AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Pertemuan GISBH dengan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Sila klik untuk tonton video

Pertemuan GISBH dengan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah

  1. Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah adalah seorang tokoh korporat Malaysia yang sangat terkenal berasal dari negeri Kelantan.
  2. Beliau adalah salah seorang pemegang saham utama Scomi Energy Services Bhd.
  3. Beliau juga pemegang 31% modal saham di Steppe Cement, kilang pengeluar simen terbesar di Kazakhastan.
  4. Tan Sri Wan Azmi juga melabur di PureCircle Ltd (sebuah syarikat peneraju bagi mengeluarkan pemanis zero kalori berasaskan stevia), yang kedua-dua syarikat ini-Steppe Cement dan PureCircle Ltd ini diniagakan di London Stock Exchange.
  5. Beliau juga sangat terkenal kerana pernah menjadi CEO syarikat besar yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia seperti Maybank dan Amway Malaysia.
  6. Namanya pernah disebut-sebut untuk menjadi Gabenor Bank Negara malah Menteri Kewangan suatu masa dahulu.
  7. Beliau juga memiliki perniagaan banglo penginapan dan padang golf di Portugal serta terlibat dengan kegiatan perlombongan di Australia.
  8. Apabila GISBH berniat untuk membangunkan kegiatan pelancongan patuh syariah di Pulau Besar, Melaka, GISBH mendapat maklumat bahwa 80% tanah di Pulau Besar adalah milik Tan Sri Wan Azmi. Oleh itu pertemuan dengan Tan Sri Azmi atas kepentingan Islam perlu diadakan.
  9. Allah takdirkan, CEO GISBH YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang sahabat lama Tan Sri Azmi iaitu Hj Fauzy MOFAZ maka pertemuan dimudahkan. Kedua-dua ahli korporat ini anak kelahiran Kelantan.
  10. Maka pada 15hb September atas usaha Tuan Hj Fauzy, Allah pertemukan rombongan dari GISBH yang diketuai oleh Tuan Nasiruddin Mohd Ali selaku Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ CEO dan lain-lain dengan Tan Sri Wan Azmi di banguan Scomi KL.
  11. Tan Sri menceritakan sejarah bagaimana beliau memperolehi tanah di Pulau Besar dan membangunkan Api-api Resort, unit-unit banglo dan padang golf 18 lubang tetapi terpaksa menunggu selama 22 tahun hingga dapat status tanah secara rasmi dari kerajaan negeri.
  12. Tan Sri sangat mengalu-alukan segala niat baik dari GISBH tetapi meminta GISBH mendapatkan cadangan rancangan penuh dari pihak kerajaan Negeri dalam membangunkan Pulau Besar dan pihaknya tidak ada apa-apa halangan dan sedia memberi kerjasama apabila diperlukan.
  13. Tan Sri pula berpeluang mengenali GISBH melalui video profile yang ditayangkan dan pejelasan Tuan Nasiruddin Mohd Ali tentang sejarah asal GISBH.
  14. Tan Sri mengakui kehebatan asas ekonomi yang dilaksanakan oleh Ustaz Ashaari dan membuat kenyataan yang jelas; “You tak pinjam dari bank, you tak akan bangkrap!
  15. Malah Tan Sri menawarkan premis di bangunannya untuk GISBH jalankan perniagaan memandangkan lebanyakan penyewa ingin menghentikan perniagaan yang terjejas teruk akibat Covid-19.
  16. Tan Sri sempat menikmati roti keluaran bakeri Ikhwan dan mendengar nasyid dari RPU GISBH.
  17. Ketika memerima hamper cenderahati, Tan Sri menyebut; “Wah, coklat pun ada!”
  18. Moga pengenalan awal ini bersambung dengan ikatan ukhwah dan kasih sayang hingga terjalin kerjasama yang memberi kesan yang baik kepada seluruh umat Islam, Insya Allah.
    RT Krubong, Melaka
    11.53am, Sep 18, 2020
  • https://www anjangmuor com/2020/09/18/pertemuan-gisbh-dengan-tan-sri-wan-azmi-wan-hamzah/ (88)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *