GISBH DI BRUNEI DARUSSALAM

Kongsikan kepada yang lain
Share
YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan berlatarbelakangkan bangunan makam Sultan Sharif Ali, Sultan Brunei yang ke 3 yang dikenali sebagai Suktan Berkat.

Di antara ahli rombongan ke Brunei Darussalam.
Perbincangan selalunya berlaku secara tidak rasmi dan terus menjadi tindakan. Rombongan melawat premis baru GISBH di Brunei yang moga-moga dapat beroperasi sebelum Ramadhan.
Sultan Sharif Ali memerintah dari tahun 1425 sehingga 1432.
Baginda mewariskan Pedang Si Bongkok dan Panji-Panji Brunei.
Baginda seorang yang warak dan pernah diceritakan baginda yang membina masjid pertama di Brunei.
baginda sendiri pernah membaca khutbah sembahyang Jumaat.
Jasa baginda juga ketara yang mana baginda merupakan sultan yang memulakan pembinaan Kota Batu serta menitikberatkan hukum Islam di Brunei.
Dengan kegemilangan dan berkembang giat ajaran syiar Islam, maka baginda menambah nama Brunei dengan perkataan Darussalam, yang membawa maksud Negeri Yang Selamat Aman Sentosa
Baginda dikatakan berasal dari Taif dan berketurunan Rasulullah SAW
Makam Sultan Sharif Ali ini terletak dekat Kota Batu

Moga keberkatan para orang yang bertakwa, perjuangan membuka perniagaan di sini dibantu.
Berkat itu dapat dirasai oleh hati yang kuat dengan Tuhan.
Mereka yang terdahulu telah laksanakan tanggung jawab mereka.
مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا۟ مَا عَٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُۥ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبْدِيلًا

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.AlAhzab:23

Mereka telah laksanakan tanggung jawab mereka. Sekarang giliran kita pula.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *