AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

MENGHAYATI SAJAK UMMU HATIJAH AAM SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN BELIAU 1 MEI 2020

Kongsikan kepada yang lain
Share

Wahai anakanda,
Anak-anak perjuanganku
Sepertilah dirimu,
Ibumu ini juga lemah sebenarnya
Lemah untuk memahami Tuhan Yang Agung
Nabi yang sempurna
Juga orang-orang mukmin yang sangat benar
Sangat benar…
Lalu kita pun jatuh terjelapak di kaki kebenaran
Lantas bertanya, oh kenapa jadi begini
Anak-anakku semua,
Kemenangan untuk Nabi Nuh ialah melepasi banjir besar
Kemenangan untuk Nabi Yunus melepasi perut ikan paus
Oh.., ajaibnya…
Anak-anakku lihatlah,
Kemenangan untuk Nabi Musa ialah melepasi lautan
Kemenangan Nabi Ibrahim melepasi gunungan api
Oh.., ajaibnya…
Dan kemenangan untuk kita
Bersama Nabi Muhammad
Ialah melepasi…
Medan-medan perang
Lalu kita pun jatuh terjelapak di kaki kebenaran
Lantas bertanya oh kenapa jadi begini,
Saksikanlah anakku
Keajaiban menyangkal kata akalmu
Kita bukannya kalah
Kerana Islam terus menang
Kalau begitulah maksud ujian ini
Tunggu apa lagi,
Mari kita bersatu kembali
Dan belajarlah
Bahawa kita terlalu perlukan seorang nabi
Iaitu Nabi Muhammad
Yang sanggup menghadiahkan
Iman dan Islam…pada kita
Marilah oh anakku
Kepada kebenaran yang dahsyat ini
Kita akan terus menjulang Allah dan Rasul
Untuk dihadiahkan kepada seluruh dunia
Bersama sama..,
Perjuangan Islam…
Warkah kemenangan ini untuk anak-anak semua..ooh..
“Anak-anakku, kembalilah…
Kepada kebenaran dari Tuhan ini,
Kita berdoa mudah-mudahan mereka kembali…
Kembalilah wahai anakku..,
Kembalilah wahai anakku…,
Kembalilah…”
  • https://www anjangmuor com/2020/05/01/menghayati-sajak-ummu-hatijah-aam-sempena-ulangtahun-kelahiran-beliau-1-mei-2020/ (2)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *