Bagaimana arah Kiblat Aya Sofia ditentukan…

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bagaimana arah Kiblat Aya Sofia ditentukan…

Ada beberapa karamah yang dikurniakan Allah SWT kepada Sultan Muhamad al Fateh. Selain dapat memindahkan 70 kapal perang ikut jalan darat, baginda juga dapat menentukan arah kiblat Aya Sofea dengan tepat.

Malah amat mengagumkan kerana kiblat yang ditentukannya itu tepat mengarah ke Masjidil Aqsa dan Baitullah. (Lihat gambar rajah). Sedangkan pada masa itu belum ada kompas atau peralatan moden bagi menentukan arah kiblat dengan tepat.

Penentuan arah kiblat Aya Sofea ditentukan oleh Sultan Muhamad al Fateh sebelum solat Jumaat yang pertama kali diadakan dalam Masjid yang bersejarah itu.

Sultan Muhamad al Fateh telah mengangkat takbiratul ihram sebanyak tiga kali. Pada takbiratul ihram yang pertama, Sultan Muhamad al Fateh diperlihatkan Kaabah tetapi kurang jelas.

Kemudian Sultan Muhamad al Fateh mengangkat Takbiratul Ihram kali kedua, nampak Kaabah namun masih kurang jelas.

Kali yang ketiga Takbiratul Ihram baru Allah Yang Maha Berkuasa memperlihatkan Kaabah kepada Sultan Muhamad al Fateh dengan jelas.

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: