Delegasi Malaysia ke Uzbekistan di Nur Malaysia Tashkent

Kongsikan kepada yang lain
Share

Restoran Nur Malaysia Tashkent menerima kedatangan delegasi Malaysia ke Uzbekistan diketuai Timbalan Speaker Dewan Rakyat Dato Mohd Rasyid, Jumlah mereka semua 33 orang antara lain yang ada Ahli Majlis Senator Malaysia iaitu Senator Dato Mohd Suhaimi Bin Abdullah.

Kedatangan mereka ke Restoran Nur Malaysia Tashkent Sebagai meraikan Tim delegasi yang datang dan Wakil Kerajaan Uzbekistan yang bersama mereka dan di pertengahan program, staf GISBH ada membuat persembahan nasyid atas permintaan Dato Rasyid untuk meraikan ulangtahun kelahiran salah seorang di kalangan mereka.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Dato Mohd Rashid, En Wan Abdullah Mujahid Bin Hasanuddin, bekas pelajar di Syria dan selalu ke restoran GISBH. Dia sempat bergambar dengan En Abbad depan Frame Ahli Lembaga Penasihat GISBH.

Kedatangan delegasi dari Malaysia ke Uzbekistan adalah sebagai pemerhati perjalanan pilihanraya Parlimen. Pilihanraya kali ini dikatakan dibuat secara telus oleh kerajaan. Pilihanraya ini melibatkan seramai 140 ribu orang pemerhati tempatan dan lebih 800 orang pemerhati antarabangsa.

Jumlah rakyat yang mengundi pula seramai 13.3 juta orang dan Malaysia merupakan di antara negara yang djemput untuk turut sama membantu dasar baru kerajaan yang lebih terbuka khususnya berkenaan impot dan ekport dan pelancongan.

Moga seluruh rangkaian Perniagaan GISBH akan dapat memberi khidmat kepada seluruh peringkat masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan negara lebih-lebih lagi kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke luar negara. Dengan memberi khidmat dan beramah mesra dan berkenalan akan bertambah kasih sayang dan perpaduan. Tahun 2020 ini moga menjadi tahun perpaduan kepada seluruh rakyat Malaysia. Carilah persamaan dan pupuklah perpaduan walaupun hanya bermula dengan menikmati secangkir ‘Teh Tarik Sampai’ di mana-mana restoran Ikhwan (promote sikit hehehe) dan elakkan walau sekecil mana penyebab perpecahan walaupun hanya sekadar memberi ‘like’ kepada sesuatu yang tidak sepatutnya.

Villa GISBH Amman Jadid

6.20 pm, Jan 2, 2020

Gerai buah jalan Irbid-Amman

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

Leave a Reply to Heliconia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *