PASAR SEGAR BERIMAN?

Kongsikan kepada yang lain
Share
Sila klik gambar atau link di bawah

PASAR SEGAR BERIMAN?

Salam ceria.

Dengan merebaknya wabak coronavirus berbagai maklumat yang tersebar mengenai budaya makan orang-orang China yang pelik kerana ada pendapat yang mengatakan punca virus tersebut ialah dari kelawar dan ular bisa. Banyak video-video memperlihatkan pada kita orang-orang China makan kelawar, anjing, kucing, cacing, ulat, otak monyet, ular dan lain-lain.

Rupa-rupanya bukan orang China sahaja yang makan macam-macam jenis binatang yang pelik-pelik malah di Indonesia pun ramai yang makan binatang-binatang begini. Tak mustahil virus-virus yang asalnya menular di antara haiwan sahaja boleh berjangkit di kalangan manusia pula. Tapi tak pernah dengar pula orang di Indonesia kena serangan wabak ini.

Malah rakyat China telah makan makanan begini sejak ribuan tahun dahulu. Tiada pula kes jangkitan virus seperti ini. Teori ini menguatkan spekulasi bahawa virus ini adalah senjata bailogi yang telah tersebar kepada orang awam dan merebak dengan cepat.

Ada beberapa persoalan yang perlukan jawapan di sini iaitu;

Yang pertama, adakah ianya tersebar tanpa sengaja kerana kelalaian atau kemalangan atau ia dirancang untuk sasaran tertentu tetapi terjadi lain dari yang dirancang.

Kedua, siapakah pemilik virus ini?Kerajaan China sendiri atau musuh China seperti AS yang ingin menghancurkan cengkaman ekonomi China yang sedang sangat menguasai dunia?

Ketiga, adakah virus ini ada kaitan dengan ancaman Dajjal kerana sebelum muncul Dajjal, diceritakan tentera-tenteranya akan menghapuskan 1/3 penduduk dunia dan penduduk dunia paling ramai sekarang berada di benua Asia. Peliknya pihak barat telah meramalkan akan ada virus yang akan membunuh ribuan manusia bermula dari China hanya dalam beberapa bulan sebelum munculnya virus ini. Adakah ia ramalan atau memang perancangan mereka? Adakah kita sudah bersedia berhadapan Dajjal kerana ia juga menunjukkkan semakin hampirnya kemunculan Imamul Mahdi yang sangat dinantikan oleh umat Islam yang bertakwa. Ketika itu hanya ada dua pilihan Dajjal atau Al Mahdi.

Berbalik kepada persoalan makanan tadi, bersyukurlab kita menjadi orang Islam kerana semua panduan telah ada dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. Semua peraturan telah lengkap. Contohnya Islam menetapkan anjing dan babi adalah najis mughalazah tak boleh di makan.

Binatang yang bertaring yang dengan taringnya ia memburu, membunuh dengan perkataan yang mudah haiwan pemangsa haram di makan seperti kucing, harimau, singa dan lainnya.

Begitu juga yang menggunakan paruh dan kuku yang tajam untuk berburu juga haram di makan seperti helang, ering, burung hantu dan seumpamanya. Binatang yang hidup dua alam seperti katak, ketam batu dan seumpamanya. Begitu juga haiwan-haiwan berbisa. Semuanya telah dibahaskan dalam kitab-kitab Fekah Islam dengan panjang lebar.

Islam bukan sahaja meminta umatnya memakan makanan yang halal zatnya seperti jenis-jenis binatang tertentu tetapi perlu tepat penyembelihannya dan pengurusan dagingnya. Juga kena halal usahanya, walaupun binatang itu halal, sembelihannya tepat tapi ia hasil dicuri maka tetaplah haram.

Lebih dari itu Islam meminta kita sebagai umatnya bukan sahaja mencari yang halal dan makan dari yang halal malah disuruh makan yang halalan toiyiban. Halal dan baik. Sebaiknya dari usaha sendiri yang di pastikan 100% halal, juga dari tangan-tangan umat Islam yang menjaga hukum hakam syariat seperti menjaga solat, berakhlak dan lain-lain. Toiyiban juga boleh diertikan berkhasiat, bukan asal halal je, semua kita makan. Pilihlah yang halal dan toiyiban. Jangan pula makan terlalu banyak atau membazir ketika menghadap hidangan.

Jelasnya dari video di atas, bukan semua sign board itu benar. Bukan semestinya tertulis Pasar Segar Beriman, semua di dalamnya segar-segar dan sesuai untuk orang yang beriman. Orang beriman sudah tentu ada panduan hidup dunia akhirat. Begitu juga jika melihat label produk yang nampak Islamik, seperti tulisan jawi atau Cop Masjid sekalipun, hendaklah hati-hati, cek dahulu. Dunia akhir zaman ini terlalu ramai penipu dan pendusta, jangan kita menjadi mangsa mereka.

Villa GISBH Amman

7.25AM, Feb 5, 2020

#BMF

#SemarakkanBMF

#BuyIkhwanFirst

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *