AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Boleh ke Tahajud Sebelum Tidur?

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Jam 3.40 am ni, Keluar bilik air, hidupkan soba. Punyalah ketat penutup gas dia. Tapi demi haba yang anjang perlukan di kesejukan syita’ 2020 ni, kena pulas juga walaupun gunakan 2 tangan.

Malam tadi pelajar Singapore katering di Nur Malaysia Amman. Ramai gak. Dalam 30 orang. Anak Fauzi Singapore, Ubai yang handle. Yang belanja rasanya seorang tetamu dari Pasir Ris, Singapura. Tengok pinggan mangkuk yang perlu kawan-kawan basuh dan uruskan, tentu jauh malam baru siap.

Lepas pasang soba, baca mesej di hp. Ada soalan dari Abu Hanifah. Boleh ke mereka yang bekerja sampai jauh malam untuk siap-siap sembahyang tahajjud sebelum tidur, kemudian terus tidur, bangun pagi untuk terus solat Subuh? Sebenarnya memang ramai yang bertanya, boleh ke tahajud sebelum tidur ni? Macam yang bertugas depan PC edit macam-macam hingga tengah malam atau awal pagi. Atau kawan-kawan yang mengemas kafe lepas katering malam tadi. Musim sejuk pula. Nak kena bangun awal, baru je tidur.

Jawapan ringkas, tak boleh. Full stop. Sebab apa? Sebab ia bercanggah atau tidak sama dengan definisi atau taarif atau tidak memenuhi syarat tahajjud itu sendiri. Contoh untuk mudah faham, boleh tak kita nak solat sunat Aidil Fitri di hari biasa, bukan hari raya puasa? Tak boleh. Tak kena dengan definisi Solat Sunat Aidil Fitri. Boleh ke kita solat sunat witir tapi rakaatnya genap? Witir itu sendiri maknanya ganjil. Boleh ke kita solat sunat gerhana sedangkan tiada gerhana? Semua jawapannya kita tahu. Begitulah juga solat sunat tahajjud. Ia solat sunat di waktu malam setelah bangun dari tidur, walaupun sedikit tidurnya.

Kalau tak tidur dahulu, automatik dia bukan solat tahajjud. Mungkin jadi solat sunat mutlak sahaja sebab tak cukup syarat. Lebih-lebih lagi roh solat tahajjud atau solat malam itu sendiri ialah untuk mengadu kepada Allah, merintih, mengaku kelemahan dan dosa, meminta dan mengharap kasih sayang Allah, memohon pimpinannya agar dapat laksanakan tanggung jawab di siang hari. Sebaiknya tahajjud dan solat malam kita diakhiri dengan wirid, zikir, selawat, istighfar sementara menunggu pertemuan rasmi yang lebih penting iaitu sembahyang Subuh itu sendiri.

Firman Allah:

وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Az-Zariyat: 18.

Jadi kita ulangi, taarif solat Tahajjud ialah sembahyang sunat yang dilakukan di malam hari setelah bangun tidur walaupun tidurnya hanya sekejap. Jadi, jika kita tidak tidur sama sekali di waktu malam maka solat sunat yang kita dilakukan tidak dinamakan solat tahajjud. Begitu menurut pendapat yang mu’tamad. 

Imam Ramli dalam karyanya Nihayatul Muhtaj Ila Syarhil Minhaj menyebutkan :

ويسن (التهجد) بالإجماع لقوله تعالى {ومن الليل فتهجد به نافلة لك} [الإسراء: 79] ولمواظبته – صلى الله عليه وسلم – وهو التنفل ليلا بعد نوم

Ertinya : Sembahyang Tahajjud disunatkan dengan kesepakatan para ulama berdasarkan firman Allah Taala (dan pada sebagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu.

(Al-Isra’: 79)

Begitu juga berdasarkan istiqamahnya nabi Muhammad SAW dalam melaksanakannya. Solat Tahajjud adalah solat sunat di malam hari setelah tidur.

(Syihabuddin Al-Ramli, Nihayatul Muhtaj Ila Syarhil Minhaj, Beirut-Dar al fikr, 1404 H., hal. 131 juz 2.)    

Syeikh Sulaiman Ibn Muhamad ibn Umar Al-Bujairomi  juga menyebutkan :

وتهجد- أي: تنفل بليل بعد نوم قوله: بعد نوم- ولو يسيرا، ولو كان النوم قبل فعل العشاء، لكن لا بد أن يكون التهجد بعد فعل العشاء، حتى يسمى بذلك وهذا هو المعتمد

Ertinya: Dan sunat melaksanakan solat tahajjud, iaitu solat sunat setelah tidur. Penjelasan dari frasa (setelah tidur): walaupun tidur sebentar dan tidurnya dilakukan sebelum shalat Isyak tapi solat tahajjud tetap dilakukan setelah sembahyang Isyak terlebih dahulu. Oleh sebab itulah sembahyang ini disebut solat Tahajjud (tahajjud : tidur di waktu malam) dan inilah pendapat yang Mu’tamad/kuat.(Sulaiman Ibn Muhamad ibn Umar Al-Bujairomi, Hasyiyatul Bujairomi ala Syarhil Minhaj, Mathba’ah Al-Halabi, 1369 H., hal. 286 Juz 1)

Moga jawapan ini membantu kita.

Dah azan Subuh di sini.

Soba di bilik.

Villa GISBH Amman Jadid

5.15 am, Jan 6, 2020

  • https://www anjangmuor com/2020/01/06/boleh-ke-tahajud-sebelum-tidur/ (52)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

14 thoughts on “Boleh ke Tahajud Sebelum Tidur?

  • Anjang, maaf ada soalan. Kalau kita tidur sekejap dalam pkul 10.30 mlm (wktu Msia) kmudian trjaga pkul 11.30 mlm. Boleh tahajud ke? Atau tahajjud kena pukul 1 – 5 pagi shj?

    Reply
    • Boleh. Tapi kalau belum solat Isyak, kena solat Isyak dulu. Tak disyaratkan 1/2 malam atau 1/3 malam.

      Reply
    • Rasyid Othman

      As salam, soalan saya, sekiranya saya terbangun jam 2.30 pagi lalu mendirikan solat sunat tahajjud dan selesai solat sekitar jam 3.30 pagi. Bolehkah saya sambung tidur semula sehingga masuk waktu subuh? Terima kasih. Semoga Allah merahmati mu.

      Reply
      • Boleh tapi eloknya luangkan masa utk bangun dan bersiap sebelum azan Subuh kerana Solat Subuh lebih utama dari tahajud. Ia fardhu. Sebaik2nya, kita yang menunggu masuk waktu dengan berselawat dll bukan Setelah azan baru bangun. Ampun maaf.

  • Saya ada soalan. Kalau kita tidur sebelum masuk waktu isyak kemudian bangun pada pukul 1030 mlm, boleh tahajud ke? Atau kena tidur selepas waktu isyak?

    Reply
  • Sarah

    Maksud solat isyak dulu tu masa bangun 10.30 malam tu ke? Bangun solat isyak dulu baru sunat tahajjud semasa 10.30 tu? Ataupun maksudnya solat isyak dulu baru tidur. Masa terbangun pukul 2 pagi contoh nya, baru solat tahajjud?

    Reply
    • Solat Isyak itu eloknya sapabila masuk waktu dan berjemaah. Setelah tidur, bangun semula di tengah malam atau 1/3 malam atau sebelum Subuh, barulah solat tahajjud. Ampun maaf…

      Reply
  • Shamsul

    Salam…adakah solat sunat tahajjud itu di kira sekiranya saya tetapkan alarm untuk bangun jam 3:00 pagi? Mohon pencerahan

    Reply
    • Ya. Boleh sahaja jam 3, atau 4 atau 5. Yang penting telah tidur dahulu dan sebelum masuk waktu subuh.

      Reply
  • Huzaifah

    Assalamualaikum ustad,saya mempunyai masalah susah untuk tidur malam,adakah boleh saya melakukan solat tahajud sebelum tidur?adakah solat tersebut akan menjadi solat sunat mutlak?

    Reply
    • Yang saya faham, solat tahajjud perlu tidur dahulu walaupun hanya sebentar.

      Reply
  • NURUL IMAN 'AQILAH BINTI ABD. WAHID

    ustaz, saya ada soalan, boleh ke jika saya tidur selepas isha’ dan bangun pada pukul11, kemudian belajar terlebih dahulu dan pada pukul 4.00 barulah saya menunaikan tahajjud ? lagi satu ustaz, yang mana lebih baik dilakukan antara tahajjud dan qiamulail ?

    Reply
    • Boleh je tahajjud selepas mengulangkaji pelajaran di waktu malam asalkan sebelum azan Subuh. Tahajjud itu sebahagian dari Qiamullail. Dalam Qiamullail elok mulakan dengan solat sunat taubat, solat tahajjud, solat hajat dan diakhiri dengan solat witir. Lepas itu boleh membaca AlQuran, wirid zikir dan berselawat hingga azan Subuh. Jadi solat tahajjud hanya sebahagian dari Qiamullail atau mendirikan malam.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *