Lawatan Wakil MTC ke Restoran Nur Malaysia London

Kongsikan kepada yang lain
Share

1. Telah datang beberapa orang wakil dari Majlis Perlancongan Malaysia (Malaysia Tourism Council) ke Restoran Nur Malaysia London sekitar jam 7.30 PM malam semalam. Mereka dijemput untuk menjamu selera juadah makan malam yang telah disediakan

2. Mereka ialah Pn Emmy Suraya (Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia), Datuk Azlie Halim (Timbalan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Presiden Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia, Founder Santai Travel ), Dato’ Noorzaleha (Hons. Secretary General Majlis Pelancongan Malaysia)

3. Tujuan kedatangan mereka untuk memasukkan rangkaian restoran GISBH ke dlm majalah MTC ( Malaysia Tourism Council) untuk siri akan datang. Selepas makan malam mereka menemu-ramah salah seorang staf berkaitan RNML, menu, respon pelanggan. Datuk Azlie juga merakam video menu-menu dalam buku juga bahagian-bahagian dalam restoran.

4. Antara yg menarik perhatian Datuk ialah gambar Tun Mahathir memakai kopiah Ikhwan, yang mana kita beritahu kopiah ini dihadiahkan sendiri oleh YBhg Tuan Nasiruddin kepada Tun Mahathir ketika majlis ‘hi tea’ di Turki. Datuk juga tertarik dengan ruangan rak jualan berbentuk capal, dan gambar-gambar barang berkat Rasulullah SAW yang terdapat di situ.

5. Setelah merakam video Datuk Azlie ada juga mengulas bahawa GISBH ini buat bisnes bukan untuk untung semata-mata, tetapi juga untuk dakwah. Buat restoran tempat orang bertemu. Pihak GISBH memberitahu, ia juga ssbagai fardhu kifayah seperti minimart dan butcher yang membekalkan bahan yang halal kepada pelanggan. Datuk sangat bersetuju dan berkata, tak ada orang nak buat, GISBHlah yg buat.

6. Datuk ada bertanya berapa sewa bulanan, bila di maklumkan £4,500 untuk dia-dua premis, mereka kagum. Mereka congak-congak, sekurang-kurangnya kena ada £50K setahun untuk cover bisnes ni.

7. Kemudian Datuk dibawa keluar untuk tengok foodvan. Datuk amik gambar. Bila nampak bendera Malaysia besar di Foodvan, Datuk kata GISBH boleh minta bajet sponsor dari Tourism Malaysia sebab bantu promosi Malaysia dengan bendera ni pusing-pusing Kota London. Datuk juga bercadang untuk meminta sponsor daripada Tourism Malaysia untuk dapatkan gambar-gambar dan brochure bagi promosi Malaysia diletakka. di satu sudut RNML.

8. Ketika berbual-bual dengan Pn Emmy, beliau juga cadangkan untuk program World Travel Market tahun 2020, yang Tourism Pahang sertai ini, untuk GISBH dapatkan tender supply makanan halal sebab susah cari di situ. Beliau juga cadangkan untuk Olimpik 2020 di Jepun untuk GISBH dapatkan contract makanan halal.

9. Sebelum pulang mereka hendak bayar makanan malam tu, tetapi apabila diberitahu, ini adalah hadiah daripada Tuan Nasir dan Dato’ CEO, mereka sangat terhibur dan Datuk mendoakan agar RNML terus maju dalam perniagaan.

10. Kemudian mereka mengajak staf RNML bergambar bersama sebelum pulang ke hotel.

Moga restoran-restoran GISBH terus menjadi peneraju memperkenalkan Malaysia kepada dunia dan yang lebih penting dari itu menjadi contoh bagaimana Islam dilaksanakan Sebagai Cara Hidup kepada semua pengunjung.

Apartment pinggir Tunis

1.49pm, Nov 8, 2019

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *