AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Berjumpa Ex Arqam di Marawi City

Kongsikan kepada yang lain
Share
Jelas sangat Arqamnya, siap berjubah serban

Ekspedisi Jelajah Filipina dan Program Korban Marawi City, Mindanao 1444 H

Berjumpa Ex Arqam di Marawi City

Sedang kami menikmati makan malam di restoran Sapadan Marawi Mini Gate atas jamuan seorang kenalan, Puan Suraya dan suaminya Mr Ilyas tiba-tiba datang seorang yang kelihatan terkenal kerana semua orang bangun menghormatinya.

Rupanya beliau adalah Punduma Bantinting Sani atau Duma Sani atau Prof. Punduma Sani, bekas ahli parlimen dan kawan rapat kepada Prof. Nur Misuari.

Bila beliau bertanya-tanya tentang kami dan bila mengetahui GISBH adalah anak murid Almarhum Ustaz Ashaari, beliau buka cerita yang beliau pernah mengikuti jemaah Al-Arqam ketika berkursus di Pengkalan Tentera Laut di Lumut lalu mengambil buku yang ada gambarnya berserban jubah.

Prof Duma yang telah berusia 78 tahun seronok bercerita pengalaman bersama jemaah di Batu Hampar, Lumut dan Chiang Mai dan masih boleh bercakap beberapa patah perkataan dalam BM.

Beliau Master dalam Karate pemegang tali pinggang hitam 9 Dan. Anjang? Tali pinggang tak dan… hehehe.

So suasana jadi meriah kerana bertemu dengan mereka yang saling kait mengait. Prof. Duma adalah bapa saudara kepada Puan Suraya dan.. panjang lagi la ceritanya, nak kongsi saja macam tak berbaloi pula… hehehe

Ni la Prof Duma, Ex Arqam di Lumut. Mungkin kenal Arwah Abg Akub

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

One thought on “Berjumpa Ex Arqam di Marawi City

  • Allahu akhbar….. Apa lagi Allah na bagi ye

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *