Naik Feri ke Algeria

Kongsikan kepada yang lain
Share
Beratur menuju kapal

Salam ceria.

Ini cerita 22 & 23hb Okt 2019

Marseille telah mengalahkan bandar Leon untuk menjadi bandar kedua terbesar di Perancis dengan pertambahan 20 ribu orang penduduk. Rasanya yang bertambah itu orang Islam, sebab bukan Islam di barat ni lebih cenderung kepada merancang keluarga. Malah ada yang Memilih kahwin sejenis, sampai bila pun tak akan ada anak.

Di depan kapal merah

Bandar dan pelabuhan Marseille ini terletak di pantai Laut Mediterranean di selatan Perancis. Ia merupakan bandar pelabuhan komersial terbesar di Perancis.

Di pintu masuk Pelabuhan Lama terdapat dua kubu besar, Fort Saint Nicolas di selatan dan Fort Saint Jean di utara. .

Empat syarikat feri menjalankan laluan keluar dari Marseille dan menawarkan perkhidmatan berjadual ke Corsica, Sardinia, Algeria dan Tunisia. Terdapat empat terminal berasingan dan semuanya berada di daerah “gare maritimes sud” (terminal selatan). Terminal Nasional Satu dan Dua melayani penumpang ke dan dari Corsica dan Sardinia, sementara Terminal Antarabangsa Tiga dan Empat melayani penumpang ke dan dari Algeria dan Tunisia.

Laluan feri Marseille ke Algiers menghubungkan Perancis dengan Algeria kini dikendalikan oleh 2 syarikat feri. Perkhidmatan Corsica Linea berjalan sehingga 4 kali seminggu dengan jangka masa pelayaran sekitar 23 jam sementara perkhidmatan Algerie Feri berjalan hingga 2 kali seminggu dengan jangka waktu 20 jam.

Jadi itulah gabungan 6 pelayaran yang ditawarkan seminggu di laluan Marseille Algiers antara Perancis dan Algeria.

placeholder://

Kami memilih Syarikat Corsica Linea kerana jadualnya sesuai dengan perjalanan kami. Ia kerap penuh lebih-lebih lagi di musim cuti sekolah ini dan ada 4 kali seminggu.

Oleh kerana mesti berada di perlabuhan jam 8 pagi, subuh di sini pula dah dekat jam 7. Nak kemas barang-barang dan apartment lagi. Maka kami putuskan makan sebelum Subuh dan seelok lepas sembahyang terus bertolak.

Maka riuhlah keadaan kami sejak sebelum Subuh. Yang menyediakan sarapan, pack barang, bawa ke kenderaan, cek kenderaan, cari parking terdekat, keluarkan duit di ATM kerana di Algeria tak boleh draw duit. Dalam masa yang sama, gilir-gilir solat tahajjud, hajat dan witir. Alhamdulillah, moga RPU terus tangkas dan peka untuk menggalas perjuangan selepas ini.

Dalam kegelapan Selepas Subuh serta hujan renyai-renyai kami mula menaiki kenderaan dan bergerak satu persatu sambil diselaraskan melalui alat walkie talkie menuju perlabuhan. Oleh kerana ada kenderaan yang kekurangan minyak, kami terpaksa mengisinya dahulu. Alhamdulillah jam 8.30 am kami sampai kawasan perlabuhan dan cek tiket di pintu masuk beratur panjang dan akhirnya berada di tepi Kapal merah Corsica Linea.

Tertegun juga melihat kapal yang sangat besar. Kapal ini mempunyai 13 tingkat. Bayangkan bangunan 13 tingkat bergerak atas air. Ia boleh membawa 2800 orang Penumpang dan 680 buah kenderaan. Bilik atau cabin penumpangnya ada 1500 buah dengan dilengkapi 4 buah katil, satu bilik air dan tandas, set TV, kerusi dan meja kecil. Masuk biliknya menggunakan kod nombor. Tiada risiko hilang kunci, tertinggal dan sibuk ketuk pintu menganggu orang lain untuk masuk. Cuma kena Ingat no bilik dan kod akses. Susah-susah snap je tiket masuk. Semuanya ada di situ.

Makan dulu sebelum naik ke kabin
Tangga antara tingkat ke tingkat
Lift. Cuba perhatikan keanehan…
Bilik-bilik kabin
Kabin kami duduk
Tingkat 7, bilik 926. Kod akses bilik pun ada di tiket
Bilik 4 katil boleh lipat

Ketika masuk dan parking kenderaan dah terasa besar. Sprinter tak boleh parking di kawasan kereta kerana ketinggalannya. Kereta pula parking sangat rapat yang menyukarkan pergerakan untuk naik ke kabin. Rasanya banyak kereta yang bercalar terkena beg atau barang yang dibawa penumpang ketika lalu di celah-celah kenderaan.

Sebelum naik ke kabin ada pemeriksaan keselamatan. Barang-barang tajam dan merbahaya dilarang bawa. Begitu juga walkie talkie. Setelah naik tak boleh turun semula ke kenderaan.

Sampai di atas terus masuk kabin, letak barang dan rehat sebentar. Sementara ada line, tengok hand phone dulu. Bila kapal mula bergerak baru anjang keluar ronda-ronda naik tingkat sepuluh. Kelihatan ramai yang tak ambil bilik/kabin ambil port masing-masing mana yang sesuai samada tepi tangga, tepi lift, kawasan lapang depan lift dll untuk bentang tilam atau alas yang sesuai lalu berehat di situ. Kesian juga sebab ada yang bawa anak kecil.

Suasana bilik dan tingkap
Tingkat 11

Tuan Fadhil dan Dato Wan di deck tingkat 10

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2019/10/img_0762.mov

Kafe tingkat 10
Inilah port untuk sesiapa yang tiada kabin lepak
Gambar hiasan yang menarik

Ada ruang kafe dengan sebuah kedai yang menjual minuman dan makanan ringan seperti pizza. Ada microwave untuk sesiapa yang ingin memanaskan makanan. Ada ruang membeli belah yang menjual perfume dll. Ada juga bar yang menjual air. Gambar-gambar hiasan kapal Syarikat Perancis ini memang menarik, tapi gegaran atas laut sangat ada kesan untuk membuatkan kita mual, mabuk dan nak termuntah.

Tayangan video profile GISBH kepada kenalan baru Ammar dan Sufian
Solat berjemaah di tingkat 10
Bernasyid menghiburkan penumpang feri

Bandar Algires dari atas kapal
Alhamdulillah sampai suda…

Sebahagian kami solat asar jama’ takhir berjemaah. Setelah mendapatkan kebenaran pihak pengurusan, kami sejadah putih kami di kawasan permainan kanak-kanak. Beberapa orang penumpang lain juga join sekali. Majoriti penumpang adalah orang Arab Algeria yang bekerja di Perancis. Ramai diantara mereka yang mempunyai 2 warganegara, Algeria dan Perancis.

Waktu Maghrib pun kami solat berjemaah dan Selepas itu mempersembahkan Nasyid kepada semua penumpang yang sudi mendengar. Alhamdulillah berdakwah cara begini mudah dapat kawan. Ramai yang berkerumun mendengarnya, merakam video dan bertepuk tangan apabila selesai setiap nasyid. Mereka sangat mesra dan memandang tinggi orang Malaysia.

Anjang tengok yang paling menarik bagi mereka ialah persembahan nasyid. Dengan vokal anak-anak pengasas GISBH sendiri En Adib, En Md Ubadah dan En Jun dan sedikit alat perkusi serta gabungan suara semua ahli rombongan cukup untuk menjadi tumpuan orang ramai berhimpun. Tambahan lagi ia dibuat di hadapan kafe bersebelahan tapak surau kami, nampak jelas syiarnya. Mereka berhimpun mengambil gambar dan merakam video dan berkenalan dengan kami. Alhamdulillah mereka berbahasa Arab tetapi lahjahnya pekat Algeria bercampur Perancis.

Sufian As Syaibani kata, orang Islam di Malaysia baik-baik. Bila waktu solat je, mereka tinggalkan semua kerja dan utamakan sembahyang. Orang Malaysia ni sentiasa puasa sunat Isnin Khamis. Siapalah orang Malaysia yang berkawan dengan dia sampai semua orang Malaysia dianggap begitu…?

Ada seorang kenalan pula berkata, cita-cita dan keinginan dalam hidupnya ialah ingin melawat Malaysia dan Indonesia selepas Mekah dan Madinah. Allah jadikan begitu sekali di hati mereka menyayangi Malaysia dan Indonesia.

Solat Subuh pun kami sembahyang berjemaah dan ada di kalangan mereka join sekali. Selepas solat kami bermesra dengan penumpang-penumpang dan menyantuni mereka.

Oleh kerana laut bergelora, kapal ini mengambil laluan lain yang lebih jauh dengan melalui pinggir Sepanyol. Masa perjalanan pun bertambah.

Setelah melalui tempoh perjalanan hampir 24 jam, pada pukul 10 pagi waktu tempatan kami selamat sampai di perlabuhan Algeria. Alhamdulillah tak ramai yang muntah-muntah walaupun semua menahan rasa-rasa mual dan mabuk laut. Mabuk yang halal tak haram. Rasa puas kerana ada kemudahan bilik air dan tandas, senang buang air dan istinjak bukan macam sepanjang perjalanan di negara yang tandas pun tiada air.

Bila sampai semua penumpang menuju kenderaan masing-masing dan cabaran baru pula menanti, sangat lama menunggu turn untuk cop paspot dan cek barang-barang. Bila keluar dari perut kapal, kami disambut oleh polis-polis yang bertugas dengan senyuman mesra. Dalam masa yang sama mereka pelik kerana laluan ini menurut mereka bukan laluan pelancong tetapi kami melepasinya. Semuanya dengan keberkatan. Mereka juga pelik orang Malaysia tak perlu visa masuk ke Algeria. Allah begini rupanya kami disambut di tanah sejuta setengah Syuhada’ ini. Moga Allah mudahkan segala urusan.

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2019/10/img_0860.mov

Laluan keluar feri
Berhenti tunggu semua kenderaan keluar
Ustaz Hamzah, Muqaddam Zawiah datang menyambut kami..

Antara soalan yang ditanya ialah siapa pemandu Pelancong kamu? Anjang beri no hp Hamzah, orang kuat Mufti Jelali. Masih muda, baru 29 tahun. Dia memang menunggu kami sejak pagi di port. Polis segera call Hamzah dan maklumkan kami telah sampai. Atas pertolongan Hamzah dan polis-polis yang Baik hati, kami dilayan baik, diuruskan awal, potong queue, dikumpul semua paspot, dicop sekali. Seorang Pegawai perempuan tak bertudung tapi sangat bertanggung jawab menguruskan kami dan minta kami pastikan setiap paspot bercop dan setiap paspot pemandu ada 2 cop. Akhirnya kami dilepaskan keluar.

Alhamdulillah. Bila keluar sahaja, majoriti orang Algeria yang melihat kami akan angkat tangan dari kenderaan masing-masing, mengucapkan salam, Malizi, Malizi, Ahlan Wa Sahlan. Mereka kelihatan sangat gembira dengan kedatangan Saudara seIslam dari timur ke negara mereka yang jarang-jarang dimasuki pelancong.

Moga Allah menangkan Islam di akhir zaman ini.

Lobi Hotel Palais Familiar, Babur Zuwar, Algiers.

8.30am, Okt 27, 2019

Di perlabuhan Algeria

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *