Isu Wabak coronavirus 2019 nCoV

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Oleh kerana kita yang terlibat dengan kerja-kerja perjuangan Islam, tidak semua dari kita sempat follow up atau mengikuti semua isu semasa negara dan dunia sedangkan ianya perlu untuk kita menambah rasa-rasa kepada Allah. Setelah mengetahui suasana negara dan keadaan dunia, kita boleh memahami bagaimana hendak meletakkan diri kita.

Umpamanya bila melihat suasana dan keadaan anak-anak pelarian Syria di media sosial, tentu timbul rasa di hati kita ingin membantu lalu menyumbang di mana-mana tabung bantuan Syria. Paling tidak banyakkan doa kepada mereka.

Begitu juga apabila follow perkembangan Umat Islam di Ughyur, di Kashmir, Myanmar, Yaman, India dan lain-lain, tentu timbul rasa kasihan terhadap sesama muslim atau paling tidak sesama Bani Adam.

Begitu juga masalah-masalah lain seperti bencana alam, umpama gempa bumi, banjir, tsunami, tanah runtuh, ribut taufan hatta isu terkini yang melanda seluruh dunia bermula di Wuhan, China; coronavirus.

Antara isu yang timbul adalah, apakah kerajaan akan menghalang kemasukan pelancong dari China. Maka YAB PM telah mengistiharkan kerajaan tidak akan menghalang kemasukan mereka ke Malaysia. Timbul isu pro dan kontra terhadap keputusan ini. Di sini anjang nak kongsikan pendapat seorang di media sosial iaitu En Johari Salim berkaitan isu ini untuk menambah maklumat kita agar lebih berhati-hati memandangkan wabak ini semakin menular dengan pantas dan belum ada penawarnya.

Selamat membaca.

Bengkel Pak Hasan, Madinah Syimaliah, Irbid.

10.54AM. Jan 26, 2020

Pak Hasan kiri

———————————————————-

RUSSIAN ROULETTE

This is getting serious and out of hand. Jika China boleh menyekat keluar masuk 30 juta penduduknya di 11 buah bandar mereka kenapa anda pula dengan murah hati boleh menerima mereka masuk?

Malah pasar, cinema, MacDonald, Starbuck , airport, ferry, subway, train station dan jalan raya telah ditutup.

Where is your common sense? Dengan kata lain dimana anda letak keupayaan anda berfikir?

Anda ingat dengan melihat thermal energy dari badan manusia dan menggunakan thermometer gun di airport sudah ok? Incubation period bagi coronavirus 2019 nCoV memakan masa satu minggu. Ketika mereka masuk virus sudah dibawa bersama, anda tidak pun boleh mengesannya dan ketika didalam komuniti anda baru ia akan berjangkit melalui titisan air dari pernafasan diudara, kissing dan air liur.

Adakah pekerja di airport anda bekalkan dengan mask terutama pekerja immigration? Sila tunjukkan kalau ada sehingga kemarin. 100% anda ambil mudah semuanya kerana nyawa orang kita sangat murah.

Gambar pertama adalah suasana di Wuhan yang lengang dihari perayaan tahun baru China.

Jika Coronavirus tidak serius kenapa mereka harus bina sebuah lagi hospital dengan tergesa gesa sedangkan di Wuhan sahaja mereka sudah ada tujuh buah hospital dengan 10,000 katil.

Hospital dengan bahan binaan pasang-siap (pre fabricated) tersebut berkeluasan 25,000 meter persegi dengan 1,300 katil mesti disiapkan pada 3/2/2020.

Kecuali Tibet, coronovirus telah merebak keseluruh negeri China bukan di Wuhan sahaja.

Confirmed cases di China adalah 1,362 dengan kematian 42 orang, orang dewasa paling muda berumur 36 tahun tanpa apa apa penyakit lain yang dihidapinya. Kebanyakan mangsa sebelum ini adalah berumur 65-80 dengan paling tua berumur 88 tahun. Umur 36 tahun agak misteri kerana ketahanan melawan virus ini adalah kerana immunity biasanya mangsa adalah berumur 60 tahun keatas serta mempunyai penyakit lain.

Apa pun saya akan mengambil sebarang angka dari China dengan berhati hati. Anda boleh percaya kerajaan China bagaimana anda percaya cerita tentang Uighur dan “kem pemulihan semula” yang sebenarnya satu proses Muslim cleansing lebih jahat dari Holocaust Nazi.

Saya mempunyai beberapa angka dari beberapa sumber diatas tanah di Wuhan yang jauh berbeda.

Ini adalah “confirmed cases” diluar China;

Hong Kong: 5 kes

Thailand: 5 kes

Australia: 4 kes

France: 3 kes

Japan: 3 kes

Malaysia: 3 kes

Singapore: 3 kes

Taiwan: 3 kes

Macao: 2 kes

South Korea: 2 kes

United States: 2 kes

Vietnam: 2 kes

Nepal: 1 kes

30 wilayah di China telah meletakkan tahap kecemasan mereka kepada level 1.

Presiden China, Xi Jinping, telah mengadakan mesyuarat khas kerajaan untuk menangani penyebaran virus tersebut.

Presiden memberi amaran tentang “situasi yang serius (grave situation)” pada pertemuan dengan politburo pada cuti umum tahun baru (dipanggil perayaan musim bunga di tanah besar), lapor televisyen negara. Beliau juga berkata virus itu “sedang mempercepatkan kelajuannya”.

Dr Guan Yi, pengarah Makmal Utama Negeri Kemunculan Penyakit Berjangkit di Universiti Hong Kong, yang telah pergi ke Wuhan pada hari Selasa dan Rabu kini memberi amaran bahawa penyakit itu boleh menjadi pandemik generasi.

“Anggaran konservatif saya adalah bahawa epidemik ini boleh berakhir sekurang-kurangnya 10 kali skala Sars [penyakit pernafasan akut yang teruk],” katanya kepada Caixin Global.

Dr Guan yakin bahawa “keadaan wabak itu tidak terkawal.”

“Saya telah mengalami begitu banyak dan saya tidak pernah berasa takut sebelum ini,” katanya. “Tapi kali ini saya takut.”

Anda masih menunggu WHO (World Health Organisation) buat pengumuman. WHO sendiri masih tidak mendapat “epidemiological data” sepenuhnya dari China sebab itu mereka masih 50:50 untuk buat pengumuman di Geneva khamis lalu, bukan kerana kes ini tidak serius.

Anda gunakanlah aqal dan pertimbangan sendiri. WHO bukan polis yang boleh arahkan anda buat ikut suka mereka.

Sekatan perjalanan masuk keluar semasa wabak adalah wajar secara saintifik malah dituntut oleh Islam.

Sabda Rasullullah saw;

إذا سمعتم بالطاعون بأرض فلا تدخلوها وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا منها.

Jika kamu mendengar penyakit taun melanda di suatu kawasan, janganlah masuk ke kawasan tersebut. Dan jika kamu berada di kawasan tersebut janganlah kamu keluar dari situ.

(Hadith Sahih al-Bukhari)

Walaupun disebut sebagai “thaun (cholera)” maka ia boleh kita nisbahkan kepada sebarang wabak, yakni penyakit menular secara skala besar dan pantas.

“Janganlah kamu keluar dari situ” samalah mereka tidak boleh masuk ketempat lain, termasuk ke negara kita dari tempat wabak mereka. Tafsiran hadith ini sangat mudah.

Wabak 2019 nCoV dengan epicentre di Wuhan, China Tengah, sebenarnya telah melanda seluruh wilayah China kecuali Tibet. Oleh kerana incubation lag, kita akan melihat kadar yang tinggi bermula minggu hadapan. Selepas ini barulah kita tahu arah aliran sebenar virus terbaru di percayai bersumber dari kecintaan orang China memakan haiwan liar seperti musang, baby serigala, kucing hutan, kelawar dan ular berbisa. Antaranya adalah pembawa virus yang boleh replicate di sel manusia. Virus terbaru disyaki dari daging ular katam tebu China (many-banded krait atau Bungarus multicinctus).

Pagi Sabtu tadi Dr Liang Wudong, 62 yang bertugas di Hubei Xinhua Hospital, Wuhan telah meninggal dunia dari virus yang cuba di atasi kepada pesakitnya. 15 medical staff di Wuhan telah di jangkiti malah seorang doktor dari Peking University, Hospital No 1 juga telah dijangkiti virus.

Sementara itu anda sedang bermain “Russian Roulette” dengan membenarkan mereka masuk ketika ini atas apa alasan sekalipun; politik atau perdagangan. Anda mesti tahu skala virus ini di seluruh China yang tidak jauh dari anda terutamanya jika anda antara orang yang boleh menasihatkan atau membuat keputusan di Malaysia.

Akhir sekali corak wabak yang bermula di bahagian tengah negara China, memancar keseluruh wilayah, di tengah musim perayaan dimana 3 ribu juta pergerakan manusia berlaku, jenis virus tidak pernah muncul (maka dipanggil novel virus), dengan bahan genetik RNA yang lebih pantas bermutasi adalah semuanya atas kehendak Allah swt, bukan kebetulan, dimana kita orang orang beriman harus mengambil iktibar diatas kezaliman bangsa Han China terhadap orang orang Islam Uighur di Xinjiang, bahawa seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya, doa orang yang dianiayai itu tiada hijab walaupun orang Islam lain berlepas tangan daripada mereka kerana kepentingan politik dan ekonomi dengan China yang hanya sementara.

Kredit: FB Johari Salim

Wuhan di tahun baru China.
Kereta polis ditengah bandar Wuhan.
Horpital di Wuhan.
Hospital di Wuhan sekarang ini.
Hospital dengan 1,300 katil akan disiapkan pada 3/2/20.
Punca virus dari pasar “makanan laut” yang juga menjual berjenis binatang liar kegemaran orang China termasuk ular bisa katam tebu dan tedung disyaki punca virus.
Inilah wilayah dimana Coronavirus sudah menular.
Sekatan perjalanan keluar- masuk di 11 buah bandar melibatkan 30 juta penduduk. Anda ingat ini tidak serius? Anda masih menerima pelancung China atas dasar apa?
Paru kerana serangan Coronavirus menjadikan manusia dapat infection dipanggil pneumonia atau radang paru paru.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *