Kilang Kuetiau Ikhwan Serkam, Melaka.

Kongsikan kepada yang lain
Share
Char Kuetiau, Kuetiau Sup dan Kuetiau adalah kegemaran ramai umat Islam di Malaysia. Adakah anda pasti Kuetiau yang anda makan benar-benar halal?
Seperti seluruh produk Ikhwan, anda tidak perlu risau tentang halalnya. Ia halal dan InsyaAllah berkat.
Di sebelah pagi kuetiau disiapkan dengan bahan asasnya tepung beras, tepung ubi dan tepung jagung hingga jadi kepingan berlapis-lapis. Kemudian dipotong-potong dengan alat pemotong secara auto dan dileraikan agar tidak melekat secara manual.

Remaja yang bertugas dipastikan menjaga ibadah hablum minallah dan hablum minannas
Setelah di timbang secara manual dan dibungkus dengan mesin semi auto, label pun dilekatkan.
Haaa inilah Kuetiau Ikhwan dari Serkam, Melaka.

Mesin lama ini akan berpindah ke Pahang insyaAllah.
Alhamdulillah dah siap bungkus dan masuk dalam plastik 20 bungkus setiap satu untuk diedar ke cawangan-cawangan Ikhwan Mart
Mengusahakan makanan halal adalah Fardhu Kifayah. Beruntunglah para remaja ini yang sanggup berjuang demi tertegak hukum Allah di bumi Malaysia tercinta.
Ini pula kilang baru terletak tidak jauh dari kilang tadi tetapi lebih besar untuk pengeluaran yang berlipat ganda.
Mesin Kuetiau automatik telah dibeli
Cuma belum dapat dicuci kerana bekalan air belum disambung lagi ke kilang ini.
Apabila air tersambung, InsyaAllah operasi akan bertukar ke sini.
Keluasan kilang juga memainkan peranan kerana apabila operasi dimulakan di waktu pagi, kilang akan dipenuhi kepulan wap panas. Jika kilang kecil, nak bernafas pun tak selesa.

Membina kilang demi menegakkan hukum fardhu Kifayah tidak sama dengan membuat kilang demi keuntungan dan mengambil peluang kesedaran masyarakat terhadap makanan halal semata-mata.
En Osman memberi penerangan kepada anjang berkaitan kilang baru yang belum beroperasi.
Dari zaman muda hingga masing-masing telah beranak cucu para staf GISBH tetap akan teruskan perjuangan menegakkan seluruh hukum Allah dalam kehidupan kerana itulah janji yang kita ucapkan dalam sembahyang; “Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan Semesta alam.”
Moga seluruh umat Islam di Malaysia khasnya dapat menikmati makanan halalan toiyiban demi mencari redha Allah.
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling banyak berkhidmat sesama manusia. Moga para Ikhwan berjaya melaksanakan misi ini.

Terima kasih En Osman dan RPU lebih-lebih lagi YBhg Tuan Nik Hazani, dapat hadiah Kuetiau Ikwhan. Boleh anjang hadiahkan pada Awa, Alib dan Kak Ibah di Kampung Tengah nanti.
Selamat berjuang semuanya…
Moga Allah memberkati kalian…

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

3 comments

  1. Salam mcm mana nk join ikhwan ne. Suke modul perniagaan .. xd ke kelas bimbingan mentor kepada margein mcm kami ne

Leave a Reply to Faizah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *