Filem Pendek: Celupar

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Hari ini ramai orang bercakap tak disukat-sukat. Lidah lebih cepat menjawab dari otak berfikir. Apa salahnya berfikir dahulu dan sebaiknya rasakan di hati, sepatutnya aku jawab apa? Kalau tak tahu, lebih baik aku jujur mengaku tak tahu. ‘Tak akan hilang bisa ular yang menyusur akar’.

Tapi tak semua orang sanggup merendah diri. Jujur dan telus mengaku, “Maaf saya tak tahu.” Ketika dia memang tak tahu. Walaupun ulama ada mengatakan, من قال لا أدري، فقد أفتى. Ertinya sesiapa yang mengatakan “Saya tidak tahu.”, sesungguhnya dia telah berfatwa. Maksudnya bukan menjadi suatu keaiban mengaku tidak tahu, bila kita memang tidak tahu atas sesuatu perkara malah dikira memberi fatwa tentang itu.

Bukan semua perkara kita nak jawab. Tapi tidak ada satu jawapan pun yang konkrit dan pasti. Semuanya kita tahu tajuk sahaja. Pendetilan ‘ke laut’. Saja nak jawab bagi nampak kita tahu. Atau saja jawab supaya tak la nampak sangat kita tak tau. Akhirnya ia menjerat diri kita sendiri. Di mata yang bertanya, kita dirasakan seorang yang bermasalah.


Masalah pertama, dia tak tahu.

Masalah kedua, dia buat-buat tahu, berlagak macam tahu.

Masalah ketiga, dia memberikan maklumat yang salah kerana masih ingin menjawab atas perkara yang dia tak pasti.

Masalah keempat, dia tak rasa bersalah atas sikap dan mulut celuparnya itu kerana dah biasa dan menjadi sikap darah daging.

Sepatutnya kita semua ambil tahu semua perkara sebagai latihan untuk menjadi orang yang bertanggung jawab.

Antara perkara yang kena ambil tahu:

1. Jadual waktu sembahyang.

2. Arah kiblat.

3. Bilangan pelajar, pelatih, staf di suatu tempat atau ahli rombongan bila bermusafir bersama-sama.

4. Bilangan premis kita di situ. Over Head tempat itu samada premis perniagaan atau kediaman.

5. Harga bahan-bahan asas seperti beras, ikan, daging, ayam, minyak masak, petrol.

6. Bilangan penduduk kawasan itu. Apa parlimennya? DUNnya? Siapa pemimpinnya? Berapa peratus bilangan rakyatnya ikut bangsa dan etnik juga agama?

7. Lebih asas dari itu tahu masjid terdekat di mana? Siapa Imamnya? Kenal sebahagian AJKnya.

8. Tahu pasaraya utama di mana? Air Port di mana? (Kalau ada). Pasar Borong di mana? Port makan halal bersih sedap di mana? Pantai di mana? Hotel di mana dan berapa sewanya?

Pendek kata, semua maklumat am tentang tempat tersebut kita ingat seperti kita ingat nama kita. Kita boleh jawab spontan dengan jujur kerana memang kita tahu dan ambil tahu. Pernah ke kita teragak-agak menjawab soalan; Siapa nama awak? Kerana kita memang tak ambil tahu nama sendiri atau kita jawab, nama saya lebih kurang….boleh ke nama lebih kurang?

Marilah kita berubah. Ia kena bermula sekarang.

GISBH Krubong Perdana

10.21 am, Sep 21, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *