Begitu juga ke Bangkok atau nama tepatnya Krung Thep. Di sini anjang sertai rombongan Tuan Nasir yang melakukan lawatan kerja dan kunjung balas kepada beberapa tokoh utama dalam Kumpulan Cina-Thai yang telah mengadakan MoU dengan GISBH beberapa bulan yang lalu.

Antara tujuan kedatangan Tuan Nasir ke sini adalah untuk bekerjasama dengan mereka dalam ternakan ayam sihat yang dijangka membantu banyak pihak dalam menangani risiko ‘Food Security’ yang menjadi kebimbangan bersama.

Untuk itu Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH membawa rakan kongsi GISBH dari Indonesia yang juga pakar dalam produk kesihatan dan pemakanan, Pak Dafid ke ibu negara Thailand ini untuk sesi perbincangan di lapangan.

Anjang berpeluang jumpa Pak Dafid dan anaknya Gery dan bertanya sendiri pengalaman dan pandangan beliau berkenaan dua topik iaitu ‘Perasa Fateh’ dan ‘Ayam Sihat Ikhwan’.

Walaupun anjang rendah tapi dah lama mengidap ‘darah tinggi’. Seingat anjang sejak duduk satu bilik dengan Almarhum Cikgu Rahman dan Cikgu Zambri di vila GISBH Mekah 2013 lagi anjang dah kena darah tinggi.

Kadang-kadang anjang termenung duduk berjuntai kaki mengadap kolam renang, tak keluar jadi mutowwif dengan Tuan Rahman Said, Tuan Azri, Tuan Hasnan dll kerana diserang darah tinggi. Kepala pening sangat.

Anjang ingat, antara makanan yang anjang tak boleh makan ialah yang ada MSG. Sikit pun tak mampu. Walaupun kalau cek tekanan darah tak tinggi sangat, tapi sangat pening. Tak boleh buat apa.

Bila cek internet memang banyak kesan-kesan negatif pengambilan MSG terlalu banyak. Kalau ia bukan kajian saintifik sekalipun tetapi tetap menjadi pengalaman ramai orang.

Msg atau monosodium glutamate adalah penyedap rasa yang digunakan untuk meningkatkan citarasa masakan agar menjadi lebih sedap. 

Penggunaannya yang berlebihan memberi kesan buruk kepada kesihatan badan antaranya kegemukan, hilang nafsu makan, hilang fokus otak, rosak hati, mengurangkan kualiti kecerdasan, gangguan jantung, gangguan pencernaan, gangguan otot, gangguan psikologi, gangguan sistem pernafasan, gangguan janin, gangguan mata, risiko kanser, gangguan organ genital dan gangguan kulit.

Sebab itu bila GISBH keluarkan perasa Fateh atau perasa Ikhwan yang bebas MSG, anjang rasa ini perlu di’high light’kan.

Lebih-lebih lagi bila pengusaha dari Turki pun menyakini hasil produk ini setelah mereka sendiri mencubanya takkan kita di Malaysia tak percaya.

Apapun terserah pada kita masing-masing untuk menentukan pilihan sendiri. Serbuk perasa Ikhwan atau MSG? Mari kita tonton, apa kata Pak Dafid selaku pemilik resepi pembuatan serbuk perasa ini.

Phuket, Thailand
7.58 pm, Okt 1, 2022

Mari sama-sama tonton apa kata Pak Dafid berkenaan perasa Fateh ini.

jangan lupa subscribe, share, like dan komen ya…

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *