F Team vs Komunis – ATOK ZAHRIMAN BERCERITA

Kongsikan kepada yang lain
Share

ATOK ZAHRIMAN BERCERITA.

Hari ni atok nak bawa satu lagi cerita mengenai operasi sulit untuk menawan hidup2 satu gerombolan komunis dari 5th AWF yang berada di kawasan Bentong Pahang. Jumlah komunis lebih kurang 10 orang, ketuanya bernama Yeong Nam. Kumpulan inì sangat licik, sangat mahir dengan selok belok dalam hutan di sekitar Bentong hingga ke Bukit Frazer…rekod menunjukkan amat sukar untuk menjejak dan menawan kumpulan ini..

Dalam tahun 1977 satu operasi besaran2 pernah diadakan di kawasan Bukit Tinggi di panggil Op Jala Raja di mana tenaga 5 battalion tentera telah digunakan untuk mengepung Komunis no1 Chong Chor, operasi itu telah digagalkan oleh CT Yeong Nam kerana beliaulah yang menyelamatkan Chong Chor dengan membawanya keluar dari kawasan kepungan tentera.

Yeong Nam memang kerap mengada pehubungan dengan bos besarnya Chong Chor dan Chong Chor amat percaya kepadanya…Chong Chor menganggap dia sebagai orang nombor dua paling kanan.

Suatu hari dalam bulan Mac 1988 F Team melalui risikannya telah mendapat maklumat bahawa Yeong Nam akan keluar dari hutan untuk mengadakan perjumpaan dengan bosnya Chong Chor di dalam bandar Kuala Lumpur…jangan ingat komunis hanya duduk dalam hutan saja. Kadang2 mereka keluar ke bandar dan berĺagak macam orang biasa seolah2 dunia ni dia yang punya…kita puas mengejarnya dalam hutan rupanya dia bersenang2 dalam bandar…di Jalan Tuanku Abdul Rahman pulak tu…

Yeong Nam nak jumpa Chong Chor sebab ñak bincang pasal satu projèk besar membuat huru hara di Genting Highland. Mereka merancang nak meletupkan dan memutuskàn jalan naik ke Genting. Juga termasuk dalam rancangan mereka ialah untuķ menahan sebuah bas perlancongan dan meletupkanñya dan membakarnya ditengah2 jalan.

Namun Cawangan Khas lebih cekap, kita sudah menghidu perancangan ini, kita juga telah tahu awal yang Yeong Nam akan keluar hutan untuk menemui Chong Chor…Cawangan Khas menggunakan segala kepakarannya untuk mengesan Yeong Nam dan Chong Chor….dan berjaya mengesan mereka berada dalam sebuah kereta di Cheras. Ada 3 orang dalam kereta itu, seorang penyokong Komunis sebagai pemandu, Chong Chor dan Yeong Nam di tempat duduk belakang…

Cawangan Khas terus mengekori mereka hingga sampai ke sebuah kedai buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan Globe Silk Store….kereta itu telah berhenti, pemandunya keluar untuk masuk dalam kedai buku, enjin kereta masih berjalan…Pasukan F Team sedia bertindak…Tuan Kamaruddin Hashim @Kenny serta anggota2 nya lantas menerpa, buka kedua2 pintu kereta serentak dan menangkap mereka. CT Chong Chor tidak melawan dan dia pun tidak bersenjata. CT Yeong Nam cuba melawan sebab dia ada memegang pistol di atas ribanya, namun F Team lebih pantas menewaskannya sebelum sempat dia melepaskan tembakan…

Kejayaan ini adaĺah titik permulaan operasi terbesar Cawangan Khas menghancurkan perjuangan bersenjata komunis iaitu Op Ta Loong…atok akan cerita mengenai Op TA Loong kemudian hari….

Chong Chor dan Yeong Nam segera dilarikan ke markas Cawangan Khas dan soalsiasat dimulakan. Dari soalsiasat ke atas Yeong Nam Cawangan Khas memperolehi maklumat yang pasukan 5th AWF di bawah jagaannya sedang berada dalam satu khemah di kaki gunung Genting Highlands kawasan sebelah Selangor.

F Team mula merancang untuk menawan 9 orang Pengganas Komunis dari 5th AWF itu…pada 4 Mac 1988 rancangan dilaksanakan…Yeong Nam diminta menulis sepucuk surat dituju kepada pengikutnya yang berada di kaki gunung Genting Highland, surat itu menyatakan dia berada dalam keadaan selamat dan telah berjaya berjumpa dengan Chong Chor dan kini dia sedang menunggu arahan dari Chong Chor untuk melaksanakan projek sabotaj jalan naik ke Genting.

Surat itu dibawakan oleh seorang anggota Underground ýang telah dineutralisasikan oleh Cawangan Khas dan kini menjadi source kita. Bersama surat itu, F Team menyerta sebungkus besar kueh pau yang sangat ènak kononnya pau itu telah dibeli sendiri oleh Yeong Nam untuk merayakan keberhasilàn perjumpaannya dengan Chong Chor …tapi dalam pau itu telah disumbat secukupnya dengan ubat tidur, kalau makan mesti tidur kao2 punya…

Source telah masuk ke hutan menuju kawasan khemah 5th AWF jam 5.00 petang…Kenny bersama 5 angota F Team menyusul 1 jam kemudian. Mereka masuk penuh waspada, setiap langkah senyap dan berhati2. Perjalanan tidak mudah…mula2 berjumpa curam yang sangat tegak…menurun curam nun jauh ke bawah jumpa pulak anak sungai. Mereka berjumpa source di situ, dia sedia menunggu dengan bungkusan kuih pau…lepas gelap baru mereka menghampiri khemah Pengganas yang melepasi sungai …ia kelìhatan nun diatas bukit setinggi 150 kaki dari tebing sungai. Pergerakan F Team perlu sangat berhati2 dan senyap sunyi, setiap langkah perlu merangkak….akhirnya merka sampai dekat dengan khemah…ada seorang Pengganas sebagai sentri di luar khemah, yang lain di dalam.

Source diberikan satu alat untuk menyampaikan isyarat ok. Jam 8.30 malam dia berjalan masuk kedalam khemah membawa pau…satu jam kemudian datang isyarat dari source, berlip2 apinya…Kenny memasang telinga dengan teliti…sah sudah senyap sunyi, tiada lagi bunyi suara, tiada lagi geĺak ketawa…beliau pasti Pengganas sudah nyenyak dilamun mimpi….

Kenny dan team mara lebih dekat…tinggal satu lagi halangan, iaitu sentri yang berseorangan. Nasib baik source pandai memain peranan…dia datang ke arah sentri berpura2 nak buang air kecil, dia berbual dengan sentri…kedudukan sentri membelakangi Kenny…source memberi isyarat dengan tangan untuk bertindak, Kenny menerkam…sekali pulas lehernya terus pengsan.

Mereka masuk ke dalam khemah melihat Pengganas terbaring di sana sini, ada yang mononggeng, ada yang tertiarap, semua nyenyak tidur…

Begitulah mudahnya F Team menawan satu gerombolan Pengganas Komunis yang sangat licik, yang sangat pakar dalam perjuangan bersenjata di hutan, dan yang sangat mahir dengan setiap inci tanah di seluruh kawasan hutan Bentong hingga ke Bukit Frazer…inilah juga pasukan yang telah melepasi kepungan 5 batalion tentera pada tahun 1977 dalam Op Jala Raja dan membantu Chong Chor memboloskan diri dari kepungan…mereka tewas dengan hanya bermodalkan beberapa biji kueh pau yang dihadiahkan oleh F Team…

Justeru Kenny dan rakan2 mengikat semua Pengganas, mereka dipikul keluar….di pertengahan jalan baru berjumpa pasukan sokongan F Team untuk bantu mengusung mereka keluar…. Kenny sendiri terpaksa memikul 2 orang pengganas. Sampai di markas F Team semua Pengganas itu masih lena dibuai mimpi…

F Team kekal di kawasan khemah itu selama 48 jam lagi untuk kerja2 pembersihan. Semua senjata mereka termasuk bom dapat dirampas. Yang paling menggerunkan mereka menjumpai 2 peti besar mengandungi sejumlah bahan peletup plastik bersama detonator yang bukan sahaja mampu meletupkan jalanraya malahan juga mampu meranapkan bangunan2 tinggi di Genting Highland resort. Bayangksn apa boleh berĺaku jika F Team tidak berjaya menawan 5th AWF ini….

Akan datang atok mungkin akan tumpu kepada penangkapan Chong Chor dan operasi2 besar seterusnya di bawah Op Ta Loong hingga membawa kepada penawanan bèrpuluh2 lagi Pengganas tegar di bawah payung 5th Assault Unit dan ia kemudian yang membawa kepada penamatan perjuangan bersenjata PKM…seterusnya rakyat Malaysia dapat menikmati keadaan sejahtera, aman damai bebas dari serangan2 komunis….

Sebelum menamatkan bicara…atok sekali lagi ingin menegaskan….memang benar semua pihak termasuk tentera, polis hutan, komando, vat 69 dan lain2 agensi telah sama2 menyumbañg tenaga dalam pèrjuangan menentang komunis dan masing2 ada mencapai kejayaan di bidang masing2…terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Namun cerita2 atok mengenai pèrjuangan F Team hanya sekadar pembuka mata bahawa di sebalik kejayaan Pasukan2 keselamatan itu ada satu pasukan yang teĺah menyumbang dengan banyak sekali yang mana orang ramai tidak pernah mengetahuinya sehinggalah 11 tahun selepas pasukan F Team dibubarkan pada tahun 1995. Misalnya, cerita yang atok tulis hari ini tak pernah diketahui oleh sesiapa pun sehinggalah tahun 2016 bilamana Arkeb negara mengistiharkan projek2 F Team itu telah boleh disebar untuk pengetahuan umum…itu pun selepas 2 tahun PDRM membuat permohonan kepada Arkeb Negara dan Arkeb Negara mengambil masa 2 tahun untuk membuat keputusan…

Mungkin selepas ini tuan2 sendiri boleh ñampak banyak mana F Team telah menyumbang dan apakah impak tindakannya kepada perjuangan bersenjata PKM.

Nukilan Zahriman Alias
9 Feb 2021

  • https://www anjangmuor com/2021/02/09/f-team-vs-komunis-atok-zahriman-bercerita/ (4)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

  1. buku tulisan abg Zahriman kita mmg antara yg seronok dibaca, sy sgt mengesyorkan. pengalaman yg tidak ternilai tak sepatutnya hanya diam di dalam lipatan sejarah. terbaik.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *