AIR PANCUT RAJA FAHD, JEDDAH.

Kongsikan kepada yang lain
Share

AIR PANCUT RAJA FAHD

  1. Otw kembali ke hotel dari Restoran Yaman kami singgah tengok air pancut Raja Fahd.

2. Air Pancut Raja Fahd ([نافورة الملك فهد] adalah air pancut yang terletak di bandar Jeddah, Arab Saudi.

  • 3. Air pancut ini dinamakan sempena nama Raja Fahd. Baginda adalah raja Saudi yang kelima. Hidup dari 16.3.1921-1.8.2005.
  • 4. Air pancut ini adalah air pancut yang tertinggi di dunia dengan ketinggian maksimumnya adalah 312m (1023 kaki) bersamaan 78 tingkat bangunan.
  • 5. 3 pam besarnya mampu memancutkan 625 liter air per saat.
  • 6. Kelajuan pancutan airnya ialah 350km/j. Lebih laju dari keretapi laju Mekah-Madinah.
  • 7. Keindahan Air pancut ini dapat dinikmati di waktu malam, ketika beratus-ratus lampu berwarna-warni menerangi pancutan air yang ditembak ke langit. Pada masa ini, anda akan melihat orang berkumpul di sepanjang Corniche untuk menyaksikan pancutan air dan jatuh semula ke laut. Orang ramai sangat, macam tak ada corona.

  • 8. Air pancut ini adalah hadiah untuk Jeddah dari Raja Fahd bin Abdulaziz Al Saud, yang memerintah Saudi dari tahun 1982 hingga 2005.
  • 9. Pembinaannya mengambil masa selama empat tahun, dari tahun 1980 hingga 1983, dan ketika dibuka pada tahun 1985, ia menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di bandar ini.
  • 10. Air pancut ini terletak di seberang perairan Jeddah dan menggunakan air laut, bukannya air tawar untuk melepaskan pancutannya yang terkenal.
  • 11. Terdapat banyak tempat untuk melihat pemandangan King Fahd Fountain ni tapi Corniche adalah lokasi terbaik. Kita boleh menuju ke hotel Ritz-Carlton, dari situ menyeberangi jalan dan menuju ke Corniche. Di sana kita boleh tengok air pancut dari sudut terbaik.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *