CEO GISBH di Majlis MoA antara MOFAZ dan TV Alhijrah untuk rancangan ‘#My Quran Time’

Kongsikan kepada yang lain
Share


Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat Rasulullah SAW serta doa para pimpinan, pada 3hb Julai 2020, CEO GISBH YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah di jemput oleh Tuan Haji Mohamad Fauzy Abdul Hamid, Presiden Mofaz Group untuk menghadiri sebuah majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Kumpulan Mofaz Sdn Bhd dan
Alhijrah Media Corporation (TV Alhijrah) untuk sebuah rancangan yang ditaja oleh Syarikat MOFAZ iaitu rancangan #MY Quran Time untuk tempoh dua tahun di wisma MOFAZ Sungai Penchala.

Rancangan tersebut telah mendapat sambutan luar biasa sampai ke peringkat antarabangsa dengan jumlah penonton mencecah 2.1 juta. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah TV Al Hijrah sejak mereka bersiaran.

Selain Hubungan Tuan Haji Fauzy dengan YH Dato Lokman Hakim dan GISBH yang sangat rapat, bagi Tuan Haji Fauzy GISBH dijemput khas adalah kerana ia sebuah syarikat yang boleh dijadikan inspirasi khasnya kepada orang Melayu beragama Islam.

Dalam sidang media tersebut, Tuan Hj Fauzy telah mempromosikan GISBH kepada semua yang hadir dangan mengatakan bahawa GISBH adalah sebuah syarikat yang secara diam-diam tanpa publisiti tetapi berkembang pesat dan maju sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pengarah Strategi MOFAZ Group, Dato’ Zul juga turut mempromosikan GISBH dalam ucapan alu-aluannya. Di antara kata-kata beliau, GISBH telah banyak membantu MOFAZ khususnya sewaktu di Expo Samara Halal Day di Samara, Russia.

Sewaktu sesi jamuan Wakil GISBH YH Dato Lokman Hakim di jemput ke meja VIP bersama
CEO TV Alhijrah, Namanzee Harris yang juga tidak asing dengan GISBH. Di meja jamuan juga turut sama ialah Tuan Haji Fauzy dan beberapa orang ustaz selebriti AlHijrah.

Mofaz Group bersama TV Al Hijrah akan mengadakan Road Tour Karnival “#My Quran Time” ke seluruh negara. Tuan Haji Fauzy mengharapkan melalui karnival tersebut, Al Quran dapat diterjemahankan di dalam kehidupan dan mengharapkan GISBH dapat menjadi rakan strategik yang utama dalam menjayakan hasrat murni ini.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

  1. Alhamdulillah, berbanyak2 syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi Yang telah mempermudahkan usaha utk nemartabatkan al-Quran dan mengqurankan keluarga,ummah,negara dan dunia,insyaAllah.Tahniah dan terima kasih kpd kumpulan MOHFAZ kerana bermurah hati menaja my#Qurantime, satu program Yang amat dekat dihati dan sangat disayangi oleh para pencinta al-Quran.Syukur kerana Allah Yang Rahim Yang Rahman telah memberi petunjuk ,hidayah serta ilham kpd Tuan Hi Fauzy dan kumpulan MOHFAZ serta team TV al-Hijrah utk menggembleng tenaga bagi merealisasikan hasrat yang amat murni ini. My#Qurantime adalah anugerah paling mahal dan amat berarti buat kami kerana ia mendekatkan hati kami,minda kami dan hidup kami dengan al-Quran.Semoga Allah memberkati usaha dan sumbangan anda semua dan mengganjarinya dengan pahala yg berganda,dengan umur yg berkat,dengan rezeki yg melimpah ruah di dunia ini dan,dengan Jannah yg paling tinggi di akhirat nanti.

Leave a Reply to Tengku Raziah Tengku Ismail Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *