Ke TIOMAN Kita!!!

Kongsikan kepada yang lain
Share

KE TIOMAN KITA!

Salam ceria.

Ketika singgah di vila GISBH Melaka untuk bertemu Tuan Nik Hazani, anjang jumpa sekali dengan Tuan Nasir. Tuan Nasir  ajak Anjang ke Tioman.  Korang tau maklumat tentang Tioman? 

Sekitar tahun 70an, TIME Magazine pernah menobatkan Pulau ini sebagai salah satu daripada pulau tercantik di dunia. Sekarang ni kira top-ten di dunia. 

Lokasinya di mana? Pahang ke Johor? Hehehe. Ia bawah negeri Pahang tapi macam dekaaaat je dengan negeri Johor. Macam Langkawi yang dekaaaat je dengan Perlis tapi bawah Kedah.

Ianya terletak 32km dari pantai barat negeri Pahang dan berukuran 20km panjang serta 12km lebar.

Pulau Tioman sangat cantik. Dalam peta ia berbentuk seperti seketul ayam bahagian peha. Apa orang biasa panggil drum stick. 

Pulau ini masih banyak hutan kira macam hutan dara la sebab belum terusik. Lautnya pula kaya dengan terumbu karang yang menjadikan Pulau Tioman sebagai lokasi popular kepada penyelam serta mereka yang meminati aktiviti snorkeling. 

Dalam ujian ada rahmat, musim covid-19 ni tak banyak pelancong. So macam tak ada orang yang memakai pakaian mandi lalu lalang di sini. Selamat sikit mata ni dari dosa.

Kami gerak dari Melaka pagi semalam (5.8.2020). Bila Tuan Nasir melihat banyak kereta tidak mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ maka beliau minta Abil buat ‘Jalur Gemilang’ untuk semua kenderaan GISBH. Kita kena ada semangat cintakan negara.

Pulau Tioman boleh di akses melalui 2 jeti, iaitu Jeti Mersing, Johor dan juga di Jeti Tanjung Gemuk, Pahang dengan menaiki bot atau feri. 

Dulu ada pengangkutan udara ke Pulau ini daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Kuala Lumpur dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura. Tapi selepas Berjaya Resort terbakar dan berlaku wabak Covid-19 ni, dah tak ada kapal terbang ke sana.

Sebab apa ada tanda X merah?

Sampai di Mersing, kami ‘round’ bandar dulu. Tak dapat nak singgah mana-mana. Tuan Nasir kata, kena ada sebuah rumah tetamu di sini. Dulu adalah rumah Ust Uzet Umar. Akhirnya Tuan Johan sambut kami di Restoran Kedai Ucu Selera Kita. Makan tengahari. Kawan-kawan minum air herba yang siap ada sebatang serai. Hehehe. Lepas makan, Tuan Johan tunjukkan sebuah vila yang telah dihubungi pemiliknya untuk di sewa. Moga Allah izinkan.

Lepas itu kami terus ke Terminal Feri sebab 1.30 kena ada di sana. Harga tiket RM35 seorang tapi oleh kerana GISBH telah mempunyai projek di sana, dikira sebagai staf chalet, dapat harga penduduk Tioman. Kira macam orang kampung la iaitu RM30 seorang. Kalau dulu ada bot laju, rasanya tak sampai sejam dah sampai. Ketika tu harganya RM40. Tapi cerita lama la. Dalam 20 tahun lepas ketika anjang ke Tioman kali pertama.

Pulau Tioman ini terdiri daripada 4 kampung yang utama. (Ada lagi yang lain tapi ni yang utama)

  1. Kampung Tekek
  2. Kampung Juara
  3. Kampung Air Batang
  4. Kampung Salang.

Kampung Tekek terletak di utara pulau  merupakan kampung yang paling besar serta ramai yang penduduknya. Di sini terdapat Sekolah Rendah dan Menengah, Kastam, Imigresen, Pusat Marin, ATM, lapangan terbang kecil, Balai Polis, Duty Free Shop, Chalet dan Resort dll.

Tuan Nasir telah berada di sini di awal 2000’an. Ketika itu kita menyewa chalet di Kampung Air Batang dan di Kampung Tekek. Ada bermacam peristiwa yang Tuan Nasir ceritakan pengalamannya selama kira-kira 2 tahun di Tioman. Ada rezeki kita tulis di AM. Antaranya:

  1. Mengusahakan Chalet Rufaqa’ di AB.
  2. Abg Mi Tioman.
  3. Biawak Pulau Tioman.
  4. Penantian tak kunjung tiba.
  5. Jin Pulau Tioman.
  6. Jual Roti Canai dan Kebab di Pekan Tekek.

Setiap kali sampai ke jeti-jeti, staf feri akan menjerit contohnya;

KAMPUNG TEKEK!!!

Kuat-kuat. Manual. Tak ada pembesar suara. Tapi bila sampai di jeti Kampung Air Batang, dia jerit;

ABC!!!

Ringkasan kepada Air Batang Chalet agaknya.

Turun feri kami di sambut oleh RPU dengan motor roda tiga dibantu oleh mereka untuk angkut semua barang-barang. Kami menginap di chalet Ustaz Din Tioman memandangkan Chalet Ikhwan masih sedang dibaik pulih dan belum disambung letrik. Malam hari akan dipasang gen-set.

Sampai-sampai anjang ditempatkan dengan Tuan Nasir, kami solat jama’ takhir dan dijamu minum petang. Menunya; tauhu sumbat, karipap dan pucuk tauhu roll. Lepas tu terus meninjau kawasan chalet…. Nanti sambung la. Takut korang jemu.

Kg Air Batang, Tioman.

5.31pm, Ogos 6, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *