PERTEMUAN DELEGASI GISBH DAN KUASA USAHA SEMENTARA KEDUTAAN BESAR MALAYSIA ALGIERS, ALGERIA

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,

24hb Okt 2019 Hari Kedua kami di Algiers, anjang berpeluang iringi Para ALP GISBH ke Kedutaan Besar Malaysia Algiers. Jom kita kongsi cerita.

Delegasi GISBH sampai jam 3 lebih, disambut Puan Azidah Sani, Setiausaha Pejabat di kedutaaan dan mempersilakan kami naik ke bilik mesyuarat tingkat tiga. Di atas telah terhidang makanan Algeria seperti syawarma ayam, roti, kuih, buah anggur dan minuman.

Menandatangani Buku Pelawat

Selepas menandatangani buku pelawat, kami dialu-alukan oleh En Mohd Ariff bin Ahmad Taharim yang baru setahun setengah bertugas di sini memperkenalkan diri sebagai Kuasa Usaha Sementera (ChargĂ© d’affaires) yang mejalankan tugas-tugas Duta Besar sementera kekosongan jawatan tersebut yang masih belum diisi.

Umurnya masih muda tapi maklumatnya luas, ucapannya lancar. Moga Allah berkati.

Orangnya masih muda, 30 tahun umurnya, masih bujang, sangat mesra dan mengalu-alukan kedatangan GISB. Berkenalan dengan semua ahli rombongan. Beliau banyak berkongsi maklumat tentang Algeria antaranya, juga maklumat yang kami sendiri perolehi.

Moga-moga GISBH dapat bertapak di utara Afrika ini

1. Buat masa ini sistem politik Algeria masih diperingkat peralihan setelah presiden terdahulu didesak turun oleh rakyatnya sendiri kerana telah terlalu lama memerintah dan banyak korup.

2. Sekarang Algeria ditadbir oleh kerajaan sementara yang akan berperanan mengurus pentadbiran negara ini sehingga pilihan raya yang akan diadakan kelak. Jadi suasana rakyat akan ada tunjuk perasaan setiap lepas Jumaat supaya kerajaan berubah. Pilihanraya Presiden dijadualkan pada 12/12/2019 setelah ditunda beberapa kali.

3.Rakyat Algeria sangat mesra dan suka dengan orang Malaysia. Kebanyakkannya mengenali Malaysia dan rakyatnya ketika mengerjakan haji dan umrah. Juga melalui TV. Di mana-manapun mereka sangat mengalu-alukan kita. Hatta ada anggota polis pun mengangkat tangan memberi Salam kepada kami.

Kunjungan kali pertama mengikat kasih sayang. Bukan jumpa orang Malaysia ja, jumpa orang Kedah… Bak Hang!

4. Anggaran populasi rakyatnya ialah seramai 43 juta orang. Rakyatnya banyak bertumpu di ibu negara atau sepanjang pantai utara. Di kawasan padang pasir terlalu sedikit. Jurang diantara kaya dgn miskin sangat jauh. Yang kaya terlalu kaya, yang miskin terlalu miskin. Yang kaya pula sangat ikut budaya Perancis seperti berjalan-jalan bawa anjing dll.

5. Sumber negara yang utama adalah minyak dan gas dan ia adalah pengeluar minyak dan gas yang terbesar di Afrika. Malah ada paip minyak yang terus direct ke Perancis dari Algeria. Setiap hari pengeluaran minyaknya sebanyak 1.1 juta barrel.

6. Peluang perniagaan sangat banyak di sini tetapi masalah utamanya ialah sistem kewangan yang tak terurus. Secara umumnya, tiada bank yang boleh bawa duit keluar dan boleh bawa duit masuk ke Algeria. Ini amat menyusahkan para peniaga dari luar.

View Roof Top Kedutaan Malaysia yang menarik. Sebelah bawah tu bandar ala-ala Bukit Bintang di Malaysia. Iaitu masih hidup walaupun malam hari kerana tempat lain selalunya malam banyak dah tutup perniagaan. Kecuali kawasan elit ini dan harganya barang-barangnyapun mahal-mahal.

7. Kurang import dan eksport kerana sistem kewangannya dan dasar negara. Setiap orang foreigner yang masuk perlu istihar duit hatta diplomat pun kena.

8. Pengurusan ekonomi tidak bijak. Kerajaan Algeria buat sekatan produk luar masuk ke Algeria dgn harapan rakyat mereka buat produk mereka sendiri tetapi mereka tidak berjaya mendidik rakyatnya untuk menjadi pengeluar yang berjaya. Rakyatnya tak mampu buat. Ada juga yang buat produk tiruan tapi kena saman dengan syarikat Antarabangsa. Ada yang meniru produk luar tapi kualiti sangat jauh berbeza seperti tiru produk Nutella.

Cenderahati dari GISBH

9. Dasar perniagaannya sama dgn negara lain 51% saham dipegang rakyat tempatan dan 49% org luar. Tetapi untuk mencari rakyat tempatan yang amanah dan komited sukar katanya. Oleh kerana dasar kerajaan bila-bila masa boleh berubah, ia mempunyai risiko berkaitan apa-apa perjanjian perlaburan.

10. Tukaran wang sangat ketara berbeza antara bank/Money Changer dengan Black Market. Contohnya: Tukaran 100 Euro secara rasmi kita dapat 14K Dinar Algeria. Black Market kita boleh dapat 18-20K Dinar Algeria.

11. Jumlah rakyat Malaysia hanya sekitar 50-80 org sahaja di Algeria. Pelajar pula ada seramai 22 orang di zawiah Tijani. Mereka datang dari pondok pengajian di Kedah. Yang lain pekerja profesional. Ada yang berkahwin dengan orang tempatan.

Bangunan Kedutaan Malaysia yang cantik dan mesra kesihatan sebab kena guna tangga. Hehehe

12. Di sini ada 5 ribu orang Vietnam dari pelbagai latar belakang seperti bekas tentera, pelajar, ahli peniagaan dan keturunan mereka suatu ketika dahulu menyokong kuat perjuangan Algeria menentang Perancis tapi tak ada sebuah pun restoran Vietnam.

13. Banyak projek-projek besar dikuasai oleh negara Cina kerana faktor harga dan korupsi. Cina bawa rakyat dia ke sini. Penduduk tempatan tak suka org Cina tapi terpaksa guna barang Cina kerana murah.

14. Ada lebih 500 orang pelajar Algeria di Malaysia.

15. Rakyat Indonesia ada 2000 orang di sini tetapi tiada restoran Indonesia di sini.

16. Ikan paling mahal di sini kerana nelayannya menjual kepada peraih Eropah ketika masih di laut. Kebiasaanya di pasar ada tak lebih dari 6 jenis ikan sahaja. Harganya pula sangat mahal. Ikan Sardin contohnya berharga RM78kg. (Kami tonton di TV) Sebiji kelapa berharga RM30.

17. Beliau sangat mengalu-alukan kedatangan GISBH dan mendoakan kejayaan GISBH.

Rajin kakitangan Kedutaan bila cuba menanam pokok pisang. Nanti buat kuih koci jamu kami naa…

Nah… pokok kari dan serai pun ada..

Sedang pusing-pusing Bandar Algires

12.31pm, Okt 26, 2019

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *