Dr Hani Shukri dan keluarga di Restoran Nur Malaysia Amman

Kongsikan kepada yang lain
Share
Semalam Dr Hani dan beberapa orang ahli keluarganya makan di Restoran Nur Malaysia Amman. Oleh kerana sangat berpuas hati dengan makanan yang dimakan, beliau menempah makanan untuk 25 orang ahli keluarganya hari ini.
Dr Hani bertugas di Hospital Universiti King Abdul Aziz. Beliau tinggal di Jeddah KSA
Keluarganya berasal dari Terngganu tapi bila ditanya, boleh ke berbahasa Melayu, respon beliau: Sikt-sikit
Wajah beliau dan adik perempuannya memang rupa orang Melayu. Keluarganya unik. Isteri Dr Hani berasal dari Pakistan dan di Jordan pun ramai terdapat ahli keluarganya.
Mungkin naluri Malaysianya yang kuat, dia kata, 2 hari dia di Jordan, dia dah dapat cari Restoran Malaysia sedangkan saudaranya yang tinggal di sini, tak pernah tahu ada Restoran Malaysia di sini. Mungkin kerana nak perkenalkan familynya dengan makanan Malaysia maka malam ni Dr Hani order, nasi putih, Ikan Cepura stim, Ikan Cepura 3 rasa, Ayam Goreng, Sayur Bayam Goreng, Kari Daging, Ayam Masak Kicap, Bihun Goreng Singapore, Set Sate Daging dan Ayam dengan Nasi Impit, Keropok Kentang dan Sirap Lemon Ais..

Bila AM bermesej dengannya meminta komen beliau tentang masakan yang dihidangkan malam ini dan layanan staf Restoran. Nur Malaysia Amman, respon beliau: Alhamdullilah masha’allah thank you really appreciated, terima kasih, do keep in touch my regards

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *