AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Tuan Nasir di Muzium 3D Madinah

Kongsikan kepada yang lain
Share
Klik gambar untuk video

Salam ceria.

Pejam celik, pejam celik. Taat derhaka, taat derhaka. Bertakwa… tidak, bertakwa… tidak. Ingat Tuhan… lupa, Ingat Tuhan…lupa. Bersyukur…tak, bersyukur…tak. Sabar…pemarah, sabar…pemarah. Asyik on…off, on…off rasa kehambaan dan rasa bertuhan, inilah diri anjang yang belum benar-benar berubah, tiba-tiba anjang dan kita semua dah sampai penghujung tahun, nak masuk tahun baru Masihi 2020. Cepatnya masa berlalu. Beginilah anjang yang sentiasa bertarung dalam kehidupan yang penuh dugaan, semoga seterusnya anjang dapat memperbaikinya di tahun baru ini.

Masa adalah umur kita. Kalau telah Allah takdirkan umur kita 60 tahun, tahun 2020 kita memasuki umur 50 tahun, ertinya yang berbaki hanya sedikit. Cuma 10 tahun. Apakah kita puas hati pencapaian takwa kita di sisi Allah? Sama sekali tidak. Kita masih menyeret nafsu untuk taat kepadaNya. Kita masih di peringkat mujahadah. Kita masih belum selamat. Sedangkan cita-cita kita ingin menjadi orang yang selamat dan menyelamatkan.

Anjang pun dah kembali ke kampung anjang. Jordan. Dah macam kampung sendiri. Sejak remaja di sini. Dari 1990 lagi. Dihantar belajar di sini, bernikah dua isteri di sini, 4 orang anak lahir di sini, seorang anak nikah di sini, 2 orang cucu lahir di sini. Kuasa Tuhan.

Masuk Jordan semula kali ni musim sejuk. Zul dan Hafiz tunggu di Air Port. Sampai tengah malam, imigresen tak banyak tanya. Selalu agak lama, tanya alamat, berapa lama di sini? Buat apa? Fail anjang panjang dalam komputer dia. Semua nak tanya, kali ni cuma tanya anda datang dari mana? Jeddah… selesai. Kastam pun lepaskan begitu sahaja. Bagasi pun cepat je dapat. Alhamdulillah.

Keluar Hafiz dah ada, terus tolak troli ambil lift ke tingkat atas sebab Zul dengan kereta akan ambil di atas. Bergambar kejap untuk laporkan pergerakan pastu terus segera masuk ke perut kereta KIA Cerato dengan mulut berasap wap sejuk. Larikan diri dari kedinginan 6° di Jordan. Musim sejuk di Saudi, masih tersangat nyaman dibanding Jordan.

Meninggalkan AirPort kami menuju Villa baru GISBH dalam 20 minit dari bandara melalui depan balai polis Air Port tempat Jaeid dan Udin singgah sebelum keluar dari Jordan. Semuanya menggamit kenangan. Dalam lipatan memori ingatan juga di buku catatan Tuhan, adakah dalam catatan hasanat atau saiyiaat… Bergantung cara kita menerimanya.

Sampai ke lokasi
Disambut oleh Syh Sulaiman
Dan pengasas muzium 3D Madinah

Pos kali ni anjang nak kongsi pengalaman dengan Syeikh Sulaiman dan Tuan Nasir di Madinah. Syeikh Sulaiman sangat menyayangi Tuan Nasir. Setiap kali Tuan Nasir datang ke Madinah, dia akan menyambutnya atau akan ambil peluang bertemu tetapi berbeza kali ini kerana program Tuan Nasir padat. Meeting 4 hari berturut-turut. Kemudian ada tetamu dari Malaysia. Syeikh Sulaiman terasa perlu berbuat sesuatu untuk bertemu ayah dan pemimpinnya.

Muzium Qissatul Makan

Ikrimah dan Abil memaklumkan kepada Tuan Nasir yang Syeikh Sulaiman menjemput Tuan Nasir hadir ke program perasmian ringkas sebuah muzium baru berdekatan masjid Nabi SAW.

Meeting sebelah pagi dan tengahari ke petang. Lepas Asar free. Kami bergerak ke tempat yang dijanjikan dengan kenderaan GMC. Sampai di tempat yang di tuju, rupanya kenderaan lain tak dibenarkan masuk kecuali GMC yang kami naiki sahaja. Kawasan itu hanya untuk pejalan kaki. Yang berkenderaan hanya diberi kepada VVIP sahaja.

Kami berhenti betul-betul di hadapan pintu Muzium Qissatul Makan. قصّة المكان atau Cerita tentang tempat. Bila pintu di buka, Syeikh Sulaiman dan pengasas Muzium Qisatul Makan bersalaman mengalu-alunan kedatangan Tuan Nasir dan membawa ke dalam muzium. Muzium ini hakikatnya adalah panggung tayangam filem kartun 3D mengenai sejarah Nabi Muhammad SAW.

Kami diberi tiket dan dipersilakan masuk, lalu duduk di bangkit-bangku bertingkat yang disediakan. Menumpang penghormatan mereka terhadap Tuan Nasir, kami diberi kurma ‘Ahlan wa Sahlan, kopi Arab dan sebotol air minuman. Mereka memberi sedikit penerangan berkaitan konsep tayangan filem sirah Nabawiah 3D dan memberi kami spek 3D dan earphone yang boleh dilaraskan dengan Bahasa yang kita faham.

Kita dapat tonton filem 3D yang ‘hidup’ dan mendengar terjemahan direct ke Bahasa Malaysia melalui alat laras bahasa yang disediakan…canggih. Perasmian sebenar akan diadakan pada bulan Januari ini dan pengasas dan pemiliknya amat mengharapkan Tuan Nasir dapat hadir kerana antara tetamu yang akan hadir ialah Amir Madinah dan orang-orang besar Madinah. Majlis diakhiri dengan pihak muzium meminta Tuan Nasir memberi sepatah dua kata mengenai usaha-usaha ini.

Di sini anjang sertakan ucapan pendek Tuan Nasir yang telah diedit oleh pihak muzium Qissatul Makan dan ditambah subtitle oleh team IkhwanTV.

Ampun maaf dari AM.

10.58pm, Dis 31, 2019

Dengan Shamsuddin Al Yunani di Villa GISBH Irbid

Video Ucapan Tuan Nasir di Muzium 3D Madinah

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *