AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Kisah Benar dari PESAKIT COVID-19. MESTI DENGAR

Kongsikan kepada yang lain
Share

Sila klik gambar untuk video

Iktibar dari wad Covid-19 Hospital Permai JB

1. Sakitnya terlalu azab. Panas, kepala pening, perut sakit, demam, tulang-tulang semua sakit. 10 hari tak makan (Mungkin maksud dia makan nasi) bau nasi pun nak muntah.

2. Jangan putus asa berdoa bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain. Doa Pak Cik ni, “Ya Allah! Sembuhkanlah semua orang Islam yang dah kena dan bagi yang belum kena janganlah dijangkiti. Pandanglah muka saya, pandanglah semua umat Islam.” dalam keadaan menangis. Lebih kurang begini maksudnya).

3. Bagi yang sakit, perbanyakkan wirid, zikir, selawat, istighfar dan jangan terlalu melayan rasa sakit kerana keadaan akan bertambah teruk jika sakit dilayan.

4. Jaga sembahyang dan banyakkan menangis dan merintih kepada Allah. Ketika berdoa merintih, semua menangis termasuk pesakit cina yang dengar.

5. Banyak mengingati mati. Anggaplah ini adalah permulaan jalan ke kubur dan aku redha dengan seluruh takdir Tuhan.

6. Berterima kasih kepada semua yang membantu khasnya doktor dan jururawat. Mereka tanpa mengira bangsa dan agama sangat baik melayani pesakit. Dr Melayu, Cina dan India semuanya sangat baik-baik dan lembut melayan pesakit.

7. Merasakan jururawat lebih teruk teruji dari pesakit kerana terpaksa bekerja dalam pakaian perlindungan yang berlapis-lapis yang sangat panas dan tak selesa hingga basah lencun baju mereka dengan peluh.

8. Batuk bagi mereka terasa sangat sakit umpama nak keluar semua isi perut dan bila batuk ia berpanjangan hingga 10 minit tak berhenti.

9. Antara saat paling sakit ialah ketika mengambil sampel di tekak dan di hidung. Berdoalah banyak-banyak agar kita tidak sakit dan yang sakit segera sembuh.

10. Moga ceritanya menginsafkan kita semua.

#StayAtHome

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *