GISBH vs MR.SOL

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Di bulan Rabiul Awal yang mulia ini, para pimpinan GISBH tetap beraktiviti seperti biasa dengan terus meneruskan perhubungan dengan segenap lapisan masyarakat. Sebenarnya dengan menebarkan kasih-sayang, menambah kawan dan sahabat, ia juga salah satu cara agar bala’ dan wabak ini di angkat oleh Allah Taala. Tapi tetaplah kena ikuti disiplin yang ditetapkan.

Semalam, YBhg Tuan Nasir, Dato’ Lokman, para RPU dan rombongan telah menziarahi seorang Saudagar Minyak Wangi di Sitiawan, Perak. Sebelum tu mereka telah ke Pulau Pangkor. Sebelum tu lagi, perasmian pasaraya Ikhwan yang ke 3, Pasaraya Ikhwan Manjung. Pangkor dan Manjung ni tak sempat lagi anjang tulis.

Jadi, sekarang kita berkawan dengan pengusaha Oud. Ada hadis yang Rasulullah minta kita mencari kawan-kawan yang baik. Rasulullah SAW umpamakan sahabat yang baik itu umpama penjual minyak wangi. Walaupun kita tak membeli produknya, wangiannya tetap kita dapat.

Dulu, setiap kali pergi ke kafe di Irbid, Jordan dari rumah kami di Duwar Qubbah, anjang lalu di Syari’ Jamiah, selalu bertemu peniaga-peniaga. Tauke Restoran, peniaga buku, kedai gambar, kedai hard ware termasuklah peniaga minyak wangi. Setiap kali menyapa, mesti dapat semburan free attar.

Tapi kali ni, lain pengalamannya. Tuan Nasir, Dato’ Lokman dll jumpa bukan peniaga minyak wangi 3 botol RM10. Ni saudagar gaharu. Jutawan Oud.

Mafhum hadis Nabi dalam sohih Bokhari dan Muslim,

“Perumpamaan teman yang baik itu seperti seorang penjual minyak wangi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi atau engkau boleh membeli minyak wangi daripadanya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.”

Kenalan baru GISBH ini ialah Tuan Ariffin Embong, pemilik MR Secret Of Love.

Disebalik jenama MR Secret Of Love

MR SOL adalah singkatan daripada MR Secret of Love. Sebuah jenama yang diasaskan oleh insan yang ingin menyebarkan cinta yang didalamnya ada pelbagai rahsia. Kerana di dalam gaharu tersemat pelbagai rahsia cinta. Cinta sesama makhluk, Cinta kepada Rasulullah S.A.W dan Cinta kepada Allah S.W.T

Tuan Ariffin Embong atau MR. SOL

Ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat MRSOL Fragrance merupakan syarikat yang khusus fokus kepada penjualan minyak wangi Gaharu MRSOL telah memasarkan produk wangian yang berjenama Secret Of Love atau MR SOL hampir menembusi segenap Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapore. Bagi syarikat lama pula seperti AAFT Premier SDN BHD, syarikat ini dikhususkan fokus kepada Perladangan Dan Penyelidikan Gaharu. Dan terkini iaitu syarikat MRSOL HOLDING SDN BHD adalah untuk fokus kepada syarikat pelaburan.

MRSOL atau Tuan Ariffin Embong merupakan saudagar Kayu Gaharu

Terdapat pelbagai jenis wangian yang dihasilkan dibawah jenama Secret Of Love ini. Antaranya, Puteri Asmara, Puteri Kayangan, Apple Oud, Puteri Raihana, Puteri Impian, Puteri Cinta, Eternity Love, Eternity Reen, Pati Gaharu Kemboja, Pati Gaharu Putih dan banyak lagi

Setiap wangian yang dihasilkan mempunyai khasiat-khasiat khas untuk kegunaan tertentu

Antara anugerah lain yang telah diterima oleh MRSOL adalah Asia Pacific Innovation Award 2012, Gold Medalist IQS New York USA 2014, HACCP (Hazard Analysis And Critical Control Points), GMP Certified (Good Manufacturing Process) dan HALAL Certification.

Haa. Itulah perkongsian kali ini. Moga Allah wangikan hati-hati dan peribadi kita semua.

عَنْ أَنَسٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Anas bin Malik RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda:

حُبِّبَ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا النِّسَاءُ ، وَالطِّيبُ ،

Hal dunia yang dicintaiku ialah wanita dan wangian.

وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ

Dijadikan penyejuk mata ku ketika solat.

Kafe Ikhwan Krubong

6.39pm, Okt 28, 2020

Klik untuk video

Kalau nak tengok produk MR.SOL boleh buka web Site mereka di sini. MR.SOL

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

2 comments

  1. Saya adalah salah sorang mangsa scam ariffin embong – mrsol. Perjanjian dah bersetem pelaburan rm10k, sesen pun tak dapat apa. Kalau jumpa dia, tazkirqhkan dia untuk pulangkan duit org ramai
    Dia mmg akan mengimpit org yg ada duit

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *