Tatacara Menunggang Jet Ski

Kongsikan kepada yang lain
Share
Klik gambar untuk video

Salam ceria.

Apa khabar semua? Khasnya para remaja, RPU yang sedang mengikuti Kembara Jelajah Malaysia-Singapura-Thailand Siri iv. Kali ini mereka berpeluang ke Ikhwan Resort Air Bintan yang mempunyai bermacam-macam aktiviti. Antara yang menarik ialah menunggang jet ski.

En Adib ada kirim gambar dan video RPU menunggang jet ski di Ikhwan Resort Air Bintan. Sebagai RPU sudah tentu semua teringin ke Air Bintan dan beraksi atas jet ski. Absyar yang baru sampai Amman semalam pun sempat singgah Air Bintan bertemu Tuan Nik Hazani. Tak tau la, sempat tunggang jet ski ke tak?

Wah wah En Abil

Apa-apa aktiviti ataupun pekerjaan ataupun perbuatan yang harus boleh dijadikan ibadah kepada Allah bila menempuh lima syarat. Makan, minum, bekerja, berjalan, berniaga, musafir, memasak, menjahit, menternak binatang, bertani hatta beriadhah pun boleh jadi ibadah atau boleh mendapat pahala atau boleh mendapat keredaan Allah jika menempuh lima syarat.

Bagaimana riadah atau menunggang jet ski boleh jadi ibadah?

1. Niat kena betul

Niatkan kerana Allah seperti,

Aku naik jet ski ini untuk melihat keindahan Sungai Lebam dan pepohon bakau ciptaan Allah.”

“Nak merasa kelajuan jet ski meluncur di atas air, dalam beberapa saat dah sampai Jeti Tanjung Serindit. Ciptaan manusia pun laju begini, makhluk ciptaan Allah lebih dahsyat.”

“Nak menambah ukhuwah dan kasih sayang dengan pemimpin dan kawan-kawan bila naik bersama-sama.”

“Nak menyumbang kepada Team Rumah Rakit, untuk duit minyak jet ski dan penyelengaraannya.”

Ni contoh-contoh niat kerana Allah.

Niat yang bukan kerana Allah pula bagaimana? (Supaya kita jauhi)

Aku nak bawa jet ski ni nak tunjuk skill aku, takat En Nawi tu tak boleh lawan kemahiran aku!”

“Dia orang tak tau lagi macam mana pecutan otai jet ski yang sebenar, meh aku tunjukkan!”

“Aku nak ambil selekoh tajam, jatuhkan yang bonceng di belakang.” Tak boleh kecuali dia redha dan bahagia.

Tuan Nasir bersama Tuan Nik Hazani. Tuan Nik tak keluarkan kunci merah lagi tu…

2. Perlaksanaan kena betul

Menutup aurat dengan kemas seperti memakai seluar yang labuh. Pastikan dapat kebenaran pihak yang menjaganya. Dapatkan tunjuk ajar dan nasihat. Buat bayaran kalau memang ada sewanya. Beri sumbangan kalau sistemnya begitu. Cermat dalam mengendalikannya. Pakai jaket keselamatan. Bagi pemandu, pastikan kunci terikat dengan jaket keselamatan supaya jenteranya automatik off kalau terjatuh ke air. Supaya tidak merempuh orang atau lain-lain objek. Kalau jatuh, jangan naik ikut kiri atau kanan kerana jet ski boleh terbalik, naik dari belakang. Kalau 2 orang terjatuh, naik seorang demi seorang.

3. Perkara yang dibuat sah dalam Islam

Setakat ini tiada larangan dalam Islam beriadhah dengan sukan air seperti menunggang jet ski malah berenang itu sunnah Nabi.

4. Natijah mesti betul

Selepas bermain jet ski, hati bertambah kuat dengan Allah. Rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dan mereka yang berjasa seperti pemimpin dan kawan-kawan. Bertambah ukhuwah dan kasih sayang sesama. Rasa ingin mewibawakan lagi Islam di mana-mana kita berada.

5. Tidak meninggalkan perkara yang asas

Iaitu tidak meninggalkan persoalan berkaitan semua rukun Iman dan rukun Islam dan lain-lain kewajipan. Jangan ralit main jet ski sampai meninggalkan sembahyang fardhu. Tak belajar Fardhu Ain. Bergaduh pecah ukhuwah. Ukhuwah itu antara yang asas kerana wajib. Riadhah hanya harus.

Tuan Nasir tak asing dengan sukan laut. Malah ada lesen memandu bot.

Itulah antara tatacara menunggang jet ski yang patut kita hayati agar apa yang kita buat semuanya menjadi ibadah kepada Allah sesuai dengan tugas kita sebagai hamba-Nya di dunia.

Tuan Nasir dan En Adib

Adapun untuk dapat panduan khas tentang pengendalian jet ski bagi beginner, boleh rujuk kepada team rumah rakit yang lebih faham.

Untuk pengetahuan pembaca AM jet ski milik GISBH ini jenamanya ‘Sea-Doo dibeli oleh YBhg Tuan Nik Hazani dengan harga RM45 ribu. Mempunyai 2 seater dengan kekuatan 155 Horse power.

Ia mempunyai dua kunci. Kunci berwarna kuning untuk beginner atau learner key. Ini untuk mereka yang baru belajar bawa jet ski. Maksimum kelajuannya adalah 85 km/j. Satu lagi kunci merah untuk yang dah expert. Bila guna kunci merah ni, ia akan ‘on’kan turbo. Kelajuannya boleh melebihi 85km/j (46 knot). Minyak kalau isi RM50 dapatlah 5 bar. Boleh digunakan selama sejam lebih.

Ok. Selamat berkunjung ke Ikhwan Resort Air Bintan.

Villa GISBH Amman

11.08am, Jan 31, 2020

Maklumat lanjut hubungi:

Asyraf: 011-31377294

Anjang dah cuba, anda bila lagi?
  • https://www anjangmuor com/2020/01/31/tatacara-menunggang-jet-ski/ (13)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *