Kembara GISBH ke India 2023

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kembara GISBH ke India

Apabila terbongkarnya skandal kartel daging haram atau syubhat bila ada pihak yang membawa daging frozen ke Malaysia bercampur antara daging halal dan tidak halal hingga jatuh syubhat malah boleh jadi haram, selama berpuluh tahun, mendorong Excutive Chairman GISBH, YDH Tuan Nasir untuk menyelesaikan masalah keselamatan makanan bagi umat Islam.

Makanan yang selamat untuk umat Islam bukan sekadar bersih tetapi benar-benar halalan toyyiban kerana ia membentuk hati. Baik makanan, baiklah hati. Hati yang baik dijelmakan dalam sikap dan akhlak yang baik dan mulia.

Maka beliau mengajak dan menggesa seluruh zon-zon GISBH membela ayam sendiri walaupun berskala kecil dahulu untuk memastikan seluruh staf GISBH memakan ayam yang benar-benar halal dan seluruh premis rangkaian restoran GISBH menggunakan ayam ternakan sendiri.

Berkaitan dengan daging pula, beliau sendiri telah pergi ke Australia dan melawat sebuah pusat penyembelihan biri-biri di sana, dalam rangka mengimport biri-biri frozen ke Malaysia. Kalau kita hanya bergantung kepada pihak tertentu sahaja, tanpa ada usaha sendiri untuk memastikan kehalalannya, kita akan terperangkap dengan permainan kartel yang membekalkan makanan syubhat yang akibatnya ibadah kita mungkin tertolak, doa kita tidak dikabulkan.

Selepas Aidil Fitri ini, Tuan Chairman menghantar 3 orang wakil ke India untuk melawat sebuah Pusat Penyembelihan Kerbau yang membekalkan Daging Kerbau Frozen atas jenama AMBER untuk meninjau sendiri proses yang berlaku di sana dalam memastikan pematuhan syariat dalam penyembelihan dan penyediaan produk siap untuk eksport.

Rombongan diketuai oleh YDH Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman dan diiringi oleh Tuan Mokhtar Tajuddin dan Tuan Harun Taat.

Untuk permulaan rombongan melawat pejabat Mirha Export Pvt. Ltd. dan bertemu langsung dengan Chairmannya, Mr Shuab Ahmed di New Delhi semalam 3hb Mei 2023.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *