Stall Roti Canai dan Teh Tarik IKHWAN CHIANG MAI, THAILAND.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Stall Roti Canai dan Teh Tarik IKHWAN CHIANG MAI, THAILAND.

Salam ceria.

Hasil dari perhubungan baik para Ikhwan di Chiang Mai dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa, pemilik The Chaya Resort and SPA mempelawa GISBH mendirikan stall di kawasan resort mereka secara percuma. Tanpa rasa prejudis pemilik resort beragama Budha ini hanya meminta pihak GISBH mendirikan sendiri stall dan hanya membayar letrik dan air yang digunakan. Malah beliau menawarkan, bila covid berakhir dan pelancong berdatangan agar GISBH sendiri ambil alih restoran di dalam bangunan resort untuk menjual makanan halal memandangkan resortnya banyak dikunjungi umat Islam dari Timur Tengah.

Setelah mendapat izin dari pimpinan GISBH, para staf GISBH Chiang Mai terus mendirikan gerai di kawasan yang dibenarkan dan apabila siap terus mengadakan majlis kesyukuran dengan menjemput lebih kurang 30 orang tetamu untuk menikmati hidangan roti canai dan teh tarik. 

Di antara tetamu yang hadir ialah Hj Mongkul, sahabat Ustaz Ashaari, kenalan lama GISBH, Ketua Polis Pelancongan, Mantan Presiden Persatuan Pemilik Hotel, wakil siswa/i Universiti Chiang Mai juga pemilik The Chaya Resort sendiri.

Majlis diserikan dengan persembahan nasyid, tahlil dan doa selamat juga penyampaian cenderahati. Suasana nampak meriah dan mesra bilamana Pak Imam sendiri beraksi bersama penasyid. Mereka yang beragama Budha pun kelihatan tidak kekok mengangkat tangan ketika berdoa. 

Moga Allah satukan hati seluruh manusia diatas usaha dakwah GISBH melalui perniagaan untuk membawa manusia khususnya umat Islam agar menjadikan Islam sebagai cara hidup. Moga para Ikhwan di Chiang Mai terus maju lahir dan roh di bawah pimpinan YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH Sdn Bhd merangkap Pengarah Zon Thailand. Aamiin Ya Allah.

Restoran Nur Malaysia Mekah

10.37am, Ogos 5, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *