Lawatan Menteri Luar Malaysia ke premis GISBH Sentul, Indonesia

Kongsikan kepada yang lain
Share
YB Dato’ Saifudin Abdullah, Menteri Luar Negeri Malaysia di pejabat PT Ikhwan Group, Sentul, Indonesia.

Lawatan YB Dato’ Saifudin Abdullah, Menteri Luar Negeri Malaysia bersama rombongan ke Premis-Premis GISBH di Sentul, Indonesia.

20hb Okt. 2021

Alhamdulillah pada jam 11.30 pagi, setelah YB Menteri menghadiri meeting di pejabat sebuah syarikat korporat besar Mayapada, YB Menteri terus bergerak ke Sentul.

Rombongan yang terdiri dari YB Menteri dan delegasinya, Dato’ Fyzal Fauzy, Dato’ Sri Eizlan, Dato’ Sri Alex, Dato’ Syazali, juga wakil Kedutaan, En. Adlan, wakil Kementerian Luar Indonesia, Pak Shafri dengan menggunakan 4 buah kenderaan, diiringi 2 buah kenderaan GISBH yang membawa delegasi serta di-escort oleh 3 buah motorsikal polisi voorijder (out rider)

Rombongan bergerak pukul 11.30 pagi dan sampai di Sentul jam 13.10 (1.10 petang) waktu tempatan.

Lawatan bermula dari Farmasi. Sampai di Farmasi (Apotik Ikhwan), wakil GISBH, Pak Faisal sudah menunggu untuk memberikan taklimat tentang semua premis GISBH.
Farmasi adalah antara 10 buah premis GISBH yang ada di Kawasan Pasar Bersih Sentul ini.

Di premis farmasi, selain taklimat berkait premis dan perkhidmatan menyediakan perubatan keperluan masyarakat, juga di kongsikan program CSR/Khidmat masyarakat GISBH dengan memberikan ubat-ubatan secara percuma/gratis dalam program Jumaat Berkat, di mana GISBH bekerjasama dengan pemerintah tempatan dalam menentukan tempat-tempat yang GISBH beri perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan perubatan secara percuma. Bahkan bagi pesakit dari kalangan masyarakat yang tidak mampu berjalan, pihak GISBH akan akan pergi ke rumah-rumah mereka.
YB kelihatan teruja mendengarnya.

Sebelum keluar dari premis, wakil GISBH menyampaikan hadiah yang berupa produk dari Salon Khadijah Aam.

Seterusnya YB dibawa melawat premis premis Salon.

Ketika itu, YB membaca Notis: Untuk Muslimah,
YB kata “oo…ini untuk muslimah saja ya?”
Kita pelawa YB masuk, ketika itu tidak ada tetamu/pelanggan Salon, jadi kita dapat bawa masuk YB melawat ke dalam.
YB nampak kagum dengan keadaan di dalam salon.
Wakil kita menjelaskan ramai muslimah di sekitar sini, juga ada yang datang dari jauh untuk ke salon ini, mereka dari pelbagai golongan. YB kata, sekarang ni orang lelaki pun nak ke salon juga..
Di Salon pihak GISBH sempat memberikan cenderahati, sewaktu keluar YB juga sempat mengisi Buku Tetamu.

Setelah itu YB dibawa melawat ke Klinik Ikhwan.
Dr. Arfan memberikan sedikit taklimat perkhidmatan yang GISBH sediakan di Klinik.

Dari klinik YB dibawa melawat Geleri Ikhwan.
Dalam perjalanan dari Klinik ke Galeri, YB tanya Dato’ Sri Eizlan, Sentul ni kalau di KL seperti di mana? Mula-mula Dato’ Sri Eizlan sebut macam di Tropicana, tp kemudian YB cuba ingat-ingat lagi, YB kata Sentul ni mirip dgn kawasan Golf Nilai

Di Galeri Ikhwan YB masuk melihat-lihat produk-produk yang dihasilkan oleh Konveksi Ikhwan. Nampak YB teruja juga melihat beberapa produk Galeri Ikhwan, selain baju juga songkok songket menjadi perhatian beliau.

Pak Faisal sebut juga, untuk di Konveksi Ikhwan, ramai masyarakat luar yang kita ambil sebagai pekerja, kita libatkan dengan premis/projek GISBH.
YB kata “Baguslah kalau ambil masyarakat tempatan sebagai pekerja..”

Lawatan dilanjutkan ke Butcher Ikhwan.
Di Butcher Pak Faisal kongsikan,
sebelum ni ada pelanggan yang kata, bila ada butcher Ikhwan ni, baru dia makan ayam semula, setelah 4 tahun tak makan ayam kerana tak yakin dengan sembelihan.
YB nampak memberi perhatian.
YB melihat beberapa produk frozen Ikhwan, YB ambil yg sambal petai dan bertanya, “Apa ni?” Pihak GISBH beritahu itu sambal petai..
Pihak GISBH maklumkan ayam yang dijual itu pihak Ikhwan bela sendiri, dan ayam tu kita sebut “ayam sihat”, tidak ada kolesterol.
Selain ayam, GISBH juga menternak kambing dan lembu.

Dari Butcher, YB dibawa melawat ke Pejabat. Di depan pejabat, beberapa staf Pejabat Pentadbiran berdiri di luar menyambut kedatangan YB.

Di Pejabat YB dijemput duduk diiringi oleh wakil GISBH.
Pak Faisal memberikan sedikit taklimat tentang Pejabat Pentadbiran, ini juga pejabat centralized untuk seluruh Indonesia.

YB cakap “Oo..ini pejabat untuk seluruh Indonesia ye?”..

YB tertarik dengan peta berukuran besar GISBH Internasional dan juga GISBH seluruh Indonesia.

Oleh kerana YB sambil duduk tu agak susah membaca nama-nama tempat kita, jadi wakil GISBH bangun dan berdiri sambil membacakan dan menunjuk nama-nama negara dan tempat di mana ada cawangan GISBH…
Setelah menunjukkan semua cawangan gisbh yang ada di peta, YB bertanya di Mekkah tempat GISBH dimana?
Dato’ Sri Eizlan juga bertanya di London tempat GISBH dimana?
Dato’ Sri Eizlan juga bertanya, selepas Saudi cadang akan buka di mana lagi?

Apabila tidak dijawab, terus YB beri cadangan untuk buka di Qatar. “Bagus buka di Qatar, negara kaya, penduduknya ramai dari luar negara, boleh jadi market besar”, kata YB Menteri.

Dato’ Sri Eizlan ada sebut negara Pakistan atau Afganistan, tp YB kata ” eh, tak payah, negara tu tak stabil….buka di Qatar, bagus negaranya…orang Qatar shopping ke negara lain, tapi penduduk yg datang dari negara lain ramai di Qatar, ini market besar”.

Sebelum keluar, YB sempat menuliskan di Buku Tamu, YB kata, “Saya nak tulis besar-besar boleh?…YB menulis ringkas di satu muka surat dan menurunkan Tanda Tangan beliau.

Waktu keluar dari Pejabat dan nak ke Kafe serta ke Kilang Songkok, kita sediakan kerusi untuk memudahkan YB memakai semula kasut beliau.

YB berkata sambil bergurau, orang tua pakai kasut kena duduk, kalau orang muda masih boleh sambil berdiri.

Kemudian lawatan bersambung ke kawasan Victoria, singgah di Laundry Ikhwan.
YB masuk ke Laundry, mendengar taklimat ringkas, kemudian lawatan diteruskan ke Kafe Ikhwan dan Kilang Songkok.

Sampai di Kafe Ikhwan, YB masuk dan melihat-lihat keadaan di dalam, YB berkata ” Ooo..ini masakan Melayu ye?” Pihak GISBH pun menjelaskan Kafe Ikhwan di sini ingin ikut Ikhwan Delight di Sg. Penchala dan menunya adalah masakan malaysia, seperti nasi lemak, dan pelbagai menu lain, seperti masak lemak cili api dan lain-lain.

YB teruja melihat gambar besar dinding, Gambar Balagaj yang merupakan sumber air terbesar di Bosnia. Wakil GISBH memperlawa YB kalau ke Bosnia untuk singgah di tempat GISBH.

Kemudian YB dibawa melawat ke Kilang Songkok.
Di Kilang Songkok Pak Faisal memberi taklimat berkait keupuyaan produksi mesin pembuat songkok, iaitu mencecah 1000 buah songkok sehari.
Pak Faisal juga menyebutkan, GISBH mengambil pekerja-pekerja dari masyarakat tempatan. YB kelihatan teruja, dan juga bertanya berapa ramai semua yang bekerja dan berapa shift.

Kemudian YB dibawa melihat contoh songkok-songkok yang telah siap. Bila wakil GISBH menceritakan bahawa Presiden Indonesia, Pak Jokowi ada beberapa kali menempah songkok dari kilang Ikhwan, YB sangat teruja dan minta kita tunjuk model songkok yang dipakai oleh Pak Jokowi.

Ada juga di kalangan tetamu yang mengiringi Rombongan YB Menteri, teruja dengan songkok Ikhwan, antaranya Pak Yudha dan Mabes (Markas Besar Polisi).
Dari Kilang Songkok YB dan rombongan dibawa ke Villa GISBH Sentul.

Di sini jamuan sudah disediakan. YBhg Puan Ibu Dr Gina Puspita Nasiran menyambut kedatangan YB Menteri di Villa, setalah ucap salam, YB dijemput untuk terus ke meja jamuan. YB kata, ini memang time makan.

Semua tetamu menikmati jamuan makan tengahari, semua respon makanan sangat sedap, terutama Kari Kepala Ikan.
YB kata,”Jumpa makanan sedap ni yang nak menambah je!!..” Begitu juga tetamu yang lain menambah sama, dan sangat berpuas hati.
Para rombongan yang lain, out rider juga pemandu sangat berterimakasih kerana diajak makan sekali, mereka pun sangat berpuas hati.
Ketika makan, perbualan diteruskan mengenai songkok presiden, dan juga tentang rusa istana yang GISBH dapat dari istana ekoran tempahan songkok ikhwan.

Alhamdulillah, dengan keberkatan para Pemimpin, semua tetamu sangat berpuas hati dengan makanan dan jamuan dan mengatakan makanannya sedap.

Setelah jamuan makan, YB dan rombongan solat Zuhur dan Asar (jama’).
Waktu di bilik Master, sementara ke bilik air, YB kata rumah ni redup, cantik..bahkan YB Menteri mencadangkan agar GISBH membelinya, YB Menteri kata, “elok beli, biar ada rumah untuk kawan-kawan datang nanti.” (dari Malaysia)..

Setelah solat, penyampaian cenderahati disampaikan oleh YBhg DT Mochamad Umar, KSUZ Jawa mewakili seluruh warga GISBH.

Akhir sekali sesi bergambar bersama dan YB Menteri bersedia memberi ucapan ringkas sebagai respon beliau dalam Lawatan tersebut.

Setelah itu YB Menteri dan delegasi bergerak ke Air port untuk kembali ke Malaysia.

Beberapa orang wakil GISBH (DT Umar, DT Raja, Tn. Dr. Indra juga ikut menghantar YB Menteri dan rombongan ke Air Port.

Alhamdulillah, moga Allah berkati perhubungan dengan semua pihak dan golongan agar Islam dapat dibela dalam setiap aspek kehidupan di Malaysia, Indonesia dan seluruh dunia. Moga YB Dato’ Saifudin Abdullah dan rombongan tidak serik untuk datang lagi ke mana-mana cawangan GISBH agar perhubungan baik ini dapat diteruskan. Aamiin ya Allah.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

3 comments

  1. Alhamdulillah saya nak ucap Tahniah dan Syabas kepada Ikhwan Group kerana berjaya melaksanakan apa yang Nabi Muhammad SAW nak umat Islam laksanakan…Saya rasa Ikhwan Group berusaha ke arah tersebut dan saya doakan selagi apa jua yang dirancang oleh Ikhwan Group untuk memastikan keperluan harian masyarakat Islam mematuhi syariat Islam ia akan berjaya dengan iringan berkah Allah SWT…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *