FAKTA menolak FITNAH Tentang GISB HOLDINGS SDN. BHD.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Hari ini mari kita bercakap tentang fakta. Fakta tentang GISB Holdings Sdn Bhd. (Global Ikhwan Services & Businesses Holdings Sdn Bhd). Supaya seluruh masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan tidak mengambil maklumat dari sumber yang tidak bertanggung jawab.

1. GISB HOLDING SDN. BHD. telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, pada 23 haribulan Oktober 2013.

2. Pada 30 haribulan Oktober 2013 telah menukar namanya kepada GISB HOLDINGS SDN. BHD.

3. Oleh itu:

1. Rufaqa’ Entr Sdn Bhd.

2. Global Ikhwan Sdn Bhd.

3. GISB HOLDING SDN. BHD., Semua syarikat yang di atas bukan GISB HOLDINGS SDN. BHD.

4. Saya tegaskan sekali lagi ketiga-tiga Syarikat di atas termasuk GISB HOLDING SDN. BHD. (HOLDING tanpa huruf `S`, semuanya telah menjadi sejarah dan sama sekali bukan GISB HOLDINGS SDN. BHD.

5. Segala perkara yang melanggar fatwa yang telah berlaku di syarikat-syarikat tersebut adalah amat tidak wajar dipertanggung jawabkan ke atas GISB HOLDINGS SDN BHD.

6. Sebelum GISB HOLDINGS SDN. BHD. di perbadankan dan seterusnya ditukar nama, pengerusinya dan pimpinan syarikat telah melalui beberapa fasa antaranya:

29hb April 2013– Penahanan kumpulan pertama yang diarahkan keluar dari Mekah.

  • 28hb Mei 2013-Pertemuan dan perbincangan diantara Puan Hatijah Aam dengan pihak JAIS sebulan sekali sehingga Ogos 2013.

16hb Oktober 2013-Telah diadakan pelupusan bahan-bahan yang telah diwartakan haram dalam fatwa di Bandar Country Homes, Rawang.

7hb November 2013-Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak menjatuhkan hukuman terhadap 17 orang pimpinan GISB bagi mengikuti kursus pemulihan sebanyak 500 jam. http://shafienor.blogspot.com/2013/11/ummu-jah-pengikut-mengaku-salah-oleh.html

8hb November 2013-Telah diadakan Majlis Istitabah anjuran Jabatan Agama Islam Selangor yang dihadiri seramai 300 orang kepimpinan GISB sedunia. Pengisytiharan taubat dibacakan oleh Puan Hatijah Aam. Lihat https://youtu.be/oAQyPgHPEgE

Deklarasi Taubat

13-27hb April 2014-Kursus Pemulihan Fasa 1 di Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia, Jelebu, Negeri Sembilan.

7-13 September 2014-Kursus Pemulihan Fasa 2 di Pusat Latihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor untuk melengkapkan 500 jam perintah Mahkamah.

7. Selepas pengisytiharan taubat GISBH sangat menjaga seluruh aktiviti syarikat untuk memastikan tidak berlaku perlanggaran fatwa. Setakat artikel ini ditulis, GISBH tidak pernah didakwa melanggar mana-mana fatwa dan ingkar segala perjanjian.

8. Saya terpaksa menjelaskan di sini kerana telah sampai kepada saya, dari ‘forward ke forward’, dari ‘share ke share’ gambar pertemuan kepimpinan GISB Holdings Sdn Bhd dengan JAKIM (yang saya sendiri tidak tahu menahu, tidak ada satu gambar pun ada pada saya, mungkin kerana ianya pertemuan tertutup) tetapi disebarkan oleh pemilik akaun FB Usamah Usamah dengan caption: “Pakar berlakun film.” BM memang out dia ni.

9. Bila Allah izinkan berlaku kesedaran yang tinggi terhadap produk hasil tangan orang Islam sendiri dengan kempen BMF, maka secara automatik syarikat GISB HOLDINGS SDN. BHD. (GISBH) mendapat tumpuan luar biasa kerana memang sejak pengistiharan taubat dan mengikuti semua kursus yang diajurkan oleh pihak JAIS, perniagaan GISBH semakin berkembang.

10.Dari 2014-2019 GISBH era kini memberi tumpuan kepada kerjasama dengan pihak kerajaan/swasta dan seluruh lapisan masyarakat melalui bidang ekonomi khususnya, dalam membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih harmoni.

11.Rangkaian perniagaan GISBH sekarang berada di 16 buah negara.

12.Mempunyai premis perniagaan sebanyak 412 buah.

13.Terlibat dengan pelbagai program kemasyarakatan.

14.Penghasilan produk halal.

15.Aktiviti belia GISBH.

16. Oleh kerana ada pos seperti FB Usamah Usmah dan seumpamanya yang tidak mengikuti perkembangan GISBH, maka dengan mudah mengata apa yang ada di hati dan fikirannya. Telajak perahu boleh diundur tetapi tidak dengan telajak kata kerana telah di ‘share’ entah berapa ramai dan discreen shot walaupun pos itu didelete tetapi bahan bukti masih disimpan.

17. Begitu juga mereka yang menyebarkan dan memberi ulasan tentang video-video keluaran GISB pada tahun 2012 dan sebelum Program Istitabah malah mengajak masyarakat untuk boikot GISBH, kesemua mereka sedang dinilai oleh masyarakat dan dalam perhatian peguam-peguam GISBH.

18. Sepatutnya masa inilah kita bersatu mengeluarkan sebanyak-banyak produk dan perkhidmatan yang halalan toiyiban kepada seluruh masyarakat kerana Allah telah lakukan fenomena BMF.

19. Tetapi malangnya masih ada dalam masyarakat kita orang yang berhasad dengki dan geng pemalas yang tak mencari dan meneliti maklumat yang diperolehi. Paling tidak mendengar sendiri dari pihak yang dituduh. Malu di dunia masih ramai sanggup menanggungnya tapi hukuman di akhirat, tak mampu kita menghadapinya.

INILAH VIDEO YANG DIVIRALKAN DI TENGAH MASYARAKAT MELALUI MEDIA SOSIAL YANG MEMFITNAH GISBH MENGATAKAN IA ADALAH TERBITAN GISBH DAN GISBH BERAKIDAH SEPERTI INI. INI SATU FITNAH YANG SANGAT JAHAT DISEBAR-SEBARKAN PULA OLEH MEREKA YANG TIDAK MENGKAJINYA TERMASUK PARA PENCERAMAH, LALU RAMAI YANG MEMPERCAYAINYA.

IA DIPUBLISHED PADA 8HB OGOS 2012. LAMA SEBELUM ISTITABAH. MEREKA SEBARKAN, VIRALKAN UNTUK MENGHILANGKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT UMAT ISLAM TERHADAP GISBH. MEMPERTIKAIKAN AKIDAH STAF GISBH SEDANGKAN SEMUANYA ITU RAKAMAN SEBELUM TAUBAT, SEBELUM KURSUS PEMULIHAN OLEH JAIS SELAMA 500 JAM. HAKIKATNYA MEREKA INGIN MENJATUHKAN GISB HOLDINGS SDN. BHD.

Sedangkan Istitabah pada tahun 2013. Seperti video di bawah:

https://youtu.be/oAQyPgHPEgE

CUBA PERHATIKAN TARIKH PUBLISH TU KAN 8HB NOV 2013. LEBIH SETAHUN DARI TARIKH VIDEO YANG JADI BAHAN FITNAH IAITU 4HB OGOS 2012. MOGA ALLAH BERI KESEMPATAN MEREKA BERTAUBAT DAN MENARIK BALIK SEGALA FITNAH MEREKA SEPERTIMANA IA TERSEBAR SEBELUM KEMATIAN MENJEMPUT KITA.

20.Akhirnya pertemuan JAKIM dengan GISBH pun nak dikata macam-macam. Orang nak berbaik sesama umat Islam pun kita tak senang. Sebenarnya kita nak ikut Allah dan Rasul atau nak ikut siapa?

Villa GISBH Amman

4.42pm, Sep 25, 2019

  • https://www anjangmuor com/2019/09/25/fakta-tentang-gisb-holdings-sdn-bhd/ (47)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

8 comments

  1. ASKM, KAMI ADA DEWAN DAN BUTIK PENGANTIN DI KG MEDAN JLN KLANG LAMA, KURANG SAMBUTAN KERANA MARKETING LEMAH, PENGURUSAN LEMAH. BOLEH JV/TAKE OVER /LAIN2 USAHASAMA KER. TQ

    1. Macam mana nak apply kerja dgn GISB ?

      Saya mempunyai 13 years experience dlm factory & warehouse logistics ..

      Sekarang menjawat position Factory Supervisor di Company Cina Taiwan

      Ingin berkhidmat dalam Company Muslim kalau boleh ..

      Bagaimana ya ..

      Ada tak area Melaka ?

      Whatsapp 0182586131

  2. Maaf tuan..terlebih dahulu pohon maaf jika ada kesalahan..Saya muslim & saya menyokong kebangkitan ekonomi muslim Saya ada terlihat video posting 2019 dr satu blogger,berkaitan dapur Rasullulah & kolam renang Rasulullah..Persoalannya,knp ia di umpamakan kolam dan dapur Rasullulah ya… Mohon respon agar tiada yg konfius dan mampu memberi pencerahan kpd mereka yg kabur ttg Gisb.

  3. Salam tuan. Sy ada proposal utk bangunan commersial 3 tingkat di skudai. Berdekatan dgn UTM. Ada 3 unit bangunan 3 tingkat. Jika sy ingin panjangkan ke GISBH bagaimana ya. Sgt sesuai utk dijadikan kedai ikhwan atau pon hotel. No saya 018-9668620 shahril

  4. Saya percaya Ikhwan telah bertaubat.. lagipon bila org dah ngaku taubat Kita kena la terima… Sampai bile nak cium bontot cine Kapir.. GISBH telah sediakan banyak produk islami.. Kita patut sokong. Amboih .. cine makan Babi bleh plak korang layan baik.. GISBH plak tak boleh.. jgn jadik anjing laaa

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *